Apabila Saiful lancar serangan yang Anwar meliwatnya sebagai 'turning point' dari akuan bersumpah RPK, Anwar lancar peluru counter attack kepada Musa Hasan dan Gani Patail.
Apabila polis melancarkan serangan dengan mengugut akan menangkap Anwar , Anwar lancar counter attack lebih awal dengan memalukan Shabery Chik dalam debat.
Terbaru, apabila Saiful lancarkan serangan dengan kenyataan mahu bersumpah seakan mahu tutup kes Anwar kerana kebuntuan bukti, Anwar lancar counter attack dengan kenyataan akan bertanding di Permatang Pauh yang telah dikosongkan oleh isterinya.
Counter attack bukan tindakan defensif. Counter attack adalah ofensif attacking yang paling digeruni musuh apabila sesuatu serangan dimulakan. Bukan mudah untuk menguasai dan menterjemah ilmu ini di sesuatu medan pertempuran. Dalam permainan catur, gerakan KNIGHT paling sukar dibaca, paling senyap gerakannya, tetapi kebanyakan CHECK-MATE berlaku dengan peranan KNIGHT. Dalam bolasepak pula, formasi 4-3-3 adalah counter-attack-minded yang banyak diformasikan oleh pasukan-pasukan bolasepak terkemuka dunia.
“Pertahankan diri anda sendiri apabila anda tidak dapat menewaskan musuh, dan serang musuh anda apabila sebaik sahaja anda berpeluang. Pertahankan diri apabila kekuatan tidak mencukupi dan serang apabila kekuatan berlebihan. Kebolehan meramal kemenangan yang dapat diramal oleh orang biasa bukanlah puncak kemahiran. Anda juga belum boleh dikatakan ‘pakar’ jika anda mendatangkan musim luruh yang tidak memerlukan banyak tenaga, dapat membezakan antara matahari dan bulan bukanlah tanda tajamnya penglihatan, dan dapat mendengar guruh di langit bukanlah tanda tajamnya penglihatan, dan dapat mendengar guruh dilangit bukanlah tanda tajamnya pendengaran. Kenalilah musuh anda dan kenalilah diri anda sendiri, nescaya anda dapat mengharungi seratus pertempuran tanpa sebarang kekalahan.” – Sun Tzu
0 Responses to Master "Counter-Attack"