Content feed Comments Feed

Siapakah Yang Melukis Gambar Ini ?

Tuesday, January 12, 2010


Tahukah anda lukisan siapakah di atas ini ?

Sudah pasti jawapannya mudah, inilah lukisan wajah Sultan Muhammad Al-Fateh. Inilah gambar yang paling masyhur diketengahkan mana-mana penulis yang menulis mengenai Sultan Muhammad.

Bagaikan tidak sah gambar lain diletakkan melainkan gambar ini mesti didahulukan dan inilah potret yang muktabar dan paling hampir menggambarkan wajah dan pakaian sebenar pemimpin yang dipuji oleh Rasulullah S.A.W sebagai sebaik-baik raja yang membebaskan Konstantinopel.

Namun demikian berapa ramai yang tahu siapakah yang melukis gambar ini dan apakah kisah di sebaliknya ?

Jika ditanya, sudah pasti ramai akan menyangka lukisan ini dilukis oleh pakar-pakar lukisan dari kalangan orang Islam yang berkhidmat dengan Sultan Muhammad.

Sebenarnya melihat gambar ini bukan sekadar menggambarkan susuk tubuh yang sangat kental, tajam pandangan dan berjiwa besar sebesar serban diraja Usmaniah semata-mata, tetapi ia juga adalah gambar yang menunjukkan ketinggian nilai inovatif yang dilakukan oleh Sultan Muhammad.

Gambar di atas sebenarnya dilukis oleh pelukis terkenal di Itali iaitu Gentile Bellini.

Pada September 1479 Masihi, beliau telah dihantar oleh Senate Venice di Itali ke Istanbul sebagai simbol diplomasi dan hubungan damai antara Venice dan Turki Usmaniah. Gentile Bellini bukan sekadar hadir sebagai ‘hadiah’ sebuah kepakaran dan pengajian peradaban kepada Sultan Muhammad, bahkan juga sebagai pegawai diplomatik bagi pihak Venice.

Persoalannya, kenapa Sultan Muhammad memilih beliau untuk melukis potret rasminya yang akan digazetkan untuk dilihat oleh para pencinta perjuangan Islam selepas beliau dan selepas era Usmaniah ?

Asas apakah yang dinilai dan maklumat dari siapakah yang memberitahu Sultan Muhammad bahawa Gentile Bellini mempunyai nilai kompetensi terbaik di Itali dalam bidang lukisan ?

Pemilihan Gentile Bellini mentafsirkan beberapa karakter tersirat mengenai Sultan Muhammad:

1. Sultan Muhammad bukan sekadar seorang yang genius dan strategist, bahkan seorang yang sangat seni dan menghargai kesenian seperti bidang lukisan.

Ini terbukti dalam soal memilih pelukis potretnya, beliau menunjukkan karakternya “perfectionist”nya yang selama ini terserlah ketika peristiwa pemilihan imam di Haghia Sophia. Sikap ‘suka memilih yang terbaik’ dan 'itqan' dalam semua perkara. Jika dalam perkara sekecil melukis potretnya dan menjadi imam solat Jumaat beliau kelihatan sangat cerewet dan “itqan” dalam soal kualiti, maka anda boleh bayangkan sendiri sikapnya dalam perkara-perkara besar seperti pemilihan kabinet menteri-menteri Usmaniah, pemilihan tentera, pemilihan taktik peperangan dan sebagainya. Sultan Muhammad akan sentiasa memilih yang terbaik kerana musuh kepada yang terbaik atau “cemerlang” adalah “baik” itu sendiri. Maka tidak perlu pelik jika baginda Rasulullah menyatakan beliaulah raja yang terbaik.

2. Sultan Muhammad sangat obses dan jatuh hati dengan seni lukisan (art & culture) Itali berbanding negaranya sendiri dan negara-negara Eropah yang lain. Ini bererti beliau telah lama mengkaji seni dan kebudayaan Itali lantas membuat perbandingan dengan negara-negara lain, maka beliau mendapati Itali terkehadapan dalam soal ini.

Kemampuan Sultan Muhammad yang berbangsa Turki untuk melihat Itali yang terbaik tidak perlu dipertikaikan kerana beliau menguasai bahasa Latin. Justeru beliau memanfaatkan pelukis terbaik Itali, Gentile Bellini untuk mengabadikan potretnya. Walaupun dari kalangan rakyat Usmaniah sendiri ramai yang dilihat punyai kemampuan untuk sekadar melukiskan potretnya, namun inilah Sultan Muhammad, sentiasa menyaring yang terbaik dari yang terbaik (choose the best of the best) sebagaimana beliau memilih Urban dan teknologi Hungary untuk melumpuhkan benteng Konstantinopel.

3. Sultan Muhammad seorang yang sangat terbuka kepada apa jua kelebihan yang ada kepada negara lain termasuk musuhnya sendiri. Untuk membangunkan Usmaniah, beliau mengajar kita kuasa “keterbukaan” kepada idea-idea luar dan bersikap positif dan inovatif terhadapnya, bukan sebaliknya berkonfrontasi dan bermusuh dengan apa jua yang datang dari Barat. Baginya, hikmah itu adalah satu kehilangan bagi orang mukmin, maka sesiapa yang menemuinya, maka dialah yang berhak ke atasnya, maka Sultan Muhammad menemui Gentile Bellini.

Inilah manifestasi sikap inovatif yang menjadi budaya dan sikap Sultan Muhammad. Inovatif membawa erti memanfaatkan idea, penemuan, kepakaran dan teknologi orang lain untuk kemajuan sendiri.

- Petikan sebahagian kecil dari draf tulisan berkenaan Kuasa Kreativiti dan Inovatif, Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh.

3 Responses to Siapakah Yang Melukis Gambar Ini ?

  1. Syada Says:
  2. wah..hebatnye Muhammad Al-Fateh. sememangnya dia layak untuk menerima anugerah raja terbaik oleh Allah..moga2 ada lagi pemimpin begini satu hari nnti..

     
  3. orang yang teliti dalam segenap aspek sememangnya pantas mencipta kejayaan.

     
  4. N.I.S.O ^-^ Says:
  5. assalamualaikum...
    syukran atas maklumat asal lukisan sultan muhammad Al-Fateh.
    saya juga adalah penggemar sirah islam dan sejarah perjuangan sultan muhammad Al-Fateh yang telah berjaya memindahkan 70 buah kapal perang diatas tanah pamah.
    ternyata, konstantinople atau istanbul benar-benar telah berjaya ditakhluki oleh pemimpin, tentera dan rakyat yang baik..
    alhamdulillah.
    inshaallah saya pasti akan berusaha memiliki buku kuasa kepimpinan sultan muhammad Al-Fateh
    syukran

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"