Content feed Comments Feed

Demi Perjuangan...

Friday, July 4, 2008


Hari ini aku menerima tawaran kerja dari Al-Madinah International University (MEDIU) Shah Alam. Menjadi idamanku untuk menjadi pensyarah atau sekurang-kurangnya berada dalam dunia ilmu dan akademik, apatah lagi dalam bi'ah arabiyah. Tawaran kerja dari MEDIU adalah sebagai Instructional Designer (ID) iaitu orang tengah antara tenaga akademik dan ICT. Selaku perantara antara Module Writer (akademik) dan Multimedia Designer (ICT) memandangkan MEDIU merupakan universiti maya, pembelajaran secara online.

Namun aku dengan berat hati menolak tawaran itu. "Peluang hanya datang sekali" seperti pesan mak Dzulkhairi...

Peluang itu adalah "bekerja" dengan Gamis...Indahnya ukhuwwah kian terasa dari apabila setiap detik kesempitan kewangan dihadapi bersama...Biarlah ribuan ringgit menjadi taruhan perjuangan, biarlah setiap hari melihat kelibat sahabat-sahabat serumahku pergi dan pulang pejabat bagi meraih sedikit rezeqi (dan kemudiannya pastinya berumahtangga), namun takkan mampu menggugat baiah perjuanganku bersama Dzul dan Ridhuan untuk terus bersama Gamis...

Allahumasyhad...Nahnullazi baaya'uu muhammadan, 'alaljihad ma baqaina abadan...

Posting Sebelumnya

There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"