Content feed Comments Feed


"Ada segelintir pimpinan jamaah kampus yang mantap thaqafahnya dan petah berhujah, namun dikenali sebagai seorang yang sangat ego, tidak terbuka pandangan, dan tidak menjaga hubungan baik dengan AJK bawahannya. Itulah manusia bila IQ mantap namun EQ tidak dirawat dengan baik. " demikianlah celoteh saya pada ustaz Redha di hari kedua saya dan beliau mengikuti ESQ Basic Training (di Hotel Flamengo dengan kos seumur hidup RM 1,400).

"Aaah, saya tidak dilayan dengan baik oleh pimpinan atasan saya." (tuntutan emosi, EQ)

"Aaah, saya tidak diberikan ganjaran atau penghargaan sebaiknya oleh ketua saya." (tuntutan badan atau fizikal, PQ)

"Aaah, idea saya tidak diambil langsung untuk dipertimbang oleh ketua saya." (tuntutan minda atau mental, IQ)

"Aaah, kenapa saya perlu buat kerja ini, tiada makna pun buat saya." (tuntutan jiwa dan suara hati, SQ)

Saya cukup yakin, 4 jenis suara di atas pernah bergema dalam hati sanubari para aktivis jamaah kampus. Pemberontakan dari dalam kemudiannya terserlah sedikit demi sedikit sehinggalah jamaah hilang kekuatan komitmen ahli-ahlinya.

Apakah rawatannya ?

"Tiba masanya kita mencadangkan satu model tamrin yang boleh melahirkan penggerak jamaah kampus yang seimbang dan tinggi IQ (intelegen), EQ (emotional) dan SQ (spiritual) nya. Paling penting adalah SQ. Sehingga seorang ahli jamaah yang berada di ceruk kerja teknikal mana sekalipun dalam organisasi perjuangan Islam mereka, hatta menyusun kerusi di dewan kuliah atau sekadar membelikan air mineral dan kuih untuk penceramah, mereka melakukan bukan sekadar kerana "taat dan wala", bahkan mereka melakukan dengan penuh "keghairahan" dan "memberikan makna" yang tersendiri kepada diari harian kehidupan mereka.", saya mula brainstorm dengan Ustaz Redhauddin.

8 tahap psikologi bekerja dan impaknya pada organisasi.
Kerja kerana "terpaksa" takkan memberikan impak besar
pada gerakan.
(Tabiat ke 8, Stephen R. Covey)

Ustaz Redhauddin tampak mengiyakan sehingga beliau telah bertekad bersama saya untuk bersama merangka dan mengemukakan cadangan model kursus pembinaan jatidiri penggerak jamaah kampus dalam suatu kurikulum yang besar impak akhirnya, hasil "spirit of idea" dan penelitian kami berdua kepada sifat intelegen dan pemikiran tadabbur yang sangat tinggi yang ada pada Dr Ary Ginanjar pengasas formula 165 ESQ.

Bagi saya, antara punca ramai aktivis jamaah kampus gagal istiqomah dalam perjuangan Islam sebenar sama ada berparti atau tidak adalah kerana mereka tidak menemui "kebahagiaan" dan "kemanisan" dalam berjuang. Pendek kata, mereka tidak belajar atau tidak diajar pimpinan mereka untuk berbicara dengan Tuhan dalam hati mereka, sehingga mereka merasakan Tuhan terlalu jauh dari mereka dan mereka sanggup melakukan apa sahaja yang melukakan perjuangan itu sendiri.

"Bukan nama atau program ESQ yang kita mahu perjuangkan di Malaysia. Tetapi spirit pemikiran dan ijtihad mereka dalam mengemukakan konsep Ihsan (1), Iman (6) dan Islam (5) dalam bentuk yang sangat indah dan realistik dengan suasana era teknologi bermaklumat kini, itu yang kita akan perjuangkan. Implikasi kepada pembaharuan yang kita lakukan ini bukan sekadar mampu menambahkan jumlah peminat dan pencinta gerakan Islam di kampus dalam fasa taarif mereka, bahkan akan mampu membaiki sikap, cara berfikir, cara bertindak dan aqidah perjuangan mereka dengan Allah", bisik Ust Redha lagi kepada saya. Kami semakin jelas visi "Al-Fateh" di Malaysia kini.


Kuasa "niat yang ikhlas" mesti dimaknakan seratus peratus sehingga impak sesuatu gerak kerja perjuangan Islam sangat luarbiasa dan segala permasalahan komitmen ahli dalam aspek "pelaksanaan" dapat diberikan ubat mujarab.

"Kebanyakan organisasi (baca : JAMAAH) yang tenat telah membentuk satu keupayaan untuk menjadi BUTA kepada kepincangan mereka sendiri. Mereka menDERITA bukan disebabkan mereka tidak mampu menyelesaikan masalah mereka, tetapi kerana mereka tidak dapat MELIHAT MASALAH (sebenar) mereka." - John Gardner

0 Responses to Celoteh di ESQ : Melahirkan Pemimpin Seimbang IQ, EQ, SQ

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"