Content feed Comments Feed
Perubahan minda (mental-reform) adalah sebesar-besar impak perubahan berbanding perubahan struktural mahupun teknikal. Kerana kuasa sebuah idea akan mampu kekal dan berpengaruh untuk beberapa lama tanpa mengira siapa yang menuturkannya mahupun generasi mana yang melaksanakan idea tersebut."Tiada yang lebih berkuasa dari satu idea yang telah tiba pada masanya." - Victor Hugo, reformis PerancisSebuah idea yang 'brilliant' adalah apabila berasal...

Terkenang Padamu Ustaz Fadzil Noor...

Tuesday, October 27, 2009
Saya dan isteri terus dirundung kemurungan menatapi puluhan bloggers yang sedang mengaum ganas menyinggung isu di sebalik tabir cadangan EGM oleh TGNA dan menjelang Mesyuarat Khas PAS Pusat malam esok.Penuh debaran dan kebimbangan menyaksikan apakah kesudahan penangan yang ditiupkan wiselnya oleh seorang profesor undang-undang di kampus saya, UIAM.Apapun, sejuk hati buat seketika menatapi tulisan terkini guru saya di Sekolah Pemikiran Muda...
"Inilah konsep kepimpinan yang diserlahkan juga oleh dari Nabi Allah Yusuf alaihissalam. Baginda tahu benar permasalahan yang bakal berlaku 7 tahun kedua selepas 7 tahun pertama kesenangan menimpa rakyat negara Mesir. Lantas keupayaan, idea “problem-solving” dan kepakaran pengurusan ekonomi yang ada pada baginda hasil anugerah Allah S.W.T, baginda menawarkan diri menjadi pemimpin ekonomi Mesir. Sejarawan menyatakan Nabi Yusuf menerima jawatan...
Sekolah Pemikiran Muda siri 4 menjanjikan proses pecah minda yang lebih mencabar pada kali ini. Mencabar, kerana ia bukan sekadar soal saya memberikan perkenalan ringkas kepada definisi oksidentalisme (melihat Barat dalam acuan Timur-Islam), mahupun menyaksikan kehandalan intelektual saudara Naim dari UM dalam menyinggung setiap pembentangan peserta.Ia juga bukan kerana menyaksikan isteri saya diasak oleh trainer jemputan, Us Nizam mengenai...
Saya jarang menulis dalam blog saya mengenai kisah-kisah Baitmuslim saya bersama isteri saya, Nurul. Walaupun saya akui kekadang saya 'cemburu' dengan sahabat-sahabiyah baik saya yang sering update blog mereka dengan gambar-gambar aksi anak mereka yang baru dilahirkan, sehingga saya sendiri kekadang terfikir bila pula giliranku untuk merasai nikmat kegembiraan seperti mereka, anak pewaris perjuangan kini sudah di sisi.Saya kekadang rasa...

Membaca Hikmah Dari Bagan Pinang

Monday, October 19, 2009
"Saat kekalahan itu bermula bila kamu berasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu.” (As-Marhum Syed Qutb)Pada pandangan peribadi saya, ada beberapa pandangan ‘hikmah’ dari keputusan kemenangan BN melalui Isa Samad di Bagan Pinang (BP) :1. PAS memilih keputusan untuk masuk bertanding melawan Isa Samad, walaupun sememangnya PAS sudah pasti telah meramalkan kekalahan mereka di sana, bagaikan...
Sabtu, 18 Oktober 2009 saya dan isteri kesayangan berpencak idea di pentas dakwah masing-masing.Saya mengendalikan bengkel motivasi 4 jam di Kuliyah Perubatan, UIAM Kuantan. Manakala isteri saya pula menjadi mengendalikan sebuah forum isu semasa di UM.Saya dijemput oleh MPP (SRC) UIAM Kuantan sempena Konvokesyen mereka (I-Quest) . Manakala isteri saya - yang dijadualkan pada asalnya akan membantu saya ke Kuantan - mendapat jemputan dari...
Nur Fatimah di ICU Hospital Putrajaya.Ya Allah, selamatkan anak perempuan ini. Dia bakal pewaris perjuangan seorang pimpinan muda yang diharapkan akan menjadi negarawan ulung PAS pada masa akan datang.Petikan dari tulisan isteri saya Nurul di srikandiharakah :15 Oktober 2009Alhamdulillah, setelah 2,3 hari merancang, akhirnya pada petang tadi saya dan suami beserta sahabat-sahabat pimpinan UIAM iaitu Izzatie, Syahidat dan Nazirah sempat...

Anwar Ibrahim dan "Gila" Membacanya

Wednesday, October 14, 2009
Izinkan kali ini saya bercerita sedikit mengenai Anwar Ibrahim. Janganlah kerana ada beberapa rekod tindakan dan pandangan politiknya yang tidak selari dengan jalur pemikiran dan pemutihan fikrah kita, maka karakter dan sikap positif yang ada pada beliau kita tidak mahu teladani untuk kebaikan perjuangan gerakan Islam kita di era yang sangat mencabar hari ini dan pada masa depan.Kekadang pelik mengenangkan diri saya sendiri khususnya dan...
Menurut sumber terdekat dari laman-laman filem di Turki yang saya layari, maklumat yang setakat ini ditemui bahawa Faruk Aksoy akan melancarkan filem gabungan animasinya bertajuk "Fetih 1453" pada 5 Mac 2010. Saya sudah tidak sabar menanti kemunculan filem gabungan animasi 3 dimensi ini untuk membakar lagi semangat perjuangan mencetak generasi Al-Fateh dalam gerakan mahasiswa dan gerakan Islam di Malaysia kini.Saksikan trailer ini.Well-designed...
"Ya Syahid Obaida, alangkah indahnya tautan ukhuwwah ini andaikata pernah berkenalan denganmu sebelum ini..."Ubaidah Mahir Abdul Mu'ti al-Qudsi ad-Duwaik, 25 tahun, bagaikan sebaik-baik syuhada pilihan Tuhan. Graduan UIAM ditaqdirkan pulang ke rahmatullah tidak di Malaysia, tetapi di tanah tumpahnya sendiri iaitu Palestin, bumi yang dinyatakan Rasulullah pahala syahid dua kali ganda berbanding syahid di tempat lain.Kesyahidan Obaida pula...

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"