"...Baghdad bukan sekadar dibakar dan dimusnahkan oleh cucu Genghiz Khan, bahkan sebenarnya kebanyakan kitab-kitab agung karangan saintis Islam terkemuka Abbasiah di Darul Hikmah dibawa lari. Kesan dari 'rompakan' ilmu ini, Barat yang yang dilihat terkehadapan dalam dunia sains dan teknologi walhal mereka mencurinya dari Baghdad."
Demikian antara petikan 'pidato' Prof Dr Md Arif dalam forum di UIAPJ semalam.
Terima kasih kepada adik-adik urusetia Islamic Science & Technology Week (Istec) dari MRC UIAPJ yang sudi menjemput saya menjadi moderator forum dan duduk buat pertama kali dalam hidup saya sebaris dengan barisan profesor-profesor.
Sungguh peluang berguru seketika dengan Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (YDP Persatuan Falak Syar'ie Malaysia), Prof Dr Md Zambri Zainuddin (Jabatan Fizik, Fakulti Sains UM), dan Prof Dr Mohd Arif Kasmo (Pusat Pengajian Umum UKM).
Prof Zambry pula menyebutkan beberapa dapatan menarik antaranya :
1. 20 tahun dari sekarang, dunia tidak lagi akan berkiblatkan teknologi kepada AS, tetapi China. Hari ini, China berjaya menghantar angkasawan ke angkasa lepas tanpa bantuan sedikitpun dari AS dan NASA. Mereka sedang mencari ruang dan peluang menjejakkan kaki ke bulan selepas AS menipunya pada Julai 1969.

2. Matematik adalah pintu utama kepada ilmu-ilmu sains seperti Fizik, Kimia, Biologi. Sesiapa menguasai matematik, dia boleh menguasai semua ilmu sains.
1 Response to "Darul Hikmah Bukan Hanya Dibakar, Bahkan 'Dirompak' Buku-bukunya"