Content feed Comments Feed

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyokong pendirian Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin yang telah menyatakan hasrat untuk tidak menghalang penuntutnya mendekati dunia politik, sebaliknya memanfaatkan politik secara positif supaya mahasiswa tidak hanyut dalam gelombang politik. Saranan terbuka NC UniMAP supaya mahasiswa membangunkan blog sendiri sebagai saluran untuk menyatakan pandangan secara positif dan membina wajarlah dicontohi oleh Naib-naib Canselor IPTA yang lain di Malaysia khususnya dalam proses merawat semula kelembapan minda intelektual kalangan mahasiswa yang akan mencorak masa depan Malaysia. Gamis juga menyokong pendefinisian beliau terhadap maksud mahasiswa ‘berpolitik’ sebagai “meningkatkan sahsiah diri, berani bercakap dan berkomunikasi dengan baik, terdedah kepada kemahiran berpidato dan berdebat dengan pelbagai idea bernas, berfikiran terbuka, berani berhadapan dengan masyarakat.”


Gamis menyeru seluruh mahasiswa supaya membetulkan salahfaham mereka terhadap politik. Persepsi bahawa “politik itu kotor” telah menyebabkan ramai mahasiswa mula beralih dari dunia politik kepada dunia hiburan yang lebih melalaikan. Seorang pensyarah UKM pernah membuat kaji selidik (2006) terhadap hampir 900 orang mahasiswa dari 7 buah IPT dan mendapati hanya 15 % sahaja mahasiswa menjadikan ahli politik sebagai idola mereka, manakala lebih dari 70 % mahasiswa menjadi artis sebagai idola mereka. Justeru, tidak pelik sekiranya kebanyakan mahasiswa pada hari ini sudah mula hilang deria kecaknaan dan daya kepedulian mereka kepada isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka. Kalaupun ada yang meminati perkembangan politik, kebanyakannya hanya menjadi penonton dan pengikut (reactor) kepada arus politik yang telah dibentuk, bukannya pencorak (initiator).


Mahasiswa digesa membelek semula sejarah Nabi Muhammad S.A.W selaku pemimpin agung nombor satu dunia sebagaimana diiktiraf oleh Michael H. Hart dalam bukunya “The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History”. Baginda bukan sekadar seorang ahli politik yang pintar sebagaimana terserlah dalam perjanjian Hudaibiyyah, tetapi juga pendakwah yang berminda negarawan sebagaimana terserlah dalam pemeteraian sahifah Madinah. Baginda telah berdakwah melalui pelbagai pendekatan diplomasi dan konfrontasi (peperangan), namun kesemua ada justifikasi wahyu dari Ilahi dan bukannya berpolitik ala-Machiavelli (matlamat menghalalkan cara).


Gamis juga menyeru golongan pendidik dan pensyarah di univesiti supaya belajar dari Rektor Universiti Paramadina di Jakarta, Anes Baswedan yang telah dinobatkan oleh majalah Foreign Policy 2008 sebagai salah seorang dari 100 Intelektual Agung Dunia kerana jasanya yang besar dalam membantu gerakan mahasiswa di Indonesia menjatuhkan Presiden Indonesia, Soeharto.

0 Responses to Mahasiswa Dekati Politik : GAMIS Sokong Pendirian NC UniMAP

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"