Apabila dua suasana dengan tajuk yang berbeza, namun kehadiran yang melimpah sampai ada yang terpaksa berdiri, ini adalah satu petunjuk yang positif kepada perkembangan intelektual mahasiswa di Nilai iaitu Pusat Asasi UIAM dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Penghargaan saya tidak terhingga kepada sahabat sahabiah urusetia yang telah menganjurkan talk "2012" (misi mengenali Neo-Byzantium) dan "Kuasa Perubahan Sultan Muhammad".
Pemandangan "2012 " di UIA Nilai pada 5 Januari 2010.
Pemandangan "1453" di USIM pada 8 Januari 2010.
"Buat kerja gila tapi jangan gila. Al-Fateh sangat memahami keadaaan kota Constantinople ini sehinggakan beliau mampu menggali terowong sebagai strategik baru peperangan. Al-Fateh telah mula mengenal ‘brainstorming’, ‘postmortem’, R&D dan sebagainya. Berkat daripada kesabaran, ketekunan, mempunyai bacaan yang tepat akhirnya beliau dan tentera-tenteranya berjaya menakhluki kota yang hebat ini." - Aliff Ismail, Presiden MPP USIM, "Al-Fateh di USIM"
Salam ust.
Syukron atas talk hari tu.
Membuka minda yang sempit dan yang sentiasa leka akan kondisi yang telah dan sedang berlaku.
Perkongsian yang amat bermakna.
Thanx a lot.
Teruskan perjuangan!!
Barokallahu fiik.
tahniah ustaz..lama sudah xdengar kisah al-fateh dari ustaz...moga ada peluang lagi selepas ni