"In politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way."- Franklin D. Roosevelt
Prison Break (PB), drama TV bersiri nombor satu AS memaparkan perjuangan seorang anak muda bernama Scofield (rujuk gambar di Profail Blogger) dan beberapa banduan yang tak bersalah tetapi dijatuhkan hukuman penjara (baca : tahanan tanpa bicara @ ISA) akibat konspirasi yang terkait dengan penguasa Amerika. PB mensajikan kepada penonton aksi-aksi penuh suspen, mendebarkan, mencemaskan pada setiap minit-minit, sehingga orang yang sakit jantung saya kira tidak sesuai melihat TV series ini kerana sifatnya nervous-oriented dan "unexpected ending".
Politik "Prison Break" atau politik yang mempertaruh "unexpected ending", itulah bahasa paling sesuai menggambarkan keadaan politik Malaysia - pasca PRU 12 - yang sangat tidak menentu dan sukar diramalkan bagaimana "ending" nya pada saat ini. Kalau dalam setiap satu siri (mingguan) Prison Break, ada sahaja aksi mendebarkan dicipta pengarahnya, Paul Scheuring dengan penuh intelegen. Demikianlah politik Malaysia, hampir setiap 24 jam, bahkan kurang dari 24 jam sahaja, ada sahaja "C4" diletupkan ke pentas politik Malaysia. Lihat sahaja akuan bersumpah kedua 'ajaib' Bala selepas akuan pertamanya. Lihat sahaja penangkapan tidak bertamadun ke atas Anwar selepas 'menang bergaya' debat dengan Shabery Chik...dan macam-macam lagi political stunt 18 SG telah dan akan terus berlaku kurang dari 24 jam...Siapa letupkan C4 setiap hari ini ? Siapakah "pawn" yang dicaturkan itu ? Siapakah "knight" yang bijak mengambil kesempatan secara senyap dari kelalaian lawan ? Siapakah "remote-controller" di sebalik semua ini ? Ya Allah, berikanku jawapan dan telahan.
Jika ramai tidak menjangka PB Season 3 hanya 13 episod (kerana 2 episod sebelum ini sebanyak 23 episod) dan akhirnya membuat kejutan dengan wujudnya season 4, (entah berapa season lagi daa...) demikianlah politik Malaysia saat ini yang sukar diramalkan "ending" nya bagaimana. Yang pasti, ia tidak semudah mengitar semula skrip 1998 sebagaimana kata sang intelegen Saifuddin Nasution. Mampukah Anwar Ibrahim menjadi "Scofield" yang berjaya lolos dengan "peta" di badannya memintas setiap konspirasi jahat "The Company" (baca : BN) ? Mampukah Anwar survive dalam situasi pentas politik BN-PR kini ibarat penjara "Sona" buat Anwar (hampir mustahil ada jalan keluar buatnya)? Sukar untuk diramalkan babak-babak seterusnya bagaimana...
PB jelas merumuskan satu mesej mudah bahawa "winner who always thinking one step ahead" sebagaimana kelincahan 'ijtihad' Scofield ketika menghadapi saat-saat getir konspirasi "The Company" khususnya ketika melawan kepantasan intelegen Mac Mahon (baca : Najib ? Khairy ?).
Let's end this "bullying" season...
0 Responses to Politik Malaysia kini ala "Prison Break" ...