Content feed Comments Feed

Budayakan Brainstorming !!!

Wednesday, July 30, 2008



Bila kita menyebut tentang brainstorming, ia berkait rapat dengan konsep ijtihad. Ijtihad bermakna put all of our effort on our mind progressing. Dengan kata lain, seorang brainstormer bolehlah kita anggap sebagai mujtahid, pemikir, think tank kepada sesuatu perancangan dalam gerak kerja jamaah.



Brainstorming dalam jamaah adalah suatu proses bagaimana kita memanfaatkan akal yang telah dikurniakan oleh ALLAH (generate our mind) dalam merangka sesuatu perancangan. Semakin kuat seorang brainstormer generate idea dengan baik, kita akan dapat capai suatu keputusan yang kritikal dan baru, tanpa menjadi pak turut kepada idea-idea yang lampau.


Sesi brainstorming yang baik ialah dengan menanggalkan baju-baju jawatan, taklifan atau entiti kelompok yang diwakili. Dengan kata lain, jangan ada sebarang pandangan yang dikeluarkan atas sentimen mahupun kepentingan jawatan, taklifan mahupun entiti kelompok yang diwakili. Khususnya indivifu personal brainstormer itu sendiri. Maklumat dan pandangan perlulah dilihat sebagai suatu yang objektif, genuine, tidak bias, dan terjamin keasliannya.


Dilema yang seringkali memerangkap sesi brainstorming ialah ego dan bias dalam mempertahankan pandangan yang mewakili statusnya, dipengaruhi emosi sehingga meninggalkan rasional, gagal menyatakan kebenaran itu benar dan kesalahan itu salah kerana suasana hierarki kepimpinan tidak dapat dibuang. Akibatnya, keputusan tidak masak kerana tiada ketelusan dan keaslian semasa memberi pandangan


Dalam sesi brainstorming, semua cadangan adalah mungkin dan berpotensi. Seorang brainstormer akan memaksa akalnya untuk mengeluarkan idea-idea yang mencapah bahkan idea yang di luar kotak adalah sangat digalakkan. Jangan sekat idea-idea yang cuba dikeluarkan oleh brainstormer walaupun idea yang diberikan kelihatan tidak logik atau tidak sesuai. Ini akan merencatkan potensi yang ada pada brainstormer. Kadangkala, sampai kepada suatu tahap di mana idea yang dikeluarkan oleh brainstormer seolah-olah idea yang dangkal, bodoh, tidak logik dan gila! Tidak mengapa selagi ia masih lagi dalam kerangka proses percambahan idea kerana kadangkala pandangan sebegini berkemungkinan menjadi idea yang paling realistik dan tajam yang mungkin tidak pernah kita fikirkan.


Seelok-eloknya, sesi brainstorming dihadiri oleh orang lama atau mereka yang ahli dan berpengalaman yang mampu memberikan maklumat, data dan tasawur terhadap subjek yang ingin dibincangkan. Namun awas, idea-idea lampau dilihat oleh seorang brainstormer dalam suatu sesi brainstorming hanyalah sebagai suatu fakta sejarah yang objektif. Dengan mengambil kira ia sebagai suatu maklumat, brainstormer akan mencari suatu jalan dan keputusan yang paling ideal untuk masa kini. Elakkan daripada bertaklid membuta tuli kerana ia akan melahirkan brainstormer yang malas dan mematikan potensi akal untuk berfikir sesuatu yang baru. Apabila malas berfikir, kita akan jadi malas berijtihad. Apabila malas berijtihad, kita tidak akan mampu menemui strategi baru dan tidak dapat membuat sebarang perubahan kearah yang lebih baik . Sebab itu kita lihat strategi dan aksi-aksi yang dibuat oleh gerakan mahasiswa seringkali menjadi langkah ikutan parti-parti politik nasional.


Kaedah brainstorming yang baik ialah dengan cara setiap brainstromer memakai kasut yang pelbagai agar pandangan dan cadangan yang diberikan lebih tepat dan mencakupi kepelbagaian kelompok yang terlibat. Dalam membincangkan sesuatu subjek kemungkinan keputusan yang terhasil akan berhadapan dengan beberapa kelompok seperti pimpinan, ahli jamaah, pro, mad’u, musuh, pentadbiran universiti, PAS / UMNO, fundementalis, modenis, dan lain-lain.



Justeru, seorang brainstormer yang baik ialah mereka yang mampu memberikan pandangan daripada pelbagai sudut kelompok yang bakal didepaninya atas keputusan yang akan dibuat. Brainstormer yang baik adalah yang tidak terperangkap dalam kelompok perbincangan sebaliknya melihat skop perbincangan dari luar dan keseluruhan. Kelak keputusan yang akan dibuat bukanlah sekadar “ikut sedap hati” sahaja. (syok sendiri).

0 Responses to Budayakan Brainstorming !!!

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"