Content feed Comments Feed

Jawapan Kepada Kenapa Al-Fateh Hebat

Thursday, January 7, 2010

"Wow, hebatnya Al-Fateh, tidak pernah meninggalkan tahajjud sejak dari aqil baligh"


"Wow, hebatnya Al-Fateh, mampu mencipta meriam Urban yang melumpuhkan pertahanan Byzantium"

"Wow, hebatnya Al-Fateh, menguasai 7 bahasa."

"Wow, hebatnya Al-Fateh, memindahkan 70 buah kapal dengan melalui bukit bukau."

Sindrom "WOW" atau hero-worshipping tidak memberikan faedah kepada generasi baru gerakan Islam. Apa yang dinyatakan "WOW" tersebut hanyalah "effects" kepada satu "real cause" yang lebih wajar untuk ditakjubi dan diteladani. Akar kehebatan Sultan Muhammad tidak akan diketahui tanpa pembacaan mendalam sumber-sumber muktamar mengenai Usmaniah itu sendiri.


Demikianlah kuasa SISTEM PENDIDIKAN ISLAM USMANIAH OLEH PARA ULAMA (muderrsi) mereka. Sistem yang sama tetapi telah diwajibkan ke atas pelbagai generasi kepimpinan Usmaniah yang berubah setiap zaman dan ketika.

“A student, MUST study ALL the sciences, since they complement each other in forming a single word." - Taskopruluzade Ahmed (Ottoman Encyclopaedist dan antara guru terbaik Usmaniah melalui kitabnya Shakaik al-Nu'maniya, sebuah kajian biografi dalam bahasa Arab mengenai 522 orang ulama besar Usmaniah)



Inilah sistem pendidikan menyeluruh kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Jelas, beliau tidak menjadi hebat secara ‘kebetulan’, tetapi telah ‘dirancang’ dengan sistematik oleh para "muderris" Usmaniah.

Demikianlah sedikit outline menjelang pembentangan saya mengenai "Bagaimana Karakter Pemimpin Yang Dipuji Rasulullah Itu Dibentuk" di mahasiswa mahasiswi USIM Nilai malam ini.

9 Responses to Jawapan Kepada Kenapa Al-Fateh Hebat

  1. amirul Says:
  2. ana dh dengar talk dari usta shaari td di dkp kt usim td, mmg byk pengetahuan ana dapat. best sgt.

     
  3. yang hebat hanya ALLAH bro,dan sistem pendidikan yg dia terima tue sebagai penyebab je,HAKIKATNYA memang ALLAH nak pilih dia.

     
  4. nama beliau keluar sendiri dari mulut Rasullullah,ini bermakna beliau adalah "the choosen one".walaupun ramai lagi yg bijak2 pada zaman tue dari sistem pembelajaran yg dorang cipta kenapa beliau dipilih??ini bermakna beliau dipilih bukan berdasarkan segala sistem pembelajaran yg hebat tue tetapi kerana ........... (yang nie kalau nak tau cuba cari sendiri jawapannya)

     
  5. Rijal82 Says:
  6. Terima kasih pada "Mencari Yang Hilang". Anda membuka satu noktah baru kajian saya bahawa ada sesuatu yang mungkin wujud selain dari faktor sistem pendidikan Usmaniah yang dihalakan secara fokus oleh ulama terbaik Usmaniah kepada Sultan Muhammad. Satu faktor yang mungkin tidak wujud pada para Sultan yang lain, yang menyebabkan baginda yang menerima pujian Rasul, bukannya Sulaiman al-Qanuni, Bayazid II, Salim I, dan beberapa mujahid agung Usmaniah yang lain.

    Apakah faktor "lain" itu, ayuh sama-sama berbincang di sini jika rakan-rakan ada pandangan.

     
  7. Reyzelle Says:
  8. Assalamualaikum dan
    Imyi Aksamlar~

    Saya sebenarnya tak terkejut kenapa Sultan Muhammad Al-Fatih ini hebat. Kenapa? Alhamdulillah, sistem tarbiyah yg diterima oleh baginda oleh Syamsettin (Alamak, tak ingat la guru mursyid-nya) memang perfect dan menyediakan baginda dari seluruh aspek.

    Alhamdulillah, itulah yg kita muslimin dan muslimat mahukan dari sistem pendidikan acuan Islam. Sains, Agama dan fizikal diterapkan secara teliti dan akhirnya melahirkan insan terbilang.

    Saya terharu selepas membaca biodata dan rekod sejarah Turki Uthmaniyah, terutamanya Sultan Muhammad Al-Fatih, penasihatnya Zaganos Pasha, Sultan Suleyman I "The Magnificient", dan panglima laut-nya yg terbilang seperti Hayreddin Pasha Barbarossa, Oruj Barbarossa, Kurtugoli Pasha, Kemal Pasha, Reis Pasha dan beberapa tokoh lain. Mereka memang hebat dan tak hairan la mengapa Allah Taala pindahkan kekuasaan Islam dari bangsa Arab iaitu selepas Nabi Muhammad S.A.W, Khalifah Ummayyah, Abbasiyah, Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Saifuddin Qultuz kepada bangsa Turki ini. Hanya Allah Taala saja yg mengetahui kekuasaan Islam dari Uthmaniyah ini akan dipindahkan kepada siapa pula. Insya-Allah, kita akan tahu nanti siapakah Al-Mahdi yg disebut-sebutkan tu?

     
  9. Reyzelle Says:
  10. This comment has been removed by the author.  
  11. Aragorn Says:
  12. salam ya ustaz..
    sy adalah salah sorg peminat kpd sejarah2 kerajaan islam terutamanya kerajaan turki ini..
    semuanya bermula smsa sy travel dgn kwn2 ke turki..

    alhamdulillah, allah suntikkan rsa cinta sy kpd sejarah islam dan berminat utk mengkaji dan sekurang-kurangnya mengetahui psl sejarah kehebatan islam trdahulu..

    namun,kesusahan dan kepayahan mencari sumber2 yg sahih mnyebabkan sy agak terkilan..

    ohh yee,utk pengetahuan ustaz sy merupakan pelajar jurusan perubatan di jordan university of science and technology dan kini berada di jordan.

    sy mmg tertarik dan buku karya ustaz kuasa kepimpinan al-fateh..msa sy blk ke mlysia raya puasa tahun lepas tidak pula sy ketemu buku ni.

    1.dimanakah boleh utk sy dptkan buku karya ustaz ini?sekurang-kurangnya sy buleh sruh famili sy beli dan kirim ke sni.
    2.bagaimana utk sy dptkan rujukan yg sahih dan terperincin mengenai sejarah2 islam terutamanya turki uthmaniyyah?sy pnh cbe cari di maktabah2 kt jamiah sy namun buku sains je yg bnyk.
    3.sy juga tertarik dgn akademi al-fateh yg ustaz tubuhkan?utk mahasiswa luar negara buleh sertai x?cmne ek akademi ini

    respon dari ustaz amatlah sy hargai..

    teruskan perjuangan

    -abdul hadi shamsul bahrin-
    perubatan
    jordan university of science and technology

     
  13. Hilmi Says:
  14. assalamualaikum..saya rasa antara faktor lain, bginda merupakan seorang sufi yg hebat dan tidak pernah mnggalkan tahajud smenjak baligh..perlu kite tkan peranan sufi dalam kehidupan sbgai seorg muslim yg inginkan syurga Allah.Bak kata tuan guru nik aziz, Islam tidak lengkap jika tiada tasawwuf..dan ilmu tasawuf ni brkait rapat dgn konsep SQ yg ust terangkan haritu..bukankah kita pernah dgr kejayaan tokoh2 ulama sufi yg akbar seperti Syeikh Kadir Jailani yg mana xsilap saya, ade hadis nabi yg mnyebutkan kisah tntg dia.hadisnya lbih kurg cmni, akan datang, akan muncul seorang hamba Allah yg mampu untuk mengislamkan sebuah kaum scara sekaligus..hal ni dpt kita lihat dlm kisah syeikh ni yg menhidupkan org yg sudah mati slepas dicabar oleh seorg paderi..dialah kekasih Allah dan diangkat darjatnya sbgai ketua para awliya'Allah..Allahuyubarikfih..dan konsep Spiritual dalam ilmu tasawuf sgt hebat kesannya..ada ulama menyatakan bahawa, para wali Allah ini, Allah melipat2kan dunia baginya..bak kate tok gru sy,kalau setan tu boleh pergi dari hjung dunia ke hujung dunia dalam sekelip mata, tkkn manusia yg lg mulia daripadanya xboleh..jd sy brpendapat bahawa cara didikan yg diberikan oleh syeikh kpda sultan muhammad ini berteraskan penyucian rohani (tazkiyah) sehinggakan bginda mnjadi seorg sufi yg hebat..wallahua'lam

     
  15. Anonymous Says:
  16. salam...
    salam...
    ust, ana pelajar thn akhir APIUM..
    ana sekarang tengah menyiapkan paper projek tentang sultan muhammad al-fateh..
    "kepimpinan sultan muhammad al-fateh semasa pembukaan kota kostantinople : tinjauan menurut siasah syar'iyyah "
    ana berharap dapat berkongsi ilmu dengan ust yang lebih pakar dan byk mengkaji tentang sulatn muhammad al-fateh ini..
    ana sertakan email ana sekali dan sudilah ust untuk membantu ana dalam menyiapkan paper projek ini..
    email : wirda_anyss@yahoo.com

    syukran..

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"