Mampukah anak muda menjadi pemimpin gerakan mahupun negara ? Al-Qur'an melalui jendela sejarah perjuangan anbiya' telah memberikan jawapan "YA".
"Kami dengar ada seorang pemuda (fata) yang mencela berhala-berhala ini, namanya Ibrahim." (Al-Anbiya:60)
Lafaz fata merujuk pada usia remaja, biasa dinisbahkan kepada mereka yang berusia 16 - 18 tahun (baca : usia nak ambil SPM). Pada usia itu, anak muda Ibrahim menggugat pemerintah Namrud.
"Dan setelah dia (Musa) dewasa, dan sempurna akalnya, Kami anugerahkan kepadanya hikmah dan pengetahuan..." (al-Qasas : 14)
Lafaz balagha asyaddahu menunjukkan usia baligh, sekitar 15 tahun (baca : usia Tingkatan 3 nak PMR). Pada usia itu, anak muda Musa membuat tumbukan KO kepada seorang tentera Firaun yang bergaduh dengan seorang dari kaumnya, Bani Israel. Regim Firaun terus tercabar apabila anak muda ini mula menggabungkan dirinya dengan Nabi Syuaib pada usia 23 tahun bagi melancarkan counter-attack kepada regim.
"Khabar gembira, ini seorang anak muda." Kemudian mereka menyembunyikannya dia (Yusuf) sebagai barang dagangan...dan tatkala dia cukup dewasa, Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu.." (Yusuf : 19)
Lafaz ghulam merujuk anak kecil berusia 10 tahun. Pada usia 15 tahun, Yusuf merengkok dalam penjara kerana fitnah Zulaikha. 9 tahun kemudian , Yusuf menerima 'tarbiyah' dalam penjara, beliau diasak dengan pelbagai soalan sehingga beliau semakin matang dan bijak memecahkan persoalan MENIMPA UMMAT DAN NEGARAnya. Sehinggalah pada usia sekitar 24 tahun (baca : usia kebanyakan graduan universiti), Yusuf diberikan mandat oleh Raja Mesir menjadi Menteri Kewangan (selepas ia menta'bir mimpi Raja).
Rasulullah berkata sang penakluk Konstantin adalah "sebaik-baik pemimpin dunia dan sebaik-baik pasukan tentera di dunia". Itulah al-Fateh, memimpin kerajaan Uthmaniah pada usia 18 tahun, menawan Konstantinopel pada usia 23 tahun (baca : usia anak muda di menara gading@mahasiswa).
Kesimpulan, Al-Qur'an semacam mahu memberitahu kepada saya dan anda anak-anak muda Islam, bahawa golongan yang terbaik untuk melakar sejarah kebangkitan Islam adalah pada usia 15 hingga 25 tahun. Jangan biarkan usia period keemasan ini berlalu begitu sahaja - sebagaimana ia telah berlaku kepada saya 20 Julai baru-baru ini (saya memasuki 26 tahun). Allahu Akbar !!!
"Rahsia para pahlawan mukmin sejati terletak pada tradisinya berguru dengan orang-orang yang terbaik yang hidup di zamannya."
0 Responses to Selamat Datang Pemimpin Muda