Kekadang pelik mengenangkan diri saya sendiri khususnya dan segelintir pimpinan mahasiswa Islam - yang sempat saya bertanya lantas beralasan - sangat sibuk sehingga tidak dapat update blog dan tidak mampu meningkatkan kuantiti pembacaan buku.
Perbandingan saya mudah apabila berkesempatan menjenguk blog DSAI hampir setiap hari membaca catatan perjalanan, teks pidato dan jalur pemikirannya.
Saya kira DSAI lebih sibuk, jauh lebih sibuk berbanding pimpinan di kampus. Beliau selaku Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen, Penasihat PKR dan ahli politik yang sudah pasti lebih 24 jam sehari terpaksa berhadapan dengan sepak terajang politik lawan mahupun kawan.
Terbaru, Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno, hari ini berikrar Pemuda akan sedaya-upaya menghalang kemaraan DSAI yang disifatkan sebagai "sesumpah lidah bercabang", menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri di Putrajaya. Tahniah KJ kerana tidak pasal-pasal mempromosikan reverse thinking rakyat Malaysia bahawa Anwar sememangnya wajar dipertimbangkan oleh rakyat Malaysia sebagai alternatif baru kepada Najib Razak 1 Malaysia.
DSAI bagaikan tidak mempedulikan pun resolusi Pemuda Umno tersebut. Semacam sudah lali dengan ancaman murahan seperti itu.
Saya membaca blog DSAI. Saya menyaksikan bagaimana kesibukan beliau memenuhi jemputan ceramah dalam dan luar negara tidak pernah menghalang beliau untuk terus meningkatkan kualiti diri dan pembacaan buku, walhal kita sedia maklum tahap pembacaan dan kualiti intelektual beliau sejak dari aktivisme mahasiswa di Universiti Malaya lagi.
1. Masa rehat (membaca) di atas kapal terbang ke New York (posting 24 Sept 09)
"Saya dan Azizah berlepas dengan penerbangan Emirates pada jam 2 pagi, transit di lapangan terbang Dubai selama tiga jam dan kini dalam penerbangan ke New York. Waktu berlepas dari KLIA, selain membaca International Herald Tribune dan Asian Wall Street Journal, saya mengulangi sepintas lalu karya Paul Krugman “The Return of Depression Economics”, dan menghabiskan bab terakhir buku Martin Jacques “When China Rules the World: The Rise of the Middle Kingdom and the End of the Western World”. Meskipun judulnya agak keterlaluan dan menggemparkan, ia memaparkan sudut sejarah dan budaya China secara padat selain pembedahan mengenai kemunculan China selaku gergasi ekonomi dunia.
Dengan membekalkan bahan rujukan terpilih, saya terus menelaah rencana ilmiah yang rencam, di antaranya:
- China’s Strategic Ambition in Asia (Aaron Friedberg);
- Reframing China Policy – The Carnegie Debates (karya berasingan oleh Dan Blumenthal, Wing Thye Woo dan Barry Naughton);
- China: Country Report (Economist Intelligence Unit) dll. rencana pendek.
Hah, saya juga sempat menyaksikan filem yg dibintangi Tom Hanks, Angels and Demons. Filem ini persis The Da Vinci Code, dan hebat juga! Terlintas pula untuk menonton lakunan Sandra Bullock dalam The Proposal, tapi terlalu banyak bacaan yang perlu dihadham. Penerbangan panjang, meskipun membosankan namun berkesempatan membaca sebanyak mungkin. Keletihan sudah dan mengantuk maka beradulah saya. Di sebelah saya Azizah sudah nyenyak tidur..."
2. Pesawat tempat terbaik membaca (posting 4 Oktober 09)
Minggu lalu dalam wacana di New York mengenai gergasi ekonomi baru China, Profesor Yasheng Huang dari MIT menghadiahkan buku terbaru beliau, Capitalism With Chinese Characteristics: Entrepreneurship And The State.
Buku mengenai China memang bercambah; namun kupasan Prof. Yasheng agak berlainan, melihat isu pembangunan secara lebih menyeluruh – kota dan desa; pendekatan awal Deng Xiao Peng yang berbeda dengan pimpinan kumpulan Shanghai kemudiannya. Saya hanya sempat ke bab mengenai A Great Reversal, dan akan sambung kemudian inshaAllah.
Untuk program hari-hari berikut, saya membaca di antara lain, buku- lapuran:
- A Common Word and the Future of Christian-Muslim Relations
- Changing Course : A New Direction for US Relations with the Muslim World
- The Future of US – Kurdish Relations
- Interfaith dialogue: A Guide for Muslims
- American Arabs and Political Participation
- Tilson Tongue: More Mortgage Meltdown
- Richard Haas: War of Necessity, War of Choice: A Memoir of Two Iraq Wars
- Michael Sandel: Justice – What’s The Right Thing To Do?
Waktu terbaik membelek buku? Atas pesawat dan lewat malam!
3. Masa rehat (membaca) di atas kereta pulang dari Universiti George Washington (posting 9 Oktober 09)
"Yang ingin disentuh kini ialah dua pertemuan khusus dengan sarjana terkemuka Profesor Seyyed Hossein Nasr dari Universiti George Washington. Beliau menyerahkan naskah ucapan di persidangan tersebut berjudul – A Common Word Initiative: Theoria and Praxis. Tetapi di sepanjang perjalanan pulang, selesai mambaca International Herald Tribune, Financial Times, Economist dan beberapa lapuran mengenai Pakistan dan Afghanistan, saya terus menelaah buku tebal hadiah dari Profesor Seyyed Hossein Nasr berjudul – The Sage Learning of Liu Zhi: Islamic Thought in Confucian Terms, karya Sachiko Murata, William C. Chittick dan Tu Weiming.
Maka berenanglah kami dengan alunan hujah mengenai syari’ah, tariqah dan ma’rifah – berbanding dengan dao dan jiao; mengupas karya Liu Zhi and the Han Kitab serta karya alim China yang ulung mengenai Nabi Muhammad SAW, iaitu Tianfang Zhisheng Shilu!..."
Itulah Anwar Ibrahim. Saya dan anda bagaimana ?
"Read, you will conquer the world" - Napoleon Benoparte
"Bacalah, dengan nama Tuhanmu." - Al-Qur'an (wahyu pertama)
Salam sekali Ustaz, nice article. But something we must look it, we nood need just to tell another people, Anwar in reading so much. Hmm, yes, im accept with u ustaz, but at the same time we must look it, what Anwar reading n what Anwar Ibrahim salute?
do u know salman rushdie and satanic versus? N what Anwar talk about him?
And take ur time please, to look, what Anwar want to look. He want to look The proposal, sandra bullock. Do u know that film? Haha.
Terima kasih adik Ibnu Ali. Sekurang-kurangnya saudara me'neutralize' posting saya ini.
Apapun, sekiranya kita mahu melihat DSAI dengan pandangan prejudis, saya kira ramai yang boleh mengungkitsemula pandangan-pandangan silam beliau kepada PAS dan juga tabiat-tabiat silam beliau.
Apapun, kita ambil semangat pimpinan kita di atas yang sanggup mempertahan keputusan bersama PR kerana ketegasan titik persamaan yang telah diambil tanpa sebarang prejudis menebal. Jika prejudis menebal kepada DSAI, sudah pasti keputusan bersama PR boleh berubah sekelip mata.
Justeru, ambillah titik persamaan yang wujud antara kita aktivis mahasiswa Islam dengan DSAI, dan sesiapa sahaja yang kita kawani mahupun lawani. Define our real enemies at this time.
Sekali saya nyatakan, belajarlah dari musuh sekalipun sikap dan tabiat positif mereka. Salahkah kita belajar dari kekuatan membaca mereka. Kalau saya tulis mengenai kekuatan pembacaan Tun Dr Mahathir, musuh silam kita, sudah pasti akan ada pelbagai lagi sanggahan. Itu belum lagi saya tulis mengenai sarjana-sarjana Yahudi dan orientalis yang sangat dahsyat pembacaan mereka mengenai 'kita'.
Hikmah itu hilang dari orang yang beriman, sesiapa yang menemuinya, dialah yang berhak kepadanya.