Content feed Comments Feed

Hari ini Allah mentaqdirkan aku terlihat Akademi Nasyid TV9...Pada awalnya aku tidak berminat kerana lebih nak melayan video Wacana Perdana 100 Hari Pakatan antara YB Saifudin Nasution, SS Dr Mohd Asri dan Prof Aziz Baru. Itu lebih membina minda bagiku...

Namun, tumpuan pada laptop terganggu seketika dengan TV 9 Astro yang sedang ditontoni sahabat-sahabat serumahku Taufik, Izu, dan Rusydan...Tampil satu susuk tubuh kurang upaya yang nampak agak cacat penglihatan, tiba-tiba menyanyikan sebuah lagu "Kau Kekasih Awal dan Akhir" dengan penuh kemerduan, aku terkasima dan mula memberikan tumpuan kepadanya...

Mula tersentuh hatiku melihat seorang hamba Allah sedang mencuba nasib di Akademi Nasyid. Apabila diumumkan tadi, beliau antara 3 peserta yang berpotensi tersingkir, hatiku mula memberontak mengatakan inilah bahana undi sms yang membunuh kreativiti manusia yang tidak mampu melihat dunia dengan sempurna, tetapi sudah melangkah jauh sehingga ke tahap ini...


Azhan Atan, peserta AN 2008 adalah orang kurang upaya (OKU). Jika anda melihat dia, tentu anda akan berasa sedikit pelik. Dia akan tersenyum sendiri tak pasal-pasal. Mata dia pun tidak seperti manusia normal. Pandangan dia tidak senormal pandangan manusia biasa. Dia bukan sekadar mahu menyanyi, tetapi dia mahu berdakwah. Walaupun dia OKU, tapi dia mempunyai cita-cita tinggi iaitu sebaris dengan pendakwah2 normal yang lain.

Apa yang lebih menyentuh hatiku bukan sekadar beliau dari kalangan individu kurang upaya, tapi rupanya seorang yang turut sama menyatakan iltizam untuk memperjuang Islam. Rupanya Azhan Atan adalah Ketua Pemuda Pas Tanjung Piai, Johor...Ya Allah...


Ya Allah, seorang hambamu yang kurang upaya ini, punyai 1001 alasan untuk tidak kenal sedikitpun tentang fikrah perjuangan Islam, tetapi rupanya beliau sebaliknya...iltizamnya pada perjuangan Islam tampak jauh lebih tinggi dari anak-anak muda di menara gading... Aku yang sempurna mata dan tubuh badan ini bagaimana ...? Apa alasanku di depan Allah nanti...?

Buat Azhan. Teruskan perjuangan...Dunia ini diciptakan bukan semata-mata untuk golongan sempurna sepertiku. Jika Prof Dr Ismail Md Salleh (Presiden Persatuan Orang Buta Malaysia) boleh melakar sejarah Malaysia apabila dilantik menjadi anggota Dewan Negara yang pertama daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), kenapa tidak anda.

Nothing is impossible sekiranya ada "burning desire" di "azhan" (minda dan cara berfikir) kita...



0 Responses to Hari Ini Baru Ku Kenali Siapa Sebenarnya Azhan Atan (Akademi Nasyid)...

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"