Content feed Comments Feed




Bersama rakan-rakan urusetia Kem Kuasa Solat di Kuliyah Sains Kesihatan Bersekutu, UIAM Kuantan

“Selepas sujud syukur di Haghia Sophia, beliau mahu mencari seorang yang terbaik imannya untuk menjadi imam solat Jumaat pertama di bumi Konstantinopel itu. Beliau menyuruh seluruh ratusan ribu tenteranya dan menterinya berdiri.

Beliau meminta sesiapa di antara mereka yang pernah meninggalkan solat fardhu sejak dari aqil baligh untuk duduk, tetapi tiada ada seorang pun yang duduk.

Kemudian, beliau meminta mereka yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib untuk duduk. Maka sebahagian besar daripada tenteranya duduk.

Kemudian beliau meminta mereka yang pernah meninggalkan solat tahajud untuk duduk, kesemua tentera dan menterinya duduk. Hanya seorang sahaja yang masih berdiri ketika itu dan beliaulah yang telah dipilih menjadi imam, dan beliaulah sebaik-baik raja yang dipuji Rasulullah S.A.W, pemimpin perubahan dunia yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu lima waktu, solat sunat rawatib dan solat sunat tahajud.”


Kenalkah anda siapa individu yang menjadi imam dalam petikan fakta sejarah di atas? Beliau hanyalah manusia biasa, seorang yang pernah melalui alam remaja dengan penuh kenakalan dan panas baran, beliau tidak pernah berkesempatan menemui para Sahabat, jauh sekali hidup di era 300 kurun terbaik ummat.

Itulah Muhammad bin Murad Al-Fateh, seorang seorang anak muda berusia 22 tahun yang telah melakar sejarah dunia dan namanya dikenang sepanjang zaman sehingga ke hari ini. Inilah peribadi pemimpin ‘visionary’ yang telah merealisasikan impian Rasulullah S.A.W selepas 29 percubaan dunia merebutnya gagal termasuk 11 pimpinan Islam sepanjang 800 tahun.

Siapa lagi tokoh yang boleh diteladani untuk anda melakar sejarah luarbiasa pada sekolah anda ?

Formula apakah lagi yang terbaik untuk menjadikan anda pemimpin berpengaruh di kampus anda ?

Sejauhmanakah organisasi korporat anda melihat kuasa solat sebagai kuasa terbesar dalam melakukan perubahan luarbiasa pada kualiti dan produktiviti pasukan kerja anda?


Bersama kami di I.P Minda Training & Consultancy mengupas dan membongkar secara realistik, berlandasarkan pedoman-pedoman sahih dari Nabi Muhammad S.A.W, berbuktikan dari fakta sejarah 1453 Masihi yang telah muktamad, itulah kuasa solat dalam membentuk karakter kepimpinan dahsyat.

"Sesungguhnya sangat cemerlanglah orang-orang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya."

2 Responses to "Kuasa Solat Dalam Pembentukan Karakter Kepimpinan Magnetik", UIA Kuantan

  1. Pearl Says:
  2. Alhamdullillah...allah memberi rezeki kpd saya untuk mengikuti program ini, terus terang saya katakan program ini berjaya mencapai objektifnya. Pendekatan yg diberikan adalah suatu yg tidak pernah sy lalui selama bergelar pelajar. Efektif dan bermanfaat.

     
  3. eifa Says:
  4. alhamdulillah..saya rasa hidup semula apabila melihat video dan bukti2 yang ditunjukkan..sangat mmberi makna dalam hdup sy..visi AL-Fateh akn sy jdkn pedoman untuk saya mencapai visi saya(HOMOEOPATHY)...insyaALLAH..trm ksh IP MINDA

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"