Tiada program yang tiada kelemahan, termasuk juga ESQ. Apapun, saya tidak mahu menzahirkan kelemahan tersebut di sini, cukuplah saya memanfaatkan sepenuhnya beberapa kekuatan ESQ yang saya perolehi untuk mengukuhkan aqidah perjuangan saya dan lebih penting untuk memikirkan model terbaik kepada jamaah kampus bagaimana menyediakan tamrin meningkatkan “mahu” mereka kepada perjuangan Islam, bukan sekadar memberi “tahu”. Inilah projek besar saya dan Ust Redhauddin insya-Allah.
Konsep 165 dalam ESQ merupakan simbol bagi 1 hati yang Ehsan pada Allah (God Spot), 6 Prinsip Moral berdasarkan Rukun Iman dan 5 Langkah Kejayaan yang berdasarkan Rukun Islam.
Asas kekuatan modul ESQ yang diideakan Dr Ary Ginanjar, genius dakwah Indonesia bagi saya adalah bagaimana mengembalikan persepsi Muslim kepada agama mereka sendiri yang sarat dengan keindahan dan kemanisan dalam mengecapi kehidupan. Satu asas lagi yang sangat berjaya dibawa oleh ESQ adalah keagungan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Nabi dan pemimpin agung manusia model terbaik bagi seluruh organisasi korporat untuk maju jauh ke hadapan tanpa perlu kepada pakar-pakar pengurusan Barat.
ESQ berjaya membuktikan hubungan sains dengan keagungan Al-Quran dan kajian semasa kemajuan dan kejatuhan tamadun dengan rawatan yang telah lama diberikan sejak 1400 tahun yang lalu.
ESQ bagi saya berjaya memecah belenggu minda. Mengakui hakiki, Rukun Iman dan Islam adalah teori terbaik menyelesaikan masalah ummat sejagat. Allah yang mengatur alam semesta ini, bukannya bergerak dengan sendiri. Sebesar-besar sistem suria bertawaf mengelilingi Milky Way sehinggalah sekecil-kecil DNA bertawaf mengelilingi atom, kesemuanya membuktikan kebesaran Allah yang disujudi oleh segenap makhluk ciptaan-Nya, manusia bagaimana ?
Training ini dibentuk, diolah dan disampaikan sehingga para peserta akan merasakan seperti sedang menikmati suatu persembahan dan pengembaraan yang penuh makna. Para peserta juga akan terlibat dengan permainan, simulasi dan saling berkongsi pengalaman sesama peserta yang lain. Bahan latihan akan disampaikan dengan menggunakan multimedia yang menggabungkan animasi, klip video, kesan suara dan muzik melalui medium layar yang berukuran 4 x 6 meter dan penataan bunyi sekitar 10,000 watt.
Apa yang paling menyentuh hati dan membakar semangat saya adalah modul praktikal tawaf, saie dan lontar jamrah di hujung program yang benar-benar menimbulkan kesan mendalam dalam memugar sifat istiqomah selepas program pada peserta. Mungkin pendekatan seperti ini diperlukan dalam kem-kem menyentak kesedaran para anak-anak muda pejuang Islam.
Semoga "dream" kalian untuk melihat Islam menawan dunia pada 2050 moga-moga menjadi kenyataan. Semoga Allah memakbulkan doa Dr Ary Ginanjar yang saya lihat sendiri dilafazkan dengan airmata ketika di hadapan Kaabah mengharapkan beliau digolongkan Tuhan antara "individu" atau "institusi" yang dimaksudkan Nabi S.A.W sebagai mujaddid setiap 100 kurun. Beliau telah menjalankan tanggungjawabnya melaksana dan meyakini janji Nabi S.A.W sebagai mana Muhammad al-Fateh pada janji Nabi mengenai Konstantinople, anda bagaimana untuk Malaysia ?
Assalamualikum
lama tak jumpa. harap abe syaari sihat.
ESQ!!!!
nanti kalau ada info untuk kursus dia inform ko ana deh.
ana tau pasal ESQ nih masa 1st year dulu. puah cari.jumpak2 dgn event dia pun, asyik clash ngn benda lain.alahai...(mengidam nih.hehehe)
masa g jogja mulo, ana borong buku ESQ.hehe best2!!!
ilalliqa'
http://alfalakis.blogspot.com