Content feed Comments Feed

Sejarah akan berulang. Intelektual Islam dari Algeria, Malek bin Nabi menyebutkan dalam risalahnya “Syuruth Al-Nahdhah” :

“Dengan ruh, sebuah peradaban akan menjadi peradaban yang bersih dan tidakkan dikotori. Pada masa ini peradaban akan berada di tahap kemuncak yang sebenar.

Pada tahap kedua, peradaban akan mengalami penyebaran luas dan perkembangan hebat apabila pemain utamanya adalah akal. Peradaban yang dikendalikan oleh akal akan mengalami adegan ‘tarik tali’ yang kencang antara ruh dan hawa nafsu. Terjadinya tarik menarik ini akan mengakibatkan peradaban terus saling bertentangan tanpa ada peningkatan nilai.

Pada fasa selanjutnya, peradaban akan mengalami kehancuran dan kebangkarapan apabila panglimanya adalah hawa nafsu. Pada titik inilah peradaban akan dengan derasnya meluncur ke titik paling bawah dan menghinakan.”





Pertemuan dengan rakan-rakan pimpinan baru Perkemat DQ bersama rakan seperjuangan mantan YDP Perkemat DQ, Zool Amali



Walaupun pada hari ini engkau telah mencapai kejayaan paling besar dalam sejarah, engkau akan dipuji sepanjang sejarah, namun biarlah aku satu-satunya manusia yang sentiasa mengingatkan engkau bahawa engkau hanyalah hamba Allah S.W.T.”. Demikian petikan wasiat pesanan Syekh Aq Syamsuddin kepada Sultan Muhammad Al-Fateh di Istanbul pada 29 Mei 1453.

Dr Abdul Aziz Fahmi meriwayatkan bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh meletakkan tanah bumi Haghia Sophia di kepalanya ketika sujud syukur sebanyak dua kali selepas membuka Konstantinople. Peristiwa ini telah menyentuh hati rakyat Konstantinopel sehingga berbondong-bondong menyatakan keislaman mereka kepada Sultan selepas melihat peristiwa ini.


Buat kali yang sebelas, Allah S.W.T berkenan mengekalkan kemenangan gerakan mahasiswa Islam yang berpanjikan "We Unite for Islam" di UIAM. Sungguh kemenangan ini adalah satu ujian berterusan dari Allah untuk melihat sejauhmana keampuhan, keberanian dan kebijaksanaan kepimpinan dan bala tentera Pro Mahasiswa di sana untuk memperlihat satu model ketumbukan MPP terbaik yang boleh dilihat oleh seluruh IPTA Malaysia.

Pemilihan isu-isu strategik untuk diperjuangkan di peringkat nasional dan antarabangsa (selain isu-isu domestik dan dalaman kampus UIAM), pemanfaatan Parlimen Mahasiswa dan Sudut Pidato yang sedang dalam perhatian pelaksanaan oleh KPT, kualiti penghujahan dalam Bicara Siswa dan forum-forum bersama aktivis rakyat-pemimpin politik-NGO, kekerapan penulisan kepimpinan MPP dalam media-media klasik dan media-media baru, kekerapan kemaskini perkembangan perjuangan MPP membela kebajikan mahasiswa di blog MPP dan blog Pro-Mahasiswa, aksi-aksi turun padang menyampaikan bantuan mahasiswa kepada mangsa bencana alam mahupun mangsa kezaliman pemerintah adalah checklist yang saya ramalkan menjadi perhatian sepantang setahun lensa media dan 'pertaruhan' penting mahasiswa seluruh IPT untuk memburu dan memilih calon-calon dari Pro Mahasiswa bagi mencapai kemenangan lebih besar dalam PR Kampus tahun hadapan.

Ada 3 backdrope nasional penting yang saya cadangkan menjadi asas persiapan hujah dan aksi rakan-rakan aktivis mahasiswa di UIAM, KUIS, UMT dan kampus-kampus yang akan menjadi 'kerajaan' Pro Mahasiswa nanti :

1. Suasana demokrasi dua parti dan politik kepartian di Malaysia semakin mencecah suhu kepanasan yang makin maksima menjelang PRU 13. Ini sangat menuntut "the third voice" yang sifatnya objektif, akademik dan bersedia mendokong kebenaran menghentam kezaliman walau dari mana entiti atau parti sekalipun, untuk memberikan sedikit ruang kelegaan kepada rakyat untuk membuat pertimbangan terbaik hasil cadangan pandangan mahasiswa.

2. Keadaan ekonomi dan dunia global dengan pelbagai krisis kemanusiaan, bencana alam, "catastrophy" yang lebih kritikal di samping percaturan musuh-musuh Allah dari kelompok "The Elite" kalangan Yahudi Antarabangsa menuju plot-plot penting "painting Islam as the new enemy" bagi menjustifikasikan Perang Dunia Ketiga. Justeru, MPP perlu lebih tajam dalam penyelidikan, cakna dalam respon dan agresif dalam tindakan terhadap isu-isu antarabangsa dan ummah.

3. Keadaan generasi baru Malaysia yang kian kritikal dilanda wabak penyakit hedonisme yang makin menggila di televisyen dan media akhbar, penyakit 3 "S" (sex-screen-sport) yang telah mengundang krisis kebejatan sosial mahadashyat sedang berlaku kalangan remaja sekolah menengah dan rendah serta institusi pendidikan tinggi. Buat MPP, "politician thinks for the next election, but statesman thinks for the next generation".

Semoga kemenangan ini akan menatijahkan produksi ahli gerakan mahasiswa Islam yang lebih tajam fikrah siasah dan dakwahnya, tidak membuta melawan kerajaan-Umno-BN tetapi 'bongsai' fikrah dan hujjah kontruktif seperti istilah Hishamuddin Rais. Walau agak keras, namun ada kebaikan pada beberapa kenyataan kritikan beliau di sini.

“Ramai aktivis politik dalam negara kita ini tidak memiliki pandangan politik yang tepat. Ia berlaku kerana tidak wujudnya budaya pemikiran kritikal yang ampuh. Keadaan ini bertambah hodoh apabila bercampur dengan budaya malas membaca. Budaya malas membaca, malas mengkaji dan malas mentelaah ini telah dilahirkan oleh budaya suka mendengar. Mendengar bukan satu kesalahan, mendengar bukan satu jenayah. Kita semua mendengar. Ketika kita kecil, kita dididik untuk mendengar. Ketika itu tidak digalakkan untuk berfikir…Bonsai fikrah ini adalah satu penyakit yang tidak berkuman, tidak berjangkit tetapi boleh diubati.”


Semoga kemenangan di UMT, KUIS dan UIAM akan membakar semarak kerja jihad rakan-rakan Pro-Mahasiswa di hari-hari akhir kempen nanti. Semoga kemenangan lebih besar Pro-Mahasiswa kelak akan melakar satu oksigen Malaysia yang lebih segar politik barunya kelak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, Insya-Allah.

KUALA LUMPUR, Jan 22 — Kumpulan Pro-Mahasiswa mengekalkan “kerajaan” Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) malam tadi, buat tahun ke-12 berturut-turut.


Bagaimanapun dalam pilihan raya kampus itu yang diadakan semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa mengalami kemerosotan lima kerusi berbanding sesi pengajian sebelum ini. Dalam pemilihan MPP sesi pengajian 2009/10 ini, mereka memperoleh 15 kerusi daripada 29 kerusi yang dipertandingkan.


Baki dimenangi oleh calon kumpulan yang mengelar diri mereka Pro-Mahasiswa, Bebas dan pelajar asing menerusi lima kerusi yang diperuntukkan kepada mereka. Sesi lalu mereka memperoleh 20 daripada 29 kerusi di MPP. Wakil kumpulan Pro-Mahasiswa di peringkat UIAM, Mohd Zaki Shukri memberitahu The Malaysian Insider bahawa calon-calon pihaknya berjaya mengekalkan kemenangan dan penguasaan berturut-turut sejak tahun pengajian 1998/99.


“Walaupun menang 15 kerusi, kami yakin boleh memperoleh sokongan calon-calon Bebas dalam pentadbiran MPP,” katanya. Ditanya sebab penurunan kerusi yang dimenangi kali, Zaki menjelaskan ia kemungkinan berkaitan dengan kempen “agresif” kumpulan Pro-Aspirasi, antaranya menggunakan cara-cara berkempen yang tidak diizinkan oleh pengurusan universiti.


“Mungkin pelajar tertarik dengan cara-cara kempen mereka dan mungkin mereka lebih menonjol dengan cara kempen mereka... bagaimanapun kami akan membuat kajian untuk memperbaiki kedudukan kami tahun depan.


“Kami juga akan membuat aduan kepada pengurusan universiti mengenai cara kempen kumpulan Pro-Aspirasi,” kata beliau lagi.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan ia juga berkaitan dengan penurunan peratusan keluar mengundi di peringkat MPP. “Maklumat yang kami terima peratusan keluar mengundi cuma 59 peratus berbanding 87 peratus sesi lalu.... ini juga mungkin salah satu punca. “Mengapa peratusan keluar mengundi ini terlalu rendah, juga satu situasi yang perlu dikaji,” katanya.


UIAM juga mengadakan sudut pidato umum, julung kali, menjelang pilihan raya kampus semalam.


Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) Selangor. Pada hari penamaan calon tiga hari lalu barisan calon Pro-Mahasiswa memenangi 12 daripada 21 kerusi MPP yang dipertandingkan tanpa cabaran. Ia yakin akan memperoleh empat lagi kerusi pada hari pengundian 27 Jan ini.


Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa melibatkan 14 institusi pengajian tinggi awam melancarkan Misi-10 untuk menguasai MPP. Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Universiti Malaysia Terengganu Ahad lalu. Khamis depan sebanyak enam universiti awam lagi akan mengadakan pilihan raya. (The Malaysian Insider)



“Kita menipu mereka, menimbulkan kekeliruan dan merosakkan generasi muda Goyim dengan cara mendorong mereka berpegang dengan prinsip dan teori yang mana pada kita ia adalah palsu sungguhpun ia sudah diamalkan.” – Protokol Zionis


Peperangan tanpa perlu kehadiran jasad tentera. Penjajahan tanpa perlu kehadiran jasad sang penakluk. Kemenangan dalam pertempuran tanpa musuh menyedari. Kelemahan dirobek bermula dari kelemahan minda dan spiritual. Pergerakan secara rahsia adalah jalan penyelesaian.



Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi".








“Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih BESAR di atas muka bumi ini sejak dari penciptaan Adam yang melebihi dari fitnah Dajjal. Dan bahawasanya tidak ada satu pun dari para Nabi yang tidak akan mengingatkan kaumnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi kamu yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir. Ingatlah bahwa TIDAK DIRAGUKAN lagi bahawa DAJJAL ITU PASTI DATANG DI KALANGAN KAMU.” - Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu Umamah (ditahqiq oleh Al-Albani)

“Perang Dunia ketiga akan bermula di Timur Tengah antara Israel dengan sekutu rapat negara Arab. Perang ini akan memenuhi ramalan jahat Albert Pike sejak tahun 1870 sebagai cara untuk memunculkan Dajjal.” www.cuttingedge.org



















"The Arrival" yang kian menggugat Illuminati antarabangsa dan akan difilemkan.




Bersama rakan-rakan urusetia Kem Kuasa Solat di Kuliyah Sains Kesihatan Bersekutu, UIAM Kuantan

“Selepas sujud syukur di Haghia Sophia, beliau mahu mencari seorang yang terbaik imannya untuk menjadi imam solat Jumaat pertama di bumi Konstantinopel itu. Beliau menyuruh seluruh ratusan ribu tenteranya dan menterinya berdiri.

Beliau meminta sesiapa di antara mereka yang pernah meninggalkan solat fardhu sejak dari aqil baligh untuk duduk, tetapi tiada ada seorang pun yang duduk.

Kemudian, beliau meminta mereka yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib untuk duduk. Maka sebahagian besar daripada tenteranya duduk.

Kemudian beliau meminta mereka yang pernah meninggalkan solat tahajud untuk duduk, kesemua tentera dan menterinya duduk. Hanya seorang sahaja yang masih berdiri ketika itu dan beliaulah yang telah dipilih menjadi imam, dan beliaulah sebaik-baik raja yang dipuji Rasulullah S.A.W, pemimpin perubahan dunia yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu lima waktu, solat sunat rawatib dan solat sunat tahajud.”


Kenalkah anda siapa individu yang menjadi imam dalam petikan fakta sejarah di atas? Beliau hanyalah manusia biasa, seorang yang pernah melalui alam remaja dengan penuh kenakalan dan panas baran, beliau tidak pernah berkesempatan menemui para Sahabat, jauh sekali hidup di era 300 kurun terbaik ummat.

Itulah Muhammad bin Murad Al-Fateh, seorang seorang anak muda berusia 22 tahun yang telah melakar sejarah dunia dan namanya dikenang sepanjang zaman sehingga ke hari ini. Inilah peribadi pemimpin ‘visionary’ yang telah merealisasikan impian Rasulullah S.A.W selepas 29 percubaan dunia merebutnya gagal termasuk 11 pimpinan Islam sepanjang 800 tahun.

Siapa lagi tokoh yang boleh diteladani untuk anda melakar sejarah luarbiasa pada sekolah anda ?

Formula apakah lagi yang terbaik untuk menjadikan anda pemimpin berpengaruh di kampus anda ?

Sejauhmanakah organisasi korporat anda melihat kuasa solat sebagai kuasa terbesar dalam melakukan perubahan luarbiasa pada kualiti dan produktiviti pasukan kerja anda?


Bersama kami di I.P Minda Training & Consultancy mengupas dan membongkar secara realistik, berlandasarkan pedoman-pedoman sahih dari Nabi Muhammad S.A.W, berbuktikan dari fakta sejarah 1453 Masihi yang telah muktamad, itulah kuasa solat dalam membentuk karakter kepimpinan dahsyat.

"Sesungguhnya sangat cemerlanglah orang-orang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya."

Siapakah Yang Melukis Gambar Ini ?

Tuesday, January 12, 2010


Tahukah anda lukisan siapakah di atas ini ?

Sudah pasti jawapannya mudah, inilah lukisan wajah Sultan Muhammad Al-Fateh. Inilah gambar yang paling masyhur diketengahkan mana-mana penulis yang menulis mengenai Sultan Muhammad.

Bagaikan tidak sah gambar lain diletakkan melainkan gambar ini mesti didahulukan dan inilah potret yang muktabar dan paling hampir menggambarkan wajah dan pakaian sebenar pemimpin yang dipuji oleh Rasulullah S.A.W sebagai sebaik-baik raja yang membebaskan Konstantinopel.

Namun demikian berapa ramai yang tahu siapakah yang melukis gambar ini dan apakah kisah di sebaliknya ?

Jika ditanya, sudah pasti ramai akan menyangka lukisan ini dilukis oleh pakar-pakar lukisan dari kalangan orang Islam yang berkhidmat dengan Sultan Muhammad.

Sebenarnya melihat gambar ini bukan sekadar menggambarkan susuk tubuh yang sangat kental, tajam pandangan dan berjiwa besar sebesar serban diraja Usmaniah semata-mata, tetapi ia juga adalah gambar yang menunjukkan ketinggian nilai inovatif yang dilakukan oleh Sultan Muhammad.

Gambar di atas sebenarnya dilukis oleh pelukis terkenal di Itali iaitu Gentile Bellini.

Pada September 1479 Masihi, beliau telah dihantar oleh Senate Venice di Itali ke Istanbul sebagai simbol diplomasi dan hubungan damai antara Venice dan Turki Usmaniah. Gentile Bellini bukan sekadar hadir sebagai ‘hadiah’ sebuah kepakaran dan pengajian peradaban kepada Sultan Muhammad, bahkan juga sebagai pegawai diplomatik bagi pihak Venice.

Persoalannya, kenapa Sultan Muhammad memilih beliau untuk melukis potret rasminya yang akan digazetkan untuk dilihat oleh para pencinta perjuangan Islam selepas beliau dan selepas era Usmaniah ?

Asas apakah yang dinilai dan maklumat dari siapakah yang memberitahu Sultan Muhammad bahawa Gentile Bellini mempunyai nilai kompetensi terbaik di Itali dalam bidang lukisan ?

Pemilihan Gentile Bellini mentafsirkan beberapa karakter tersirat mengenai Sultan Muhammad:

1. Sultan Muhammad bukan sekadar seorang yang genius dan strategist, bahkan seorang yang sangat seni dan menghargai kesenian seperti bidang lukisan.

Ini terbukti dalam soal memilih pelukis potretnya, beliau menunjukkan karakternya “perfectionist”nya yang selama ini terserlah ketika peristiwa pemilihan imam di Haghia Sophia. Sikap ‘suka memilih yang terbaik’ dan 'itqan' dalam semua perkara. Jika dalam perkara sekecil melukis potretnya dan menjadi imam solat Jumaat beliau kelihatan sangat cerewet dan “itqan” dalam soal kualiti, maka anda boleh bayangkan sendiri sikapnya dalam perkara-perkara besar seperti pemilihan kabinet menteri-menteri Usmaniah, pemilihan tentera, pemilihan taktik peperangan dan sebagainya. Sultan Muhammad akan sentiasa memilih yang terbaik kerana musuh kepada yang terbaik atau “cemerlang” adalah “baik” itu sendiri. Maka tidak perlu pelik jika baginda Rasulullah menyatakan beliaulah raja yang terbaik.

2. Sultan Muhammad sangat obses dan jatuh hati dengan seni lukisan (art & culture) Itali berbanding negaranya sendiri dan negara-negara Eropah yang lain. Ini bererti beliau telah lama mengkaji seni dan kebudayaan Itali lantas membuat perbandingan dengan negara-negara lain, maka beliau mendapati Itali terkehadapan dalam soal ini.

Kemampuan Sultan Muhammad yang berbangsa Turki untuk melihat Itali yang terbaik tidak perlu dipertikaikan kerana beliau menguasai bahasa Latin. Justeru beliau memanfaatkan pelukis terbaik Itali, Gentile Bellini untuk mengabadikan potretnya. Walaupun dari kalangan rakyat Usmaniah sendiri ramai yang dilihat punyai kemampuan untuk sekadar melukiskan potretnya, namun inilah Sultan Muhammad, sentiasa menyaring yang terbaik dari yang terbaik (choose the best of the best) sebagaimana beliau memilih Urban dan teknologi Hungary untuk melumpuhkan benteng Konstantinopel.

3. Sultan Muhammad seorang yang sangat terbuka kepada apa jua kelebihan yang ada kepada negara lain termasuk musuhnya sendiri. Untuk membangunkan Usmaniah, beliau mengajar kita kuasa “keterbukaan” kepada idea-idea luar dan bersikap positif dan inovatif terhadapnya, bukan sebaliknya berkonfrontasi dan bermusuh dengan apa jua yang datang dari Barat. Baginya, hikmah itu adalah satu kehilangan bagi orang mukmin, maka sesiapa yang menemuinya, maka dialah yang berhak ke atasnya, maka Sultan Muhammad menemui Gentile Bellini.

Inilah manifestasi sikap inovatif yang menjadi budaya dan sikap Sultan Muhammad. Inovatif membawa erti memanfaatkan idea, penemuan, kepakaran dan teknologi orang lain untuk kemajuan sendiri.

- Petikan sebahagian kecil dari draf tulisan berkenaan Kuasa Kreativiti dan Inovatif, Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh.

Apabila dua suasana dengan tajuk yang berbeza, namun kehadiran yang melimpah sampai ada yang terpaksa berdiri, ini adalah satu petunjuk yang positif kepada perkembangan intelektual mahasiswa di Nilai iaitu Pusat Asasi UIAM dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Penghargaan saya tidak terhingga kepada sahabat sahabiah urusetia yang telah menganjurkan talk "2012" (misi mengenali Neo-Byzantium) dan "Kuasa Perubahan Sultan Muhammad".

Pemandangan "2012 " di UIA Nilai pada 5 Januari 2010.


Pemandangan "1453" di USIM pada 8 Januari 2010.






Gambar adalah ihsan dari FB Hazimin Harun, USIM

"Buat kerja gila tapi jangan gila. Al-Fateh sangat memahami keadaaan kota Constantinople ini sehinggakan beliau mampu menggali terowong sebagai strategik baru peperangan. Al-Fateh telah mula mengenal ‘brainstorming’, ‘postmortem’, R&D dan sebagainya. Berkat daripada kesabaran, ketekunan, mempunyai bacaan yang tepat akhirnya beliau dan tentera-tenteranya berjaya menakhluki kota yang hebat ini." - Aliff Ismail, Presiden MPP USIM, "Al-Fateh di USIM"

Posting Sebelumnya

There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"