Content feed Comments Feed
Showing posts with label Permaisuri Hatiku. Show all posts
Showing posts with label Permaisuri Hatiku. Show all posts


Tiada apa yang mampu kuberikan di hari lahirmu isteriku melainkan suatu nostalgia perjuangan yang andaikata diulangtayang, ia mampu mengukuhkan semarak mawaddah dan rahmah kasih sayang antara kita, menghiburkan hati tatkala kita berseorangan dan berpisahan, dan lebih penting lagi mudah-mudahan membakar semangat zuriat pelapis perjuangan kita nanti, Muhammad Al-Fateh.

 Kuhadiahkan secebis bingkisan video hasilanku buatmu sayang. Moga lagu Maher Zain ini terus kekal dalam ingatan perjuangan kita.

Terima kasih buat isteri kesayanganku Nurul atas 'gimik' mencemaskan yang dilakukan menjelang 12 malam 20 Julai semalam. Saat yang tidak akan kulupakan buat selamanya apabila dirimu tidak dapat kuhubungi dan rakan-rakanmu gagal mengenalpasti kedudukanmu di mana sejak petang Ahad tersebut. Tiba-tiba di kegelapan menakutkan sekitar Taman Gombak itu, kau muncul dengan sekeping kek tertulis "Syaari al-Fateh" dengan sebatang lilin yang melambangkan tahun pertama daku menyambut hari lahir ini bersamamu isteriku.


Terima kasih isteriku kerana menjadi teman seperjuanganku, pembakar semangatku, penenang jiwaku di kala keresahan. Inilah hari lahir pertamaku bersama insan bernama "isteri" selama 26 tahun selama ini mengenangnya dengan status "bujang".

Uhibbuki fillah abadan abadan. Moga percintaan kita diberkati Allah dan berkekalan hingga ke akhirat sana.

Tribute Buat Isteriku...

Friday, May 1, 2009


Dahulu, kumengajarnya bagaimana membuat blog, kini blog beliau yang tampaknya lebih popular dariku. Sehingga satu posting mampu mengundang lebih 15 komentar. Sehingga beberapa buah artikel dipost kerana terpaksa meraikan kehendak peminat. Dahulu aku mempunyai lebih masa berbanding beliau dari sudut bacaan buku, kini beliau sendiri memberikan qudwah padaku dari sudut disiplin pembacaan buku, setiap masa lapangnya hanya berdamping dengan buku. PWTC menyaksikan pembelian beliau jauh mengatasiku. Tidak perlu pelik jika Ustaz Hasrizal sendiri tampak lebih mengenali penulisan beliau lebih dariku.


Tahniah isteriku. Dikaulah harapan, garapan, doaku untukmu membawa ruh SIGMA berpencak lebih pantas, lebih ganas dari muslimin itu sendiri pada masa akan datang.


Dahulu, aku mengajarnya erti aktivisme gerakan mahasiswa. Beberapa ku ungkapkan padanya, pentas nasional tidak seindah pentas kampus, kekadang siapa yang mencadang sesuatu gagasan idea, dialah yang mesti melakukannya dan mengambil risiko. Kali ni, aku yang perlu memberikan tribute khusus buatmu isteriku.

Dalam keseorangan, beliau telah membuktikan "gerakan muslimat" yang selama ini aku impikan. Itulah "gerakan" beliau sendiri, ketika tidak ada individu lain sudi@mampu menghulurkan bantuan - apakan daya semua di kampung masing-masing atau final exam - membuat draf memorandum bantahan Gamis yang akan dihantar kepada Perdana Menteri Najib Razak dan Ketua Hakim Negara. Sungguh ia suatu tugasan yang sangat berat penentu imej Gamis di mata media dan pemimpin negara, namun isteriku mampu melakukannya keseorangan. Akibatnya, masa tidurnya hanya kurang 2 jam, dengan attachment di firma guamannya yang terpaksa ditinggalkan seharian esoknya, dengan tiket bas untuk pulang ke kampung pada malam yang sama, beliau telah melakukan satu lakaran sejarah yang luar biasa. Ketika mengantuk dengan pemanduan lebih 160 kilometer berulang alik dari Putrajaya tanpa teman, hanya kepada Allah aku serahkan isteriku.


Isteriku berpencak bersama 5 hero muslimin di hadapan media dan SB



Tahniah isteri, aku mula melihat kemampuan, kekuatanmu yang sebenar, jauh jauh jauh lebih baik dariku Insya-Allah. Doaku buatmu agar dikaulah negarawan ulung wanita Malaysia 10 tahun dari sekarang. Ameen ya Rabbi.


Aku pula bagaimana ?

Sekadar buat persiapan nak jadi ayah ?

Jangan confuse. Ini Umar al-Faruq bin Muhd Kamaruzzaman, anak saudaraku.
Anakku Muhamad al-Fateh bin Muhammad Syaari
akan menyusul nanti.

Beliau akan dibesarkan, dididik, ditarbiyah oleh
si ibu bakal Senator Dewan Negara.

"Mana sepupuku Al-Fateh, bila nak muncul?", bisik Umar al-Faruq.

"Bersabar Faruq, kami berdua sedang menyiapkan medan perjuangan selengkapnya untuknya.
Dia akan lahir ke dunia ini apabila medan ini siap sepenuhnya untuk beliau warisi.
Engkau mesti berjuang bersamanya Faruq.", bisikku.

Teruskan Perjuangan Isteriku...

Tuesday, February 24, 2009

Saya berbangga mempunyai seorang serikandi pejuang, yang meletakkan agenda dakwah dan perjuangan lebih dari segala kepentingan. Teruskan perjuangan permaisuri hatiku. Keredhaanku mengiringi perjuanganmu.

Kes 1 :

Isteri saya menjadi fasilitator bagi sebuah LDK Non-Muslim
di program I.P Minda di SMK Bandar Tasik Puteri

Bukan mudah untuk mencari titik persamaan
mendekati adik-adik dari agama lain. Namun baginya
ia suatu peluang, bukan halangan.


Kes 2 :
Isteri saya selaku Vice President MC
sedang mendapat 'tarbiyah ijtimaiyyah' dari pegawai
pengurusan protokol UIAM untuk persiapan Forum Intelektual
Politik Malaysia di UIAM malam ini.

Kekadang ingin sahaja saya kembali ke sejarah silam
saya bersama WUFI. Mahu sahaja saya mendapatkan pengalaman
dalam Ma'ruf Club sebagaimana telah isteri saya perolehi
saat ini. Tarbiyah 'pengurusan massa' adalah bukan sesuatu yang
mampu diraih dengan mudah oleh kebanyakan pimpinan gerakan mahasiswa Islam.
Tidak kurang yang lebih suka bersikap ekslusif dan lebih gemar menjadi
pemimpin 'jaguh kampung' yang tidak tahu menahu mengenai
'public relation' dan aksi dakwah umum gerakan.

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"