NOTA SATU
“Orang mengatakan, wahai Rasulullah, harga mulai mahal. Tentukanlah harga untuk kami.” Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah-lah yang menentukan harga, yang menyempitkan dan melapangkan rezki, dan saya sungguh berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan tidak seorang pun dari kalian yang menuntut kepadaku dengan suatu kezalimanpun dalam darah dan harta.” (HR. Abu Daud [3451] dan Ibnu Majah [2200])
Rasulullah tidak menjawap berdasarkan kehendak soalan sahabat iaitu ditentukan harga barang untuknya. Tetapi Rasul memberikan suatu kaedah umum bahawa biarpun harga mahal (baca : kenaikan harga barang), apa yang penting rakyat tidak MERASAI kenaikan itu suatu kezaliman atau seolah-olah mereka DIZALIMI.
Kenapa rakyat Iran apabila kerajaannya menaikkan harga minyak baru-baru ini sebanyak 35 sen, rakyat tidak melakukan pemberontakan atau marah sebagaimana berlaku di Indonesia ? Jawapannya, rakyat sudah melihat kesederhanaan pemimpin mereka jauh lebih awal sebelum sebarang tekanan ekonomi menimpa mereka dan pemimpin mereka.
Manakala bagi rakyat Malaysia, sejauhmana kesederhanaan pemimpin mereka sekiranya saranan untuk memotong elaun dari income bulanan pak-pak Menteri yang hampir mencecah RM 50,000 itupun ditolak.
NOTA DUA
Kajian di atas dilakukan oleh Prof. Abdul Ghafar Ismail (Kumpulan Kajian Ekonomi dan Kewangan Islam, Pusat Pengajian Ekonomi, UKM). Inilah gambaran mentaliti berbelanja rakyat Malaysia hasil didikan kerajaan Malaysia yang memerintah selepas 50 tahun merdeka. Sangat menyedihkan apabila berbelanja untuk perabot, makanminum, handset dan kereta jauh dan jauh lebih penting dari berbelanja untuk tujuan kesihatan dan pendidikan.
Terima kasih guruku
0 Responses to Di Sebalik Tabir Isu Kenaikan Harga Minyak : Nota Dari Guruku