Content feed Comments Feed


Inilah mahasiswa antarabangsa. Mereka lebih gemar menggegarkan Main Auditorium UIAM dengan tajuk-tajuk perbincangan yang lebih berjiwa besar. 


Lebih dari itu mereka menonjolkan kuasa kerja berpasukan dan sinergi antara persatuan-persatuan mahasiswa antarabangsa yang kuat, khususnya atas semangat kesyahidan 9 aktivis Turki di atas Mavi Marmara ketika menuju Gaza di Palestin. 

 Bersama Al-Aqsa Friends Society dalam kembara "Islamic Civilization over History". 
Episod 1 kali ini mengangkat tajuk "GLORY OF FAITH & POWER : TURKISH-ISLAMIC CIVILIZATION", menggandingkan Prof. Dr. Ataullah Boghdan Kopansky dan Dr. Saim Kayadibi, Main Auditorium UIAM, 8.45 malam, 27 Januari 2011.

Lebih dari itu, mereka kreatif dalam menyelitkan seminar yang tampak mampu memberatkan minda mahasiswa yang tampak tidak mampu membiasakan diri dengan pemikiran berat dan perbincangan akademik, dengan persembahan mengejutkan merentas budaya dan mengatasi semangat 1Malaysia sekalipun. Nyanyian lagu jihad oleh mahasiswa Palestin diiringi dengan kumpulan Dikir Barat mahasiswa "Red Warriors" dari UIAM!

Cukup menyentuh hati berada dalam suasana ala Ummatic Week ini, 80 % kehadiran mahasiswa antarabangsa memenuhi Main Auditorium, meskipun kehadiran saya atas kapasiti mahasisTUA, bukan lagi seperti dahulu.

Tahniah Al-Aqsa Friends Society, mahasiswa Palestin dan mahasiswa Turki yang mengadakan seminar ringkas, tapi membuka minda malam tadi.


"Turkey is nothing without Islam. Today, the Osmanli still in the 'sleeping' mode. The 'renewal' times of the mode will come!" - Assist. Prof. Dr. Saim

"Turks converted Islam with mind, not with force. The enemies knew that Osmanli cannot be defeated by war, so they came with the 'inside' tricks. The key of rise and fall of the great civilization ? EDUCATION!  - Prof. Kopansky


Masih saya ingat, bagaimana dalam kelas Profesor Kopansky, seorang mahasiswa Palestin menonjolkan dengan jelas penguasaannya pada 5-8 nama-nama negara di seluruh dunia yang diarahkan oleh Profesor untuk diteka, ketika mahasiswa tempatan gagal dalam banyak percubaan.

Petikan Nota Penting Seminar (khususnya dari Dr. Saim)


 Turki bukan hanya Othmaniyah sahaja, tetapi pernah dinisbahkan kepada 16 buah empayar !









"Only 20 minutes to speak! It was a great intellectual terrorism for me :)", 
seloroh Prof. Kopanky yang terkenal dengan lawak spontannya yang menyerikan bicara pengalamannya, khususnya ketika melafazkan Syahadah di Istanbul.

Al-Aqsa Itu "Konstantinopel" Hari Ini ! Ayuh mulakan Dari UIAM !



3 in 1! 

Bukan mudah untuk diuruskan. 

Dunia AKADEMIK mengajarku disiplin dalam urusan ilmu dan ilmuan. 

Dunia DAKWAH mengajarku seni menyantuni remaja yang tersalah pilih tujuan hidup. 

Dunia TRAINING mengajarku sains manusia 'korporat' dan sikap profesionalisme dalam pelaksanaan modul latihan. 

COMING SOON, I must prepare "5 in 1". 

Dunia PARENTING (bulan 6) 

Dunia PENULISAN (sudah ramai yang menyarankan). 

Rabbi yassir!

"Sesungguhnya sebaik-baik amalan adalah amalan yang KONSISTEN sekalipun sedikit". (hadis direkodkan oleh Baihaqi dari Abu Hurairah)

"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun. (ITQAN)" (hadis direkodkan oleh Al-Baihaqi)

"The BEST is the enemy of good." - Voltaire's Dictionnaire Philosophique (1764) Literally

Ada benarnya apa yang disebut oleh Stephen R. Covey dalam "qaul jadid" beliau iaitu buku "Tabiat ke 8 Daripada Keberkesanan Kepada Keagungan". 


Analisa beliau di Appendiks 8 menyerlahkan bagaimana dunia organisasi Barat sedang menghadapi kebuntuan untuk membentuk prestasi organisasi yang cemerlang secara KONSISTEN. Kajian demi kajian telah dibuat dan mengesahkan dilema itu. Satu demi satu formula dikemukakan hasil pengkajian mendalam aspek "sains kemanusiaan" ini, ada formula yang berjaya dan selebihnya hanya "hangat-hangat tahi ayam".

"Sememangnya, hampir semua orang boleh memberikan hasil dalam satu atau dua suku tahun pertama. Tetapi cabaran sebenar adalah untuk mencipta BUDAYA ORGANISASI yang boleh memberi hasil yang KONSISTEN setiap tahun." - Stephen R. Covey, halaman 463, Tabiat Ke 8

Saksikan perangkaan berikut, hasil dari penerbitan perniagaan yang ulung :

1. "PROFIT FROM THE CORE" - hanya 111 dari 1,854 syarikat (13 %) berupaya menjana keuntungan meningkat yang BERTERUSAN untuk tempoh 10 tahun

2. "GOOD TO GREAT" - hanya 126 dari 1,435 (9 %) berupaya untuk melebihi purata pasaran ekuiti selama 10 tahun atau lebih.

3. "CREATIVE DESTRUCTION" - hanya 160 dari 1,008 syarikat (16 %) yang telah dikaji selama tempoh 30 tahun berjaya kekal selama itu

4. "STALL POINTS" - hanya 5 % daripada syarikat Fortune berjaya mengekalkan pertumbuhan mereka.


Barat tercari-cari bagaimanakah kaedah ampuh untuk membentuk HABIT manusia. 


Islam telah datang dengan suatu kaedah paling ampuh membentuh HABIT manusia. 

Jawapannya terletak dalam RUKUN ISLAM yang merupakan PEMBUKTIAN (external evidence) dan LATIHAN (ongoing process) kepada RUKUN IMAN. Rukun terpentingnya adalah SOLAT, suatu proses pembentukan karakter manusia yang perlu dilakukan pada masanya dan mengikut ketetapan waktunya, secara KONSISTEN. 

Pengulangan perkataan dan perbuatan yang sama dalam SOLAT mengandungi HIKMAH dan FALSAFAH yang sangat tinggi, penuh kerahsiaan andaikata akal manusia mampu menanggapi sekelumit hikmah dari kefardhuan ibadah agung ini.

Kehebatan karakter Sultan Muhammad Al-Fateh, manusia biasa yang berusia luarbiasa ketika melakukan misi paling luarbiasa, terletak pada rahsia dan kuasa SOLAT FARDHU yang tidak pernah beliau tinggalkan, termasuk solat TAHAJJUD.


Bersama kami di Akademi Al-Fateh membongkar kehebatan kuasa SOLAT dalam pembentukan HABIT dan KARAKTER insan!


NOTA TAMBAHAN :)

"90 % kegagalan kepimpinan adalah kegagalan AKHLAK. Kami telah membuat soal selidik 54,000 orang pekerja, hampir 15,000 (28 %) iaitu peratus TERTINGGI mahukan pemimpin berINTEGRITI berbanding 11 karakter kepimpinan yang lain seperti "effective communicator", "forward looking", "modelling", "motivator", "expert", "brave", "empathy", "decision maker"." - Stephen R. Covey, halaman 172, Tabiat ke 8. 

Maka fahamlah kenapa fakta sejarah merakamkan Muhammad S.A.W dimenangkan Tuhan hati pimpinan Makkah dengan kuasa AL-AMIN dalam konflik kerajaan dalam isu Hajarul Aswad.

"Usaha Syaari Abdul Rahman menulis buku Kuasa Kepimpinan al-Fateh adalah satu usaha murni yang patut dipuji kerana membantu mendedahkan kepada khalayak satu peristiwa yang telah mengubah perjalanan sejarah umat Islam." - Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 11 Jan 2011. 

JUTAAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA kepada Profesor Redzuan kerana sudi mengamati buku saya selama hampir 2 bulan sebelum memberikan Prakata. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa Prof yang sudi memberikan sedikit ruang masa untuk menelaah manuskrip buku saya tersebut dan seterusnya memberikan rumusan yang cukup menakjubkan di bawah.


KATA PENGANTAR
(PETIKAN 60 % DARI PRAKATA BELIAU, SELEBIHNYA BOLEH DIPEROLEHI DARI BUKU SAYA CETAKAN KEDUA NANTI)

"Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul merupakan ibukota kepada Empayar Byzantium yang diasaskan pada tahun 324 Masihi oleh Maharaja Constantine Agung. Kota yang indah ini terletak di dua buah benua, iaitu Asia dan Eropah. 

Pada zaman keemasannya yang menjangkau selama dua abad dari 850 hingga 1050 Masihi, Constantinople muncul sebagai sebuah pusat kebudayaan dan keilmuan yang tersohor.

Bermula dari abad ke-11 empayar agung ini mula mengalami zaman kemerosotannya. Pada zaman kemerosotannya empayar ini telah digempur oleh tentera salib dan kemudiannya oleh tentera Turki Uthmaniyah yang mempercepatkan proses pereputannya.

Keagungan Constantinople berakhir pada 1453 apabila kota tersebut ditawan oleh Sultan Muhammad II atau lebih dikenali sebagai Muhammad Penakluk (al-Fatih). Dengan penaklukan yang dilakukan itu Constantinople ditukarkan namanya kepada Istanbul dan seterusnya diisytiharkan sebagai ibukota Daulah Uthmaniyah pada tahun 1457.



Disebabkan kedudukannya yang strategik dan kemasyhuran yang dimilikinya, Constantinople cuba ditakluki oleh tentera Islam sejak pemerintahan khalifah Muawiyah lagi yang pernah menghantar bala tentera bagi menakluki kota tersebut pada tahun 669 Masihi.

Usaha ini gagal kerana kekebalan kota Constantinople, tetapi menjadi satu peristiwa bersejarah apabila seorang sahabat nabi, Abu Ayyub al-Ansari meninggal dunia dalam ekspedisi ini.

Usaha bagi menakluki kota ini dipertingkatkan lagi oleh sultan-sultan Daulah Uthmaniyah yang mengaitkan usaha ini dengan keyakinan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad tentang sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali parit Khandaq iaitu “..Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, manakala tenteranya adalah sebaik-baik tentera...”.

Selain itu, wasiat Abu Ayyub yang mahukan supaya jenazahnya dikebumikan paling hampir dengan kubu Constantinople turut menjadi inspirasi kepada umat Islam untuk menakluki kota ini. Kepentingan hadith ini dan wasiat Abu Ayyub menjadikan usaha umat Islam menakluki ibu kota Byzantium sebagai tugas suci yang terus dilakukan sepanjang zaman. Atas inspirasi inilah Sultan Muhammad ll berusaha sejak dari usia muda untuk menawan kota tersohor ini. Usaha yang beliau lakukan ini juga adalah atas keyakinan bahawa dirinyalah pemimpin terbaik untuk memikul tugas murni yang gagal dijayakan oleh pemimpin lain.



Sultan Muhammad ll dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne. Beliau merupakan anak keempat Sultan Murad II. Sultan Muhammad ll adalah seorang sultan Uthmaniyah yang berwibawa sebagai seorang pentadbir, ketua tentera dan juga merupakan seorang yang mahir dalam ilmu sejarah, geografi, ilmu falak dan puisi.

Menurut Belini, iaitu seorang pelukis dari Venice yang bertemu Sultan Muhammad ll, sultan Uthmaniyah ini digambarkan sebagai seorang Islam yang warak dan fasih bertutur dalam sekurang-kurangnya tiga bahasa, iaitu Arab, Turki dan Parsi.



Sultan Muhammad ll adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan secara tegas menyatakan cita-citanya untuk menawan kota Constantinople sebaik-baik sahaja dilantik menjadi sultan. Bagi merealisasikan cita-citanya itu Sultan Muhammad ll sendiri terlibat dengan perancangan bagi menawan kota ini sejak awal-awal lagi. Usaha beliau ini dibantu penasihat dan pembantunya yang berwibawa seperti Ak Shamsuddin yang merupakan penasihat kerohaniannya dan wazir Zarghanos Pasha.



Usaha Sultan Muhammad menakluki Constantinople merangkumi perancangan bagaimana kota ini perlu dipencilkan terlebih dahulu daripada sokongan luar, kekebalan kota ini perlu dihancurkan dan persiapan rapi dilakukan bagi menggempur kota tersebut.

Sebagai langkah awal, Sultan Muhammad ll, telah membuat perjanjian persahabatan dengan jiran-jiran Constantinople bagi mengelakkan mereka menghulur bantuan kepada kota ini apabila dikepung. Pada waktu yang sama Rumeli Hisari telah disiapkan binaannya pada 31 Ogos 1452 bagi melengkapkan peranannya dengan Anadolu Hisari dalam usaha memencilkan Constantinople dan menghalangnya daripada menerima bantuan luar melalui selat Bosphorus.



Setelah meyakini bahawa Constantinople telah dipencilkan, pada hari Isnin 2 April, 1453 Sultan Muhammad ll telah mengisytiharkan perang ke atas kota tersebut. Serangan ke atas Constantinople dimulakan selepas solat Jumaat pada 6 April 1453 dengan tembakan dilepaskan oleh meriam gergasi. Meriam ini dicipta oleh Sultan Muhammad ll dengan bantuan seorang jurutera bangsa Hungary bernama Urban. Meriam yang mampu menembak peluru seberat antara 800-1200 paun ternyata berjaya merobek kubu yang selama ini amat kebal daripada sebarang serangan.
Serangan ke atas Constantinople melibatkan persiapan Sultan Muhammad ll yang melibatkan 140 buah kapal perang 320 buah perahu dengan angkatan tentera berjumlah seramai seratus lima puluh ribu orang, termasuklah dua belas ribu tentera janisari yang terlatih. Walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi menawan, namun kota ini ternyata kebal kerana selepas dua minggu serangan dilancarkan, kota tersebut masih mampu bertahan.

Kegagalan ini sedikit sebanyak menjejaskan semangat juang bala tentera Sultan Muhammad ll. Antara faktor yang menggagalkan usaha penaklukan ini ialah keterbatasan serangan yang dilancarkan dari darat.

 Gambaran kapal-kapal laut Othmaniyah

Lantaran itu, pada malam 21-22 April, Sultan Muhammad ll telah mengarahkan supaya kapal perangnya diheret melalui Bukit Galata menuju ke Tanduk Emas bagi membolehkan serangan dari laut yang lebih berkesan dapat dilancarkan. Dengan bantuan kayu bulat yang dilicinkan dengan menggunakan lemak lembu satu landasan diwujudkan bagi memudahkan kapal ini diseret menaiki bukit. Strategi yang digunakan ini ternyata memberikan kesan yang mengejutkan sehingga berjaya memecahkan pertahanan musuh dan membolehkan serangan dilakukan dengan lebih berkesan.



Walaupun strategi demi strategi diusahakan, namun kejayaan muktamad menawan Constantinople masih belum berhasil.

Pada malam 26 Mei Sultan Muhammad ll telah mengadakan perundingan dengan pakar-pakar strateginya bagi membolehkan serangan muktamad dilancarkan.

Pada hari Ahad 27 Mei Sultan Muhammad ll telah melakukan lawatan ke atas ketumbukan tenteranya bagi memberikan mereka semangat dan menawarkan hadiah apabila kota Constantinople berjaya ditawan.

Pada 28 Mei Sultan Muhammad ll mengumumkan kepada tenteranya supaya berehat, membersihkan rohani dan berpuasa sebelum serangan muktamad dilancarkan pada keesokan harinya.

Pada malam sebelum serangan dilancarkan Sultan Muhammad ll sendiri bersama-sama dengan Zarghanos Pasha membuat persiapan terakhir dengan memperincikan strategi yang akan digunakan. Selain itu, beliau juga melawat khemah tenteranya bagi memberikan mereka semangat dengan menegaskan bahawa tugas menawan Constantinople adalah tugas suci yang mestilah dilaksanakan pada kali ini.



Pada awal pagi Rabu 29 Mei, tentera Uthmaniyah telah bertindak membakar khemah dan melaungkan kata-kata semangat bahawa mereka akan bermalam di dalam kota Constantinople pada waktu malam nanti.

Serangan awal telah dilancarkan oleh tentera yang melibatkan pasukan rakyat yang kurang mahir dan diikuti dengan serangan oleh tentera yang lebih terlatih. Akhirnya menjelang terbit matahari serangan dilancarkan oleh pasukan pemanah dan tentera janisari yang lebih terlatih. Serangan secara terancang ini ternyata membuahkan hasil yang membawa kepada jatuhnya kota Constantinople setelah dikepung selama lima puluh empat hari. Sebaik-baik sahaja memasuki Constantinople Sultan Muhammad ll mengumumkan bahawa kota ini kini dikenali sebagai Istanbul.



Penaklukan kota Constantinople oleh Sultan Muhammad ll merupakan satu peristiwa bersejarah dalam perkembangan Islam. Kejayaan yang dicapai ini merupakan gabungan inspirasi yang membakar semangat, perancangan yang rapi, kerja sepasukan yang jitu, strategi yang sesuai pada waktunya dan keyakinan kepada pertolongan Allah dalam membawa kejayaan. Ternyata usaha penaklukan ke atas kota ini oleh Sultan Muhammad ll boleh dijadikan iktibar dalam perjuangan membawa perubahan kepada ummah.


Usaha Mohamad Syaari Abdul Rahman menulis buku Kuasa Kepimpinan al-Fateh adalah satu usaha murni yang patut dipuji kerana membantu mendedahkan kepada khalayak satu peristiwa yang telah mengubah perjalanan sejarah umat Islam. Usaha Sultan Muhammad ll wajar menjadi iktibar kepada generasi muda dalam usaha menjadikan nasib umat Islam pada masa akan datang lebih baik daripada umat Islam pada masa kini."

Analisa Pemikiran Strategik Sultan Muhammad oleh Profesor Redzuan Othman: Bersambung Dalam Cetakan Kedua Buku Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. DAPATKAN SEGERA DI PASARAN !!! (iskandarfateh.com)

Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman
Dekan
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
KUALA LUMPUR
11 Januari 2011
e-mel: redz8182@gmail.com 



Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.Com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.

Tidak pernah diduga oleh sesiapa bagaimana seorang tokoh agung Islam, Sultan Muhammad Al-Fateh mendapat tempat yang begitu istimewa di sisi sekumpulan perunding motivasi dan pengkaji di Malaysia. Kejayaan tokoh Islam itu menawan Kota Konstantinopel sekitar 700 tahun lalu bukan sekadar akan dijadikan muzium peringatan di Malaysia, bahkan akan dibangunkan sebuah akademi yang akan menjadikan kajian ilmiah mengenai tokoh tersebut dalam bentuk modul penyelesaian masalah organisasi dan pembinaan kualiti kepimpinan yang setaraf dengan modul-modul pembangunan insan antarabangsa (world-class).


70 % siap. Ini merangkumi soal persiapan logistik, infrastruktur dan kemudahan tempat latihan di Sepang.” Demikianlah jawapan meyakinkan dari Ustaz Azlan Jalil, Jurulatih Utama (Master Trainer) Akademi Al-Fateh.


Menjelang 1 Februari 2011 ini, Akademi Al-Fateh akan mula beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah akademi latihan dan pada masa yang sama menjadi pusat latihan (training centre) yang menyediakan kemudahan penginapan yang selesa, dihiasi panorama peristiwa penawanan Konstantinopel, seolah-olah peserta dan pengunjung sedang berada di Istanbul, Turki. Sejak dari bulan November 2010, dengan kesungguhan dan sokongan padu Datuk Haji Mohd Ilyas Zainul Abidin dan Tuan Haji Rezwan Resat dari De Palma, kerja pembinaan 4 buah kapal dan pengukuran serta penampalan wall paper gambar-gambar penting sekitar penawanan Konstantinopel sedang giat dilakukan.


Harapan kami, peserta yang akan menyertai program Akademi ini nanti, sejak jejak pertama mereka ke sini, mereka telah tertanya-tanya mengenai replika kapal di atas bukit kawasan ini dan pintu gerbang gergasi yang ‘menyambut’ ketibaan mereka.”, ujar Ustaz Azlan Jalil kepada krew Akademi Al-Fateh. 




"  Program ini membuatkan orang yang benci sejarah jatuh cinta dan menghargai sejarah!"  

Demikian salah satu testimoni dari mahasiswi UIA Kuantan selepas A.L.F.A.T.E.H Workshop, meskipun modul sehari tersebut hanya 20 % dari modul Akademi Al-Fateh yang sebenar. 

Jika dibuat 3 hari penuh dengan venue di Sepang sendiri (HQ Akademi), adik-adik akan merasa LEBIH dari itu. Bukan lagi soal PEMAHAMAN yang mendalam dan PENGHAYATAN yang menyentuh hati, tapi KESEDIAAN melakukan PERUBAHAN diri dan organisasi. 

Berikut adalah testimoni ringkas yang dirumuskan oleh saudara Azam Yusof dan saudari Nor Syuhada dari borang penilaian program pada peserta :

Female
1. Program yang bagus. Lain kali boleh jemput speaker yang sama datang lagi.
2. Slide yang sangat mengkagumkan dan menarik.
3. Perlukan screen yang lebih besar supaya video dapat ditayangkan dengan lebih baik.
4. Terima kasih, lain kali boleh anjur lagi program supaya pelajar-pelajar lain dapat ikut.
5. Modul yang ada kelainan dari kebiasaan.
6. Masa program kalau boleh lanjutkan ke dua hari.
7. Anjur program bengkel ke seluruh Malaysia.
8. Mungkin boleh buat modul lain untuk susulan.
9. Membuatkan orang yg benci sejarah jatuh cinta dan menghargai sejarah.
10. Modul sesuai untuk digunakan dalam program kepimpinan.
11. Tolong jelaskan kronologi yang kurang jelas sebab ada yang bertindan.
12. Buat lagi program pada lain masa untuk sedarkan kita tentang sejarah Islam supaya kita boleh contohi.
13. Kalau boleh detailkan lagi tentang tajuk-tajuk yg dibentangkan.

Male
1. Perlu dibuat di tempat yang lebih selesa untuk muatan kapasiti peserta.
2. Berjaya mengimbaukan kembali kegemilangan Sultan Al-Fateh.
3. Dapat banyak hadiah, nak join Akademi Al-Fateh!
4. Ingin mengetahui lebih tentang sejarah Kerajaan Uthmaniyyah dan ceritakan kejatuhannya.

Jazakallah khairan ustaz. Saya salah seorang peserta Workshop Al-Fateh yang diadakan baru-baru ini di UIAM Kuantan. Subhanallah, saya teruja dengan ilmu yang disampaikan ustaz mengenai kuasa kepimpinan dan strategi peperangan Sultan Muhammad al-Fateh. Semoga Allah memimpin ustaz untuk mengkaji lebih mendalam tentang kuasa kepimpinan & strategi peperangan ini.

Sesungguhnya Sultan Muhammad al-Fateh ialah seorang sultan yg amat luar biasa. Beliau berjaya menawan kota Konstatinople dalam usia yang begitu muda, 22 tahun. Realitinya, remaja sekarang masih tercari-cari identiti diri pada usia ini. Saya tertanya-tanya BAGAIMANA Sultan al-Fateh memperoleh KEAZAMAN yang sangat luar biasa dalam mencapai misinya? Seperti yang kita sedia maklum, usia remaja adalah fasa yang paling mencabar dalam melawan diri & hawa nafsu. Dalam usia ini ramai remaja yang terpedaya dengan cinta yang dunia, hanya sedikit yang menyedari & mengecapi cinta sejati & hakiki. Harap ustaz boleh tolong jelaskan dgn lebih lanjut." - Habibi Baharuddin, Kuliyyah of Pharmacy, UIAM Kuantan (melalui email)


Meskipun mendapat feedback yang positif dan cadangan yang konstruktif, ketahuilah adik-adik bahawa banyak yang tidak dapat dibuat kerana keterbatasan masa dan ruang. 

Adik-adik tidak sempat melakukan fasa penyerapan 7 nilai AL-FATEH tersebut sehingga ia membantu menyelesaikan masalah peribadi dan organisasi adik-adik. Adik-adik hanya sempat menggayakan 7 nilai tersebut, tetapi setiap 7 nilai tersebut tidak sempat berlaku sebarang proses PENYERAPAN melalui aktiviti dan latihan dalam kumpulan. Lebih penting lagi, adik-adik tidak merasai TARIK KAPAL itu sebagaimana yang dilakukan tentera Sultan Muhammad :)

"Macamana modul ustaz ni boleh memberi jaminan pada saya ia mampu menyelesaikan masalah dalam organisasi-organisasi para pelanggan Akademi Al-Fateh nanti?" Cukup dengan satu soalan 'maut' dari Datuk Hj Ilyas Zainul Abidin (Penasihat Akademi) mengajarku bahawa membaca sebanyak mana dokumen sejarah belum memadai andaikata ia terus membeku sebagai sebuah idea lampau yang tidak menjejak di atas realiti permasalahan ummah. Terima kasih Datuk!"


9 Jan 2011 : Bersama mahasiswa UIAM Kuantan dalam Workshop 7 Habit of A.L.F.A.T.E.H. Ceramah interaktif, 3D click to Panorama Istanbul, nasyid tema, gelagat kumpulan Basilica, lukisan kekebalan Konstantinopel, kuiz dan adegan menara dan kapal terbang, gaya 7 Habit, audiovisual gegak gempita dan macam2 lagi, tidak akan dilupakan insya-Allah. Terima kasih pada Mahallah Talhah dan seluruh mahasiswa yang hadir dan urusetia CAMPRO yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

"Visionary Leader always plan ONE STEP AHEAD, meskipun kejayaan LONG TERM plan itu tidak berlaku pada zamannya. "Othman telah mencetuskan IMPIAN. 'Thunderbolt' Beyazid memulakan KEPUNGAN. Musa memberi TEKANAN. Murad II menghasilkan PERENCANAAN strategik." (page 108, The Fall of Constantinople, "Turkey", Stanley Lane-Poole)

Lorong-lorong kemenangan DIPERMUDAHKAN buat Muhammad menawan. Highly Effective Leader bermula dengan MENGHARGAI, MENGKAJI legasi kepimpinan sebelumnya!

"Awal pemerintahannya, al-Fateh telah mengambil PAKAR arkeologi Itali, Cyriacus dari Ancona - yang pernah berkhidmat dengan ayahnya ketika mengepung Konstantinopel pada tahun 1422 Masihi - sebagai salah seorang PEMBACA + SETIAUSAHAnya. Beliaulah yang banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi Muhammad untuk mengHORMATI sejarah silam Greek, mengekalkan monumen-monumen penting di Konstantinopel (selepas penawanan)." (page 68, Europe and The Turk ; A Pattern of Alliances 1350-1700, Dorothy M. Vaughan)

Slot pertama, ketika melihat wajah peserta yang tampak 'membeku' mungkin akibat alat pembeku yang begitu menyejukkan, saya memulakan dengan teknik soal jawap "kenapa anda hadir ke program ini" sebagai salah satu taktik mudah saya untuk mendapatkan "gap analysis". Saya akhiri sesi muqaddimah dengan menggunakan kemahiran "benefit statement" untuk menimbulkan ghairah peserta pada sesi seterusnya, mampu bertahan dan teruja sampai selesai slot sehingga ke petang.

Disebabkan keterbatasan masa, ujian PERSONALITI DIRI di awal program untuk melihat cara bekerja dan cara penyerapan ilmu (learning styles), sama ada "activism" atau "reflector" atau "theorist" atau "pragmatism", tidak dapat dilakukan. Inilah pentingnya program yang bermalam dan lebih dari 2 hari :)




"TRAINING is not about you just coming out and speak!" - Mr Syaari :)




"When handling training, I will try to FACE the emotional feedback of participants instead of AVOIDING it" - Mr Syaari :)

"Get ready. We will be the Fatehiyyin to destroy their tower. Let's get the sumi asap, our secret weapon !!!"


Prinsip saya mudah. Tidak suka 'menyuap' mahasiswa dengan keterangan demi keterangan analisa saya mengenai keseimbangan persiapan sunnatullah (IQ-EQ) dan syariatullah Sultan Muhammad melainkan mesti didahulukan dengan menCETUSkan RASA dalam diri. Ia tidak boleh dilakukan tanpa AKTIVITI yang munasabah dengan keterbatasan masa dan tempat. Maka terbinalah MENARA AL-FATEH :)

"You can learn more about a person in an hour of PLAY than you can from a lifetime of CONVERSATION" - Plato.

Memahami lebih mendalam erti TAWAKKAL dan keteguhan iman sebagai ASAS kejayaan SERANGAN TERAKHIR SERENTAK 28 Mei 1453 Masihi Sultan Muhammad selepas segenap strategi ketenteraan dan kebijaksanaan menemui kebuntuan.


SESI REFLEKSI MODUL SECARA INTERAKTIF BERMULA 

"Banyak aktiviti BUKAN kayukur pada keberkesanan modul teambuilding andaikata refleksi selepas aktiviti masih bersifat 'SPOONFEEDING' dari trainer, bukannya "experiental learning" dari peserta (heart by heart session@what do you feel). So, please make them to start THINKING before you start talking). Always make them independent to choose the own path, not always depend on you." - Mr. Syaari :)

"The wall on the harbour side of Golden Horn were the WEAKEST part of the defences!". (page 9, "The Ottomans", Andrew Wheatcroft). MAKA, Constantine XI membina rantai besi gergasi (untuk menjaga kapal-kapalnya) hasil BACAAN SEJARAHnya pada mudahnya Crusaders memanjat benteng-benteng rendah Konstantinople pada 1204 Masihi ketika 20 percubaan lain dunia gagal. Leaders are READERS. Leaders are problem facers and PROBLEM SOLVERS!"

Saya mengambil pendekatan membawa peserta pada budaya membaca sumber-sumber akademik dan klasik dalam mendekati kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Sebagai mahasiswa, mereka tidak boleh 'dimanjakan' dengan tayangan video, powerpoint dan bacaan novel semata-mata.

"Kuasa pemikiran NEGATIF ! Wah, menarik idea ust!", tergelak terbahak saya dibuatnya dengan sinisan adik-adik pembaca buku saya yang baru menerjah kompas di muqaddimah buku saya. Ketahuilah, ia KESILAPAN TEKNIKAL ketika proses editorial. Beberapa perkataan juga ada mengalami sedikit kesilapan MIKRO, akan dibaiki dalam cetakan kedua. Fakta sejarah perlu KETELITIAN sebelum ditokoktambah walaupun satu pkataan. Terima kasih pada yang peka!

"Kekuatan APAkah yang ada pada mereka, sehingga masih mampu mentaati pimpinan, menebang pokok-pokok, menoreh tanah bukit yang keras, mengangkut 70 buah kapal dalam beberapa jam, menggunakan tenaga manusia dan haiwan sahaja, meskipun tentera sudah EXHAUSTED (kepenatan) lebih 2 minggu gagal mengasak Konstantinopel tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan? Itulah kekuatan AQIDAH, fakta sejarah jadi hujah, maka diangkat Rasul sebagai SEBAIK-BAIK TENTERA untuk kamu mengambil IBRAH" - demikianlah antara perkongsian "feel" saya dengan para peserta.

 

"TRAINING is not about you just coming out and speak!" 
Daripada kemahiran membuat "gap analysis" dan "benefit statement" di awal program hinggalah pada intonasi suara, soal gerak tangan, cara duduk, tangan dalam poket, "black-out" situation, semua 'pancing ikan' yang diberikan pakar NLP-Hipnotherapy di sini terlalu bermakna bagi saya di Pembangunan Sumber Manusia Berhad ini, khususnya untuk membantu adik2 tingkatkan KUALITI program-program dakwah-tamrin MAHASISWA.

Lesson from 1st day PSMB training : "When handling training, expert trainer will try to FACE the emotional feedback of participants instead of AVOIDING it"
Kepenatan bersama isteri pulang dari UIAM Kuantan belum terubat. Hari pertama di TOT (SMETAP) PSMB sangat bmakna. Bersama dengan 40 org 'orang-orang besar' korporat pelbagai sektor. Hampir lemas saya berbahasa Inggeris berkomunikasi dengan mereka. Terima kasih Master Eugene, terlalu banyak saya belajar dari Tuan.
Peserta A : "They can show u fantastic result, but they can't think!"
Peserta B : "Spoonfeeding to get A only!"
Peserta C : "They go by the book, not work with with the situation!"
Peserta D : "Imagine he was chemical engineering student, tulis surat in Malay pun tak tau!"
Dahsyat sesi luahan peserta training tadi, modul "gap analysis" 15 minit jadi sejam. Ye, masalah graduan mahasiswa yang tak pandai bersosial !








"You can learn more about a person in an hour of PLAY than you can from a lifetime of CONVERSATION" - Plato.
2nd day training's lesson : Banyak aktiviti bukan KPI pada keberkesanan modul teambuilding jika refleksi selepas aktiviti masih bersifat 'spoonfeeding' dari trainer, bukannya "experiental learning" dari peserta (heart by heart session@what do you feel). Make them to start thinking before you start talking). Always make them independent to choose the own path, not always depend on you.

Inilah ujian personaliti (learning style) terbaik pernah saya ikuti. Terima kasih Master Eugene dari Infor Resources (Master Trainer PSMB, PTP SME Corp Msia, Edward de Bono Thinking System) kerana membuka tabir karakter diri saya yang sebenar yang bersifat "Activist Pragmatism" lebih dari "Reflector Theorist". Modul ini adalah kaedah terbaik untuk mengenali sikap dan budaya kerja setiap peserta dalam program training kepimpinan. Ia juga membantu kita lebih memahami pasukan kerja kita.

Tips psikologi : Memulakan program dengan LDK "lets define our expectation to this programme" adalah taktik terbaik trainer bersifat 'non threatening' approach untuk activate passive participants mentally physically. Itu lebih baik dari anda menyebut : "Tolong bagi kerjasama sepenuhnya pada kami urusetia dan program ini!"

 SESI PEMBENTANGAN HARI KELIMA / AKHIR
(14 JANUARI 2011)

"Your signature is considered as an IMAGE, you wants to show to the outer world.
Memandangkan HANYA 12 minit sahaja, 80 % peserta non-Muslim, 100% must be conducted in English, dan kayuukur INTERAKSI (mikro-behavior of participants) lebih dipentingkan panel PSMB dari ISI, maka kajian Dr Margaret Gullan-Whur menjadi bahan persembahan saya :)

KOMPETENSI ! Itulah perkataan yang sering saya laungkan dalam program-program mahasiswa. Namun Jumaat ini (klimaks 'tamrin' 5 hari), saya sendiri akan dinilai KOMPETENSI dalam pengendalian training oleh 3 panel pakar dari PSMB. Cukup mendebarkan, pengalaman 2 tahun mahu dirumus dalam presentasi 12 minit sahaja. “We’ll evaluate more on your delivery PROCESS, not your CONTENT!”. Rabbi yassir !





"Syaari, although you're the youngest one here, but you're among the most energetic presenters. Your are COMPETENT! Now, you may have this C.I.T (certificate of training)" - Master Eugene, PSMB Master Trainer.


CERTIFIED competent trainers after Train The Trainer Programme in PSMB Buildings, with Trainer Provider, Master Eugene from Infor Resources System (Approved Trainer PSMB Class A, Approved Professional Training Provider SME Corp Malaysia, Authorised Representative of Edward de Bono Thinking Systems)

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"