Content feed Comments Feed


"Inilah konsep kepimpinan yang diserlahkan juga oleh dari Nabi Allah Yusuf alaihissalam. Baginda tahu benar permasalahan yang bakal berlaku 7 tahun kedua selepas 7 tahun pertama kesenangan menimpa rakyat negara Mesir. Lantas keupayaan, idea “problem-solving” dan kepakaran pengurusan ekonomi yang ada pada baginda hasil anugerah Allah S.W.T, baginda menawarkan diri menjadi pemimpin ekonomi Mesir. Sejarawan menyatakan Nabi Yusuf menerima jawatan Menteri Kewangan Mesir pada usia 24 tahun !" (link)

Saya tidak pasti berapa kerat mahasiswa Islam yang berminat untuk mengambil tahu isu-isu sekitar pembentangan sulong "RM191.5 bilion Bajet 2010" oleh PM Najib Razak pada 23 Oktober lepas. Anda sendiri boleh melihat di blog-blog mahasiswa, berapa ramai yang menyinggung isu Bajet 2010.

Yang saya yakin, isu cadangan EGM PAS dari Mursyidul Am PAS - semacam "luka lama berdarah kembali" - akan lebih menjadi bualan hangat para aktivis gerakan Islam kampus berbanding isu Bajet 2010, sama ada di alam bloggers mahupun di kedai kopi.

Lebih mengecewakan lagi apabila ada yang ditanya apakah isu-isu penting sekitar Bajet 2010 - sama ada anda sokong atau anda bangkang isu itu, maka yang dijawabnya "maaf ustaz, tak sempat baca lagi...", atau lebih mengkagumkan lagi, "tak tahulah ustaz..mereka tu kerajaan sekular...peduli apa.."

Kekadang sedih mengenangkan bukan sekadar tahap kecaknaan isu-isu kenegaraan yang tidak diambil peduli oleh segelintir ahli gerakan mahasiswa Islam, lebih dari itu sistem pendidikan gerakan itu sendiri tidak menyediakan suasana yang rancak dan menghairahkan untuk ahli mahupun pimpinan membincangkan ataupun sekurang-kurangnya terdedah - sama ada dengan rela mahupun paksa demi perubahan paradigma - mengenai isu-isu semasa kenegaraan sepenting pembentangan Bajet 2010.

Yang pelik, bila ditanya, apa tujuan berada dalam gerakan mahasiswa Islam ini, maka dengan penuh keyakinan dan retorik, "untuk memperjuangkan wujudnya sebuah negara Islam di bumi ini". Namun apabila ditanya lagi, bagaimana sifat negara itu, apakah bentuk dan polisi kenegaraannya dalam konteks Malaysia, jika anda sebagai Perdana Menteri dari gerakan Islam, apa yang akan anda tawarkan pada rakyat Malaysia, maka semesta alam menyaksikan kebanyakannya akan membisu seribu bahasa.

Demikianlah saya menggambarkan seketika sindrom pemikiran 'simplistik' segelintir mahasiswa Islam. Ia hanya mendedahkan karakter sebenar mereka yang selama ini diharapkan untuk menjadi pemimpin masa depan gerakan Islam "government in waiting" pada masa akan datang. Malangnya, mentaliti "jaguh kampung" dan berjiwa kerdil, masih mengarati pendekatan kaderisasi sesetengah ahli gerakan Islam di kampus.

Lemahnya penguasaan maklumat mengenai pergerakan musuh adalah suatu ancaman kaderisasi tarbiyah yang semestinya diambil berat oleh kilang gerakan mahasiswa Islam. Izinkan saya memetik kata-kata terbaru Ustaz Hasrizal apabila beliau menyinggung masalah "komunikasi" yang memunca kepada berulangnya perselisihan pandangan secara terbuka antara dua jalur pemikiran dalam PAS :

"Apakah ini petanda yang PAS masih belum memfakihkan diri dengan bentuk peperangan semasa yang dirinya sedang berada? Bahawa peperangan hari ini adalah peperangan maklumat. Kegagalannya menguasai maklumat bererti mereka berperang tanpa senjata, atau masih berkeris ketika peluru berpandu menembak jauh dari ribuan batu...Era perang digital, jangan lagi membawa sikap analog yang membinasakan." ("Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan")

Mungkin inilah juga yang dimaksudkan oleh saudara Faridzul Nasarudin mengenai agenda awalnya iaitu "mental reform" (klik point ucapan dasarnya sempena AGM MC baru-baru ini di sini) yang belum mampu beliau lakukan sepenuhnya sepanjang memandu Ma'ruf Club dan seluruh pendukungnya menuju reformasi membanteras "the captive mind" yang wujud pada mahasiswa di UIAM dan juga para pendukung MC itu sendiri.

Pada kesempatan ini, saya ingin menyarankan kepada seluruh pimpinan gerakan mahasiswa Islam supaya mengadakan diskusi Bajet 2010 kepada ahli-ahli. Jika ahli merasakan upaya minda mereka belum bersedia untuk terdedah kepada isu-isu kenegaraan ini, tidak mengapa, sekurang-kurangnya golongan pimpinan yang melakukannya, samada ada secara kecil-kecilan mahupun secara kelompok yang lebih besar.

Antara flow yang boleh saya sarankan :

1. Jemput penganalisis ekonomi - atau mereka yang mengkaji Bajet 2010 secara mikro - pada masa yang sama 'dekat' dengan dunia gerakan Islam untuk memberikan komentar atau ulasan sekitar Bajet 2010. Rakan saya seperti saudara Mior Isfandy antara figura bekas aktivis mahasiswa yang sangat sesuai untuk dihubungi kerana beliau pernah bergelumang dalam dunia pasukan ekonomis gerakan Islam ini. Sementalahan, beliau masih segar bugar mempunyai darah anak muda dan idealisme kemahasiswaan (the third voice).

Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan "Bajet", apakah kepentingan dan kedudukannya dalam sesebuah kerajaan yang memerintah, apakah hubungkaitnya dengan para pemimpin masa depan gerakan Islam pada masa akan datang.

Pernyataan "end in mind" ini penting supaya peserta tidak mengantuk di awal perbincangan. Pastikan alat bahan bantu seperti LCD wajib disediakan dengan memaksimumkan otak kanan lebih dari angka-angka Bajet yang memeningkan.

Jika mampu, sifu yang dijemput mampu membaca Bajet 2010 dengan tersurat dan tersirat.

2. Sarankan ahli ataupun usrah melakukan 'assignment' masing-masing sebelum diskusi dimulakan.

Ahli disarankan melayari blog-blog atau membaca akhbar-akhbar alternatif yang memberikan komentar kritis kepada Bajet 2010, sama ada pro mahupun kontra kepada kerajaan. Ataupun bertemu dengan pensyarah-pensyarah masing-masing yang difikirkan boleh memberikan pandangan mengenai Bajet 2010.

Jika tidak boleh menyinggung semua bahagian dalam Bajet setebal 55 mukasurat itu, jangan tinggalkan semua. Sekurang-kurangnya isu yang bersangkut paut dunia anda sendiri iaitu sektor pelajaran dan pendidikan tinggi.

3. Kenalpasti dan rancakkan sesi Q & A dengan isu-isu panas sekitar Bajet 2010.

Tak perlu banyak bertanya kepada pembentang, tetapi berikan pandangan kritis yang tidak diberikan oleh pembentang.

Adalah malang jika mahasiswa melihat Bajet ini sama seperti rakyat awam yang terpukau dengan terma-terma 'populis' Najib, sedangkan mahasiswa seharusnya melontarkan beberapa persoalan "blind spots" di sebalik tabir Bajet 2010 seperti :

- Beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Kenapa ?

- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM138.3 bilion adalah penurunan sebanyak 13.7% dari tahun lalu (RM160.2 bilion, 2008). Tetapi belanja pembangunan mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008 ! Kenapa ?

- 43.5% pendapatan negara masih dari sumber minyak mentah (sumber asli) dan ini adalah pendekatan 'conservative economy'. Kenapa terus dengan pendekatan ini ?

- Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda. Kenapa jadi begini ?

- Ke manakah bajet perkhidmatan pengangkutan awam dalam Bajet 2010 sedangkan dalam bajet tahun lalu Pak Lah mengadakan satu peruntukan RM35 billion selama lima tahun dari 2009 sehingga 2014 ?

- Kenapa kerajaan hanya mengenakan caj RM10 ribu untuk satu sijil Kelulusan Permohonan (AP) berbeza sedikit berbanding harga pasaran sebenar sekitar RM40-50 ribu? Wujudkah hidden agenda ?

- Cukupkah peruntukan RM 6 bilion bagi sektor pertanian ketika catastrophy masalah pemakanan global sedang diramalkan pakar-pakar mikro ekonomi akan menjadi lebih 'menakutkan' pada masa akan datang ?

- Ketiadaan peruntukan kepada sektor pertahanan pasca Bagan Pinang. Inikah hadiah' undi tentera yang memenangkan BN ?

- Ancaman kapitalisme dan utilitarianisme ke atas menara gading di Malaysia ? Kerajaan membenarkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjana hasil pendapatan sendiri agar dapat mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada kerajaan.

- Apa yang dimaksudkan ancaman ekonomi masa depan berbentuk "W-recovery", bukan "V-recovery" ?

- Kajian World Economic Forum menyatakan Malaysia lucut 3 anak tangga. Kenapa ?

- Kenapa setiap kali pembentangan Bajet oleh kerajaan BN, tidak ada paparan lebih awal kepada rakyat - khususnya dengan kemudahan internet - seperti yang dilihat di negara maju ?

Sudah pasti pelbagai persoalan dan kritikan boleh dibincangkan dan disinggung.

3. Meresolusikan akhir diskusi bahawa jika gerakan Islam memerintah Malaysia tidak lama lagi, apakah kerangka jelas Bajet "Negara Islam" - yang diharapkan berbeza dengan jelas dengan Bajet kerajaan BN-Umno - yang akan diumumkan dan dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia, muslim dan non-Muslim. Siapa yang perlu menjadi pasukan ekonomis dan pasukan pemikir tersebut dari sekarang ?

Tidak perlu menjadikan diskusi ini seperti kuliah subjek ekonomi yang mungkin berpotensi untuk tidak 'manusiawi' dengan mahasiswa yang bukan jurusan ekonomi.

Apa yang saya maksudkan dari diskusi ini bukanlah mahasiswa menekuni angka-angka memeningkan kepala yang dibentangkan PM Najib, ataupun dipaksa memahami istilah-istilah ekonomi seperti KDNK, ekonomi 'makro', FDI, "bail-out", dan sebagainya yang mungkin memberatkan minda bagi sesetengah aktivis yang tidak biasa dengan diskusi berat.

Cukup mendapat gambaran bagaimana sebuah kerajaan yang menerima mandat rakyat, mengagih-agihkan kekayaan kepada rakyatnya secara adil, dan sejauhmana perancangan dilakukan bagi berhadapan dengan cabaran ekonomi negara di masa depan.

Sememangnya mudah untuk menyatakan "kerajaan BN-Umno adalah kerajaan yang sekular" dan kemudian full-stop. Namun, seharusnya kita tidak mensia-siakan kelebihan pasukan ekonomis, kompetensi dan pengalaman puluhan tahun mereka mentadbir negara yang diserlahkan dalam dokumen 55 mukasurat Bajet 1Malaysia tersebut.

Kajilah kekuatan musuh dan binalah persiapan untuk mengatasi kekuatan mereka.

PAS beruntung kerana pada saat ini mempunyai figura ekonomis seperti Dr Dzulkifli Ahmad manakala PR secara keseluruhannya mempunyai figura mantan Menteri Kewangan termuda dalam sejarah politik Malaysia, DSAI. Namun, mereka adalah pemimpin pada hari ini, soalnya siapa yang menjadi klon mereka pada masa akan datang ?

Masihkah gerakan Islam pada masa akan datang bertongkatkan seorang dua batang tubuh atau lebih baik kita mulakan membina pasukan kepimpinan muda berwibawa pada saat ini yang walaupun mereka bukan jurusan ekonomi sekalipun, namun sekurang-kurangnya mempunyai jiwa yang sensitif dengan isu-isu ekonomi negara.

Saya juga menyarankan anda membaca tulisan saudara Rausyanfikir yang turut sama menyinggung soal persiapan PAS dan kader-kader gerakan Islam dalam suasana "battle of ideas" pada saat ini. Lihat di sini

Juga lihat bagaimana DAP tampak lebih bersedia apabila menyediakan Bajet Alternatif dari mereka sendiri. Gerakan Islam bagaimana ? Lihat di sini


Firman Allah : "Dia (Yusuf) berkata: Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit yang kamu makan. Kemudiansetelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (butir gandum) yang kamu simpan." (Surah Yusuf: 47-48)

8 Responses to Buat Mahasiswa Islam, Belajar Untuk Kritik Bajet 2010 Sebelum Kritik Cadangan EGM PAS

  1. Assalamualaikum wbt

    Membuka mata & memberi idea..jazakumullah ust

     
  2. incek.loyer Says:
  3. salam ustaz~

    disebabkn masalah mklumat yg xckup~ ilmu ekonomi yg trbatas~ kekangan pendedahan bajet~ mbuatkn kami@ana lbih mlihat kpd apa yg telah diperuntukkan~ (mcm PTPTN yg xyh bayar),berbanding apa yg sepatutnya kita dapat~

    sapa lh yg xkeruan bila wadah perjuangan kami dilaporkn sedang bergolak~ keengganan para pimpinan mengulas lbyh lanjut~ proses penerangan yg lambat~ mngakibatkan fokus mnganalisa bajet teralih kpd Muktamar kHas~

    pndapat ustaz ttg bajet sgt mnarik sbnarnya~ tp tampak seakan2 mencari kelemahan org laen (bajet2010) berbanding mnyiasat kelemahan sendri (EGM PAS).namun, alhamdulillah~ posting yg mengakses minda ana ttg kelemahan2 yg trsirat dek khebatan pmbentangan bajet Najib~ mgkin taraf ilmu+pengalaman mnjadi faktor penentu~ kena bertapa lama lagi lh ni~

    menunggu dgn penuh sabar kenyataan media PAS esok~

     
  4. Unknown Says:
  5. Hmm, seperti katamu wahai sahabatku, jangan mudah mengangkat orang. Anda juga mengangkat DSAI dan Dr Dzulkefly Muhammad. Haha. Beginilah, nasihat yang baik.

    Tetapi, perlu juga mengetengahkan contoh yang baik. Baik, setuju dengan anda, kita perlu team mahasiswa kampus yang lebih hebat Bagaimanapun, perlu diperhatikan juga EGM

     
  6. Rijal82 Says:
  7. Terima kasih Alia dan Izaat. Maafkan saya jika tajuk agak provokatif, sekadar mahu membuka minda dan mengalih perhatian kepada beberapa "real problem" GMI di kampus pada pengamatan saya.

    Terima kasih Ibnu Ali. Saranan anda adalah keutamaan GMI seharusnya. Cuma saya menyebut nama 2 tokoh tersebut kerana saya mengkaji mereka dan latarbelakang mereka dalam penguasaan ilmu ekonomi sedangkan mereka bukan graduasi dalam bidang ekonomi. Saya memberikan contoh sebagai motivasi buat mahasiswa bukan jurusan ekonomi, saya tidak berniat untuk mengangkat-angkat mereka.

    Cuma mungkin saya tidak mempelbagaikan lagi contoh seperti Dato Paduka Husam Musa, YB Salahudin Ayub dan ramai lagi figura dari pasukan PAS.

    Mungkin saudara boleh mencadangkan. Yang penting, kita perlukan role-model :)

     
  8. ana bersetuju dengan gelagat mahasiswa yang ingin memperjuangan islam tetapi masih gagal memahami maksud 'perjuangan' itu sendiri...malas membaca, malas berfikir dan gagal memahami dan menghidu gelagat politik baru...masih bergelut untuk memahami antara dai'e atau pejuang pas...inilah persoalan yang ana nak timbulkan supaya gerakan islam kampus menjadi juara dalam sepak terajang masyarakat nanti...

     
  9. Dr Mahathir pun lebih minat ulas isu EGM PAS berbanding Bajet. Hehe. http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/41449-now-dr-m-asks-nik-aziz-to-quit-pas

     
  10. Rijal82 Says:
  11. Usrah 1453 bsama Mior Isfandy, kupas "Di Sebalik Tabir Bajet 2010", Sabtu, 31 Okt, 9 mlm. SMS sy di 013-6280186 jk shbt2 luar UIAM mahu sertai.

     
  12. Hadhir

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"