Kira-kira jam 6 petang, mahasiswa GAMIS memasang "C4" secara senyap dengan melaungkan "Student Power" sebagai satu ikhtiar terakhir dari mahasiswa bagi mewakili sebahagian rakyat yang hadir yang mahu rasa kekecewaan pada event Protes 6 Julai dizahirkan secara terang-terangan di depan pimpinan Protes.
Stadium bergegar seketika dan urusetia Protes tampak terkasima.
30 minit kemudian, rupanya rakyat yang hadir teransang untuk memberontak kepada event Protes sehingga keadaan tidak terkawal.
Tribute untuk Zainulfaqar dan GAMIS Utara serta GAMIS Lembah Klang yang menjadi nadi utama crowd GAMIS di 6 Julai walaupun mahasiswa jelas kecewa dengan pertukaran pendekatan dan tempat di saat akhir !!! Terima kasih kepada semua ahli GAMIS di serata Malaysia yang telah hadir dan melihat satu detik bersejarah yang memungkinkan Pakatan Rakyat boleh berkubur sekiranya berulang lagi tragedi 6 Julai ini.
“Kota Rom tidak dibina dalam masa 100 hari, tetapi kemusnahannya hanya mengambil masa 1 hari..."
salam mahasiswa,
saudara, saya tak nampak mahasiswa seolah2 C4 ketika di stadium.
saya nampak mereka seolah-olah mercun
padi yang baru di bakar, belum mampu untuk gegarkan banggunan.
C4 digunakan untuk runtuhkan banggunan.
tapi tak mengapa, mahasiswa sedang membesar, dulunya kita hanya mercun pop-pop a.k.a mercun bawang.
semuga suatu hari nanti, kita jadi atom yang mampu gegarkan sekular di malaysia,
smuga kita jadi nuklear yang mampu gegarkan syirik di muka bumi ini.