Content feed Comments Feed

Tribute Buat PMI Lagenda !!!

Friday, July 4, 2008

Bersama pimpinan PMI, moderator (3 dari kiri) dan Marjan (2 dari kanan)

Tribute buat PMI Kolej Lagenda kerana berani menjemput Presiden Gamis (perasmian) dan saya sendiri untuk satu forum mahasiswa sempena Muktamar Sanawi mereka. Agak kelu lidah saya untuk berbicara secara total dalam Bahasa Inggeris, apatah lagi sebaris dengan saudara Marjan, mahasiswa Filipina dan moderator yang merupakan seorang pensyarah dari Indonesia.



Saya katakan tribute kerana tidak saya jangka kolej IPTS nun jauh di Nilai seperti ini mempunyai Persatuan Mahasiswa Islam, bahkan kepimpinannya mempunyai semangat yang luarbiasa untuk membawa spirit 'student movement' dari Gamis di kolej yang tampak zahirnya hampir mustahil untuk bertapaknya sebuah PMI di sini.

Seingat saya, ukhuwwah bertaut dengan akh Rasyid (salah seorang Exco PMI Lagenda) semasa saya hadiri memberikan motivasi di program ukhuwwah.com di UIAM. Tak saya sangka, ukhuwwah ringkas terjalin dengan beliau membibitkan pertemuan kedua pada hari ini, dalam suasana muktamar yang pastinya lebih bermakna kepada dakwah di bumi yang menampung hampir 3,000 mahasiswa dengan sebahagian besarnya adalah foreigner.

"Bagaimana boleh saya menyertai Gamis", itulah bisik Ustaz ...(maaf, semasa menulis di blog ini, saya terlupa nama beliau). "Kami akan pertimbangkan Ustaz...", saya berikan jawapan bagi menenangkan beliau tatkala saya kebuntuan memikirkan perlukah Gamis membuka keahlian atau kelab peminatnya pada post-graduate dan foreigner. "



"Presiden takut pada mahasiswa, mahasiswa takut pada Rektor, rektor takut pada Presiden..." Itulah kata-kata beliau yang sangat menyentak kalbu saya apabila beliau memberikan komen pada ulasan saya yang mungkin kelihatan terlalu 'memuji' sifat mahasiswa Indonesia dalam bicara saya.

Buat pimpinan PMI Kolej Lagenda. Semoga kalian akan menjadi LAGENDA Malaysia pada masa akan datang !!! Be with us !!!

1 Response to Tribute Buat PMI Lagenda !!!

  1. al_irsyad Says:
  2. Salam ustaz, insyaALLAH....kami sentiasa bersama-sama GAMIS. melebarkan risalah dakwah Islamiyyah dalam kampus Legenda nih.

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"