Content feed Comments Feed

Apabila Seminar Khas PAS yang mendedahkan beberapa kajian persepsi pengundi muda yang 'mengejutkan' PAS dan menyebabkan PAS bangkit untuk bekerja lebih kuat menjelang PRU 13, seminar Khas itu datang dari idea 'kontroversi' Tok Guru untuk mengadakan EGM.


Apabila Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mencadangkan TGNA sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat. Katanya, "Pakatan memerlukan seorang seperti tokoh kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, yang tidak bercita-cita merebut jawatan Perdana Menteri, tetapi bergerak atas idealisme perjuangan."


Apabila TGNA disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'. Tok Guru disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. Sebaris dengan Tok Guru dalam senarai 50 tokoh tersebut adalah PM Turki Recep Tayyib Erdogan, Syaikh Yusuf Al-Qaradawi, Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Ketika sudah tujuh kes gereja cuba dibakar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan akhbar Kristian The Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam laporannya, Tok Guru bergegas ke 3 buah gereja seperti Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Petaling Jaya.


"TGNA adalah satu-satunya ulamak yang mempunyai wilayah pemerintahannya sendiri selepas jatuhnya Empayar Islam terakhir iaitu Ottomon atau Othmaniyyah oleh Sultan Abdul Hamid II. Cuba namakan ulamak-ulamak yang anda kenal, Hasan Al-Banna, Abu Ala Al Mawdudi, Al-Qaradhawi, Fathi Yakan dan lain-lain, kesemuanya tidak mempunyai wilayah untuk mempraktikkan ilmu yang ada di dada. Ia habis di medan ceramah dan di dalam kuliah-kuliah pengajian. Tetapi tidak bagi TGNA. Ia mempunyai wilayah untuk mengimplimentasikan ilmu-ilmu yang ada di dadanya.

Nik Aziz, sangat memahami keperluan media hari ini. Mana-mana ahli politik akan tenggelam sekiranya tidak mencipta krisis. Justeru, media massa (hatta kerajaan) sekurang-kurangnya akan meletakkan gambar TG Nik Aziz sebanyak 7 hari di dalam sebulan untuk melariskan akhbar mereka. Dan krisis yang dicipta TGNA sehingga 17 hari dimainkan tanpa henti bagi melariskan akhbar dan diperkatakan orang.

Dunia hari ini menjadikan seseorang terkenal disebabkan "attention". "Attention" ini akan menimbulkan "perception" dimana seseorang akan terus diingati dan dikenali dengan kenyataan kontroversinya. Dan Nik Aziz memahami perkara ini. Nik Aziz sebagai orang yang jujur dan berterus terang dalam menyatakan pendapat. Pada suatu ketika ia mendoakan Dato Najib dan pada hari lain dia mengatakan apa yang kerajaan lakukan terhadap Selatan Thai adalah sesuatu yang baik.

Jika dikaji, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Nik Aziz tidak menggunakan perkataan "saya fikir, saya berpandangan" malahan beliau berterus terang menyatakan terus pandangan beliau." - Prof Abu Hassan Hasbullah, Seminar Pemikiran Politik dan Dakwah TGNA, 19 Disember 2009

1 Response to Tok Guru Nik Aziz Pemimpin "Fenomena" PAS

  1. Unknown Says:
  2. Assalamualykum...

    Tertarik sy apabila mbaca post ni...

    Teringin utk mengetahui ap yg diperkatakan ttg TGNA dlm buku tu...
    (Will try my best to find it sooner or later..)

    Terima kasih atas perkongsian ini =)

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"