Content feed Comments Feed


Perubahan minda (mental-reform) adalah sebesar-besar impak perubahan berbanding perubahan struktural mahupun teknikal. Kerana kuasa sebuah idea akan mampu kekal dan berpengaruh untuk beberapa lama tanpa mengira siapa yang menuturkannya mahupun generasi mana yang melaksanakan idea tersebut.

"Tiada yang lebih berkuasa dari satu idea yang telah tiba pada masanya." - Victor Hugo, reformis Perancis

Sebuah idea yang 'brilliant' adalah apabila berasal dari lubuk hati yang bersih dan objektif tanpa terlalu terikat (jumud) dengan mana-mana mazhab pemikiran (school of thought) yang pernah dilalui sebelumnya. Albert Einstein pernah menyebut bahawa musuh kepada proses aku mempelajari sesuatu adalah sistem pendidikan (doktrinisasi) terhadapku sebelum ini.

Tahniah pada Husam Musa atas idea 'out of the box' beliau apabila mencadangkan agar kerajaan PAS Kelantan menerima wakil rakyat pembangkang (Umno) di Kelantan sebagai Timbalan Exco Kerajaan Negeri sekiranya ia tidak menyalahi peraturan (lihat SIASAH).


Husam yang selama ini tegas dengan kebersamaan PAS dalam PR dan banyak digelar sebagai "anti-UG", tiba-tiba nampaknya mengemukakan idea semacam mirip pula dengan UG (fahami "unity government" dalam definisi akademi sains politik) tetapi di negeri Kelantan. Antara "ruh" kepada Unity Goverment adalah memilih Kabinet Eksekutif dalam kerajaan (sama Persekutuan mahupun Negeri) berdasarkan kualiti dan kepakaran individu lebih mengatasi kepentingan partisan. Jika yang mempunyai kepakaran itu dari pembangkang (musuh politik) berbanding rakan seangkatan dalam parti, manfaatkan mereka pada tempatnya.

Teringat saya kepada Rasulullah memanfaatkan seorang Badawi musyrik, Abdullah bin Uraiqith yang paling 'genius' dengan geografi Makkah-Madinah untuk membantunya melancarkan projek Hijrah. Teringat saya pada Muhammad al-Fateh yang memanfaatkan saintis persenjataan Hungary iaitu Urban untuk mencipta meriam bagi meranapkan benteng Konstantinople.

Demikianlah kuasa sebuah idea yang objektif dan "berani", tidak mewakili mana-mana individu, parti, mahupun blok pemikiran yang lampau semata-mata, tetapi sedia terbuka dengan apa jua idea-idea baru yang mungkin bercanggah dengan idea-idea lama sebelum ini.

Perubahan ijtihad mestilah berlaku berdasarkan perubahan realiti yang dihadapi. Inilah "politik baru" yang lebih berasaskan politik nilai yang matang.

Mohd Sayuthi Omar
sentiasa kritis dan kontroversis dalam blognya terhadap Husam Musa. Namun kali ini beliau memujinya.

"Cadangan ini bagi saya satu cadangan yang baik dan menunjukkan kegeligaan otak beliau. Inilah yang saya kata dulu bahawa si baju petak-petak merah ini seorang yang bijak dan berpandangan jauh. Sebab itu saya telah gila-gila berusaha untuk mengusungnya ke Kelantan pada tahun 2004 sebagai persiapan untuk menjadi Menteri Besar bagi mengganti Nik Aziz. Saya sudah dapat membaca kelebihan dan kehebatan yang ada kepadanya dan jarang dimiliki pemimpin pelapis lain di Kelantan.

Cadangan yang beliau kemukakan itu membuktikan kepelbagaian beliau dalam menyelesaikan masalah politik. Ia juga menunjukkan keberaniannya. Dalam saat orang membuang kerjasama dengan Umno tetapi beliau boleh tampil membuat cadangan itu. Pada saya inilah keberanian yang harus ada kepada mana-mana pemimpin. Sifat-sifat yang dimilikinya inilah mewajarkan beliau menjadi pemimpin. Seorang pemimpin itu harus senantiasa ada pemikiran dan idea-idea baru yang progresif dan dinamik.

Dalam konteks Kelantan kalau berlaku kerjasama seperti mana dicadangkan Husam itu, ia boleh menzahirkan suasana politik yang harmoni di Kelantan. Maka akan wujudlah satu pendekatan dan stail baru politik yang membawa keuntungan kepada rakyat jelata. Dengan wujudnya kerjasama itu juga nanti maka tidak payahlah kerajaan Kelantan menjerit-jeirt meminta royalti petroleum atau sampai terpaksa bawa rombongan ke tengah laut sehingga dihempas dan dipulas gelombang dan termutah-muntah

Ikhlas saya nyatakan walaupun dari segi peribadi, merujuk kepada perangai si baju petak-petak merah saya tidak senang, tetapi saya suka dengan ideanya itu. Isu peribadi saya dengan beliau tidak harus dijadikan sebab kenapa idea itu ditolak. Saya berharap Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar bersedia menimbang untuk memberi kelulusan kepada cadangan itu.." - MSO

Penutup

Saya tegaskan bahawa motif utama saya menulis mengenai Husam ini bukan mengenai ideanya, seolah-olah membuka semula perdebatan mengenai UG. Keputusan pimpinan kita junjung kerana itu disiplin perjuangan berpasukan.

Apa yang saya mahu rakan-rakan angkatan anak muda ambil pelajaran dari tokoh seperti Husam ini adalah BERANI dalam mengutarakan sesuatu idea serta BERSEDIA UNTUK TERBUKA walaupun terpaksa membangkang idea sendiri yang sebelum ini. Itu spirit sebenar penulisan saya kali ini supaya diambil iktibar.


4 Responses to Di Sebalik Cadangan Husam Musa Agar Timbalan Exco Dari Pembangkang

  1. Anonymous Says:
  2. ana amat setuju dengan posting di atas.. sentiasa terbuka dalam berpendapat. mencari kebenaran dalam berpandangan adalah berbeza dengan hanya membenarkan pandangan sendiri.

    ni nak byk baca buku dan mengkaji ni. aiseh, tak blh kalah dalam membuat persediaan dengan sahabt2 utk menjadi seseorang yang berguna buat negara di masa depan..hehe.

    ayuh bersama memimpin perubahan dengan Islam...

     
  3. dr.wanpotter Says:
  4. salam.
    idea yang betul2 berani dan sememang nya husam telah berfikir panjang sebelum mengutarakan idea tersebut dan mesti beliau juga telah bersedia untuk ditentang.

    realitinya bagi anak muda hari ini, sukar untuk mencari dan mengeluarkan idea baru. lebih terkongkong kepada perkara yang remeh temeh. saya releate kpd mahasiswa kampus yang agak lesu dalam perjuangan dan penyebaran idea. tidak menggunakan kuasa sebagai seorang mahasiswa sepenuhya.gentar untuk menyebarkan idea takut dikritik atau ditolak dan walhal diterima, mungkin tidak bersedia untuk melaksanakan.
    ianya terkena batang hidung saya sendiri sbg mahasiswa...

    saudara blogger, bla buku alfateh akn dpasarkan? sebelim ni sya ada membuat pembacaan ttg alfateh. memang amat mengkagumkan. tp, ada sedikit fakta2 yang bercanggah dari sumber2 yang berbeza.

    minta pendapat saudara yg mana konstantinopel berjaya ditakluk apabila terdapat pemimpin,rakyat dan askar yang baik. so, jika kita lihat m'sia hari ini dan kepimpinan pas itu sendiri, ia menggugat keyakinan saya bahawa pas akan dapat memerintah m'sia. dgn keadaan pemimpin y byk berselisih, rakyat y masih mundur dlm agama. berkaitan rakyat, saya kisahkan dari tempat saya sendiri y mana terdapat ramai penyokong pas. namun, apa y menyedihkan, masalah sosial adalah dtg nya dari ank2 org pas. di tahap manakah pentarbiyahan kita skrg dalam mengajak golongan muda y bukan dari kalangan akademik untuk memahami perjuangan? contohnya pd setiap pilihanraya, anak muda mmg bersemangat menjalankan gerak kerja, namun, aspek tarbiyyah x de. ada yang x sembahyang, x puasa dan sbgnya.

    maaf pjg plak komen. but i'm interest to this blog that this is teh first time i read this blog.

     
  5. Husam merupakan pemikir politik islam moden versi malaysia yang membawa unsur politik islam yang realistik dengan membawa jalan tengah kepada jawapan kerenah politik kotor pihak pemerintah. Sewajarnya idea ini dilaksanakan oleh semua pemimpin parti pembangkang. Pihak pembangkang terutama PAS perlu berpandangan jauh untuk menarik perhatian parti pemerintah supaya Islam itu sahaja adalah jalan ke arah perpaduan...

     
  6. USTAZ ZAMRI Says:
  7. Pada saya idea Husam kali ini benar-2 memerangkap pembangkang di Kelantan agar tidak bercakap sembarangan lagi kepada kerajaan pimpinan PAS. Kalau berani silakan tampil menawar diri menjadi Timbalan Exco atas kapasiti kepakaran yang anda miliki. Kalau benar-2 terjadi PAS tidak lagi boleh dikatakan mempolitik segala isu. Pembangkang atau UMNO tidak lagi boleh menuduh atau menuding jari atas segala 'kelemahan' pentadbiran kerajaan kerana mereka turut berada dalam kerajaan.

    Dari segi keselamatan dan kerahsiaan kerajaan PAS KElantan ia tidak perlu dirisaukan. Timbalan Exco tidak semestinya seorang. Ia boleh dilantik 2 orang iaitu dari PAS yang lebih bersifat 'dusturi' dan dari UMNO yang bersifat 'tanfizi'.

    Hakikatnya memang Husam adalah pemimpin masa depan umat Islam.

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"