Sekolah Pemikiran Muda siri 4 menjanjikan proses pecah minda yang lebih mencabar pada kali ini. Mencabar, kerana ia bukan sekadar soal saya memberikan perkenalan ringkas kepada definisi oksidentalisme (melihat Barat dalam acuan Timur-Islam), mahupun menyaksikan kehandalan intelektual saudara Naim dari UM dalam menyinggung setiap pembentangan peserta.
Ia juga bukan kerana menyaksikan isteri saya diasak oleh trainer jemputan, Us Nizam mengenai proses bedah bukunya mengenai Politik Perlembagaan karangan Prof Aziz Baru, sebuah buku santai undang-undang yang merupakan usaha 'tajdid' Prof Aziz Bari bagi mendekatkan pembaca dan mahasiswa bukan jurusan perundangan kepada dunia perlembagaan melalui pendekatan penulisan berdasarkan isu-isu semasa pada sekitar PRU era Dr Mahathir.
Mencabar, kerana kali ini saya mula ‘berkenalan’ dengan disiplin pemikiran mahasiswa undang-undang, sarjana-sarjana mereka seperti Tan Sri Harun Hashim, Tun Salleh Abas, Prof Aziz Bari dan sebagainya.

Isteri saya membentangkan penuh semangat mengenai Politik Perlembagaan karangan Prof Aziz Bari. Inilah kesempatan yang pertama kali saya lihat isteri saya bercakap mengenai "bidang akademik beliau sendiri" di depan mata saya.
Mencabar, kerana kali ini saya mula ‘berkenalan’ dengan disiplin pemikiran mahasiswa undang-undang, sarjana-sarjana mereka seperti Tan Sri Harun Hashim, Tun Salleh Abas, Prof Aziz Bari dan sebagainya.
Kali ini juga saya menyaksikan kepentingan memahami Perlembagaan Malaysia walaupun saya bukan mahasiswa undang-undang, jauh sekali dari meminati dunia undang-undang suatu ketika dahulu.
Terima kasih SPM 4 kerana mendekat dan menjinakkan saya dengan dunia yang selama ini isteri saya bergelumang di dalamnya tanpa saya 'menjiwainya'.
Antara dapatan paling bermakna dalam diskusi akademik dan berat kali ini adalah :
1. Kepentingan memahami Perlembagaan Malaysia, ruang-ruang ‘Islamisasi’ yang wujud dalam kerangka penuh sejarah tersebut, sejauhmana keperluan – jika gerakan Islam memerintah - untuk meminda peruntukan mahupun pentafsiran mahupun menolaknya mentah-mentah atas slogan simplistik bahawa ia ‘perlembagaan sekular’.
Adalah suatu kemalangan bagi saya sebelum ini yang bercita-cita untuk membangunkan cita negara Islam di Malaysia, namun hakikatnya tidak pernah saya menatapi sebuah buku kecil bernama Perlembagaan Malaysia itu sendiri.
Malang bagi saya sebelum ini yang berfikiran untuk berjuang menegakkan Islam namun ‘di luar’ (meremehkan) asas-asas yang telah sedia ada yang selama ini telah membangunkan Malaysia dengan segala kemajmukannya.
Saya sebelum ini sangat retorik dan 'tekstual' dengan Sahifah Madinah, namun saya gagal membongkar lebih mendalam 'ruh' pemikiran Nabi ketika memeterai Sahifah tersebut, bahkan saya jauh dari bersifat manusiawi dengan realiti di Malaysia dan senarionya yang berbeza.
Saya dahulunya sangat jauh dari sikap konstruktif dan adaptif (kompromotif) dengan kerangka sedia ada yang telah diterima pakai puluhan tahun lamanya dan selepas beberapa konflik berdarah negara ‘menelurkan’ pelbagai siri pindaan dalam Perlembagaan Malaysia.
Terima kasih SPM, saudara Hanipa Maidin, dan lain-lain mentor yang hadir kerana mencerahkan minda saya yang selama ini bermusuh dengan kejahilan dalam dunia legislatif dan perjuangan Islam "dalam kerangka" perlembagaan.
2. Memahami doktrin pengasingan kuasa antara ‘presidential democracy’ dan ‘westminster democracy’ yang diamalkan di Malaysia, kelebihan dan kekurangan yang wujud sepanjang sejarah dan tragedi hitam kehakiman di Malaysia.
Apa yang paling menarik saya perolehi dari Ust Nizam adalah analogi ‘menggelikan hati’ beliau membezakan kelebihan pemerintah (3 Perdana Menteri pertama Malaysia) berlatarbelakangkan lulusan undang-undang dengan PM ke 4 yang berkelulusan "doktor gigi".
Dari situ, beliau menjawap persoalan tersirat saya ajukan sebelum itu iaitu apakah ‘style of thinking’ mahasiswa undang-undang andaikata jalur pemikiran mereka mahu dimanfaatkan dalam gerakan Islam secara idealistik dan mengesankan.
Dalam SPM akan datang bertemakan “Sistem Politik Malaysia”, saya telah ditaklifkan untuk membentangkan mengenai Sistem Sosio-Politik di Turki dan perbandingannya dengan Malaysia. Sungguh ‘menakutkan’ buku yang dicadangkan saya merujuknya, namun apa yang pasti, sindrom ‘Turkimania’ telah melanda minda saya.
Maka saya menyahut seruan itu dengan keghairahan mahu menggeledah lebih mendalam mengenai Turki serta faktor-faktor penting memungkinkan 'aura' AKP seakan mengembalikan 'aura' Al-Fateh pada 1453 di sana, dan hasrat saya untuk mentahkik sejauhmana persepsi yang saya sebelum ini bahawa Turki merupakan sebuah negara yang "genius" rakyatnya.
Wallahu a'lam.

sekadar berkongsi..menghayati erti perlembagaan tidak dpt lari dari memahami usul yg menjadi teras kpd perlembagaan i.e: keperlembagaan@constitutionalism....Dicey seorang sarjana barat menyebut 'a country may have constitution but not necesserily constitutionalism'....faham perlembagaan bukan beerti dan memadai dengan sekadar memahami klausa2 bertulis yg terdapat di perlembagaan tetapi ia menuntut lebih jauh dr itu dgn memahami semangat constitutionalism...semangat inilah yg berakar umbi dlm sejarah jatuh bangun negara bangsa eropah...faham constitutionalism'lah yg melahirkan konsep2 yg lain umpama, rule of law, limited government, separation of power, good governance, check and balance etc...diatas semngat constitutionalism'lah para sarjana barat menentang soal pemusatan kuasa, autokratik, dictatorship dll...constitutionalism perlu difahai dr segi sejarahnya, konsep2 yg lain yg berkaitan dan aplikasi didalam perlembagaan di kebanyakkan negara2 dunia...memahami perlembagaan tanpa terlebih dahulu memahami constitutionalism umpama mempelajari hadith tanpa didahului dgn faham mustolah hadith...sekian
Terima kasih Abu Muaz. Anda telah membuka minda saya dengan lebih luas.