Content feed Comments Feed


“Adakah kau tidak beriman kepadaku ? “ kata Tuhan. “Bahkan, cuma aku mahu lebih tenang hati ini.” Kata Ibrahim.

Demikianlah prinsip saya ke ESQ Training hari pertama sehari suntuk di Hotel Flamengo tadi. Ada orang membisikkan pada saya, “shekh, tak perlu pegi ESQ, bazir duit anta je. Ana dapat tau ESQ tu lebih pada nak tunjukkan kebesaran Tuhan, jadi tak perlulah anta yang dah mantap ni buang duit pergi ke sana.”

Ya, mudah untuk menghukum sesuatu yang kita sendiri jahil tentang hakikat sesuatu yang dihukumkan itu (al hukmu ala sya’in far’un an tasawwurihi). Bagi saya, benar, ESQ adalah added-value untuk saya, satu top-up kepada kertas kerja aqidah dalam perjuangan Islam yang biasa saya dengar dalam kuliah-kuliah perjuangan. Namun jika added value ini menyebabkan stamina dan semangat perjuangan mudah lentur bila berdepan dengan pelbagai krisis pemikiran dan konflik jiwa dalam gerakan, sehingga hati dan perasaan ini sering bergolak, amalan nawafil seakan makin kontang dari jiwa ahli gerakan, tiba masanya added-value itu dilihat sebagai keperluan dhauruiyy seperti Nabi Ibrahim kepada Tuhannya.

Saya tidak mampu melihat Tuhan seperti Musa pengsan melihat Tuhan di Tur Sina. Saya tidak mampu melihat Tuhan seperti Muhammad melihatnya di Sidratul Muntaha. Saya hanya mampu melihat 1 % kebesaran Tuhan dalam ESQ. Mungkin 1 % yang saya dapat, itulah hakikat hidayah yang saya banyak cakap pada orang, sedangkan saya sendiri belum tentu merasai hidayah itu sendiri.


Kali ini saya menulis di blog dengan hati saya, bukan dengan akal. Saya mahu berkongsi apa saya “rasa” lebih dari apa saya “tahu” dari ESQ. Saya mahu tulis apa yang menyentak dan menyentuh hati saya sahaja dari kebesaran Tuhan yang dipaparkan dengan penuh “real” oleh ESQ.

Antara sentuhan dan sentakan jiwa saya dapat antaranya :

1. Kajian Professor Astronomi, Kenneth Brether iaitu jika bumi bergerak keluar dari orbitnya mengelilingi matahari, andaikata menjauh 3.3 milimeter sekalipun dari matahari (saya ulangi, 3 milimeter yang tak sampai 1 sentimeter), bumi akan mengalami kesejukan dan kebekuan yang maha dahsyat. Andaikata bumi mendekat 2.8 milimeter sekalipun kea rah matahari, bumi akan mengalami kepanasan dan kebakaran mahadahsyat. Demikianlah rapinya pentadbiran Tuhan, setianya makhluk-makhluk Tuhan di alam semesta ini pada perintah Tuhan untuk mengorbit, rapi dan agungnya pemegang orbit bumi yang tidak berganjak walau satu millimeter pun. Kita bagaimana ? Dosa kecil dengan Tuhan tidak pernah dianggap sebagai satu dosa, walau kecil atau besar, ia tetap dosa, yang boleh mendatangkan murka dari Tuhan.

2. Berbanding kita yang hidup di zaman teleskop Hubble mampu mencecah jutaan galaksi di luar sana dan mikroskop yang menembusi jauh ke dalam zarah-zarah atom membuktikan kebesaran Tuhan di inner space dan outer space, para sahabat mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah akhirat kelak berbanding kita kerana keimanan mereka kepada Al-Quran telah teruji dalam keadaan tidak ada sebarang penemuan saintifik pun berlaku di zaman mereka membuktika kebenaran wahyu itu, dalam keadaan para sahabat pastinya teruji keimanan apabila Nabi dikatakan masyarakat Makkah sebagai gila, bomoh, sihir dan sebagainya atas wahyu-wahyu Tuhan. Kita pula beruntung kerana Nabi meletakkan kelebihan tersendiri kepada umatnya di akhirnya kelak yang beriman kepada Nabi tanpa mampu melihat Nabi seperti para sahabah.

3. Perjalanan paling jauh bukanlah ke galaksi berjuta tahun cahaya di luar Milky Way, tetapi hati kita. Ramai yang buta mata hati kerana mereka belum bertemu Tuhan dalam diri dan hati mereka. Hadis qudsi ada menyebut : “Wahai anak Adam. Aku ciptakan syurga buatmu. Aku halaukan syaitan dari syurga ini. Tempatku padamu di dunia adalah hatimu. Namun kenapakah engkau mengisi bejana hatimu dengan selain-Ku ?”

4. Ketika melihat jam tangan di tangan kita, pernahkah kita terfikir apakah nilai terbesar pada jam itu ? Jenamanya kah ? Bentuknya kah ? Kualiti kalis air nya kah ? Pastinya itu ada dalam nilaian kita. Bahkan ada yang akan menjawap masa itulah sendiri nilai paling besar. Namun kebanyakan kita lupa, yang paling bernilai pada jam adalah pencipta jam itu sendiri. Pernahkah kita tanya pada pekedai tempat kita membeli jam, “siapa yang buatkan jam tangan ini, bolehkah bawakkan saya kepadanya?”. Demikianlah sikap manusia, tak pernah nak tanya dan kenal siapa Penciptanya. Kerap rasa kagum pada kehebatan matahari, bulan, bintang dan segala pendedahan Harun Yahya mahupun Nasa, namun tak pernah nak mengkagumi Pencipta kesemua jagatraya tersebut. “Allahu Akbar”, demikianlah luahan dan trademark berulang kali para peserta dalam ESQ.

Benarlah kata Imam Ghazali : “Manusia bila melihat dengan matakasar, dia tidak akan mampu melihat apa di sebalik dinding batu. Namun apabila dia melihat dengan matahati, langit ketujuh pun dapat ditembusi, kerana mula mencari Tuhan dalam kehidupannya.”

5. Saya sukar menitiskan air mata. Hampir 5 tahun sejak eksiden patah kaki kanan saya tak pernah menitiskan air mata. Tetapi dalam “kisah ibu sakit dan ayah meninggal dunia” yang dibawa dengan sangat berkesan oleh master trainer ESQ tadi, benar-benar menyentak jiwa dan hati saya yang mungkin keras hati selama ini. Saya berjuang dan suka berjuang, tapi baru saya sedar, selagi airmata ini belum pernah jatuh ke bumi Tuhan, saya munafiq hakikatnya dengan perjuangan. Dalam ESQ, saya diajar ada 1001 sebab saya perlu menangis kerana Tuhan, kerana 1001 nikmat anugerah dariNya, namun saya mengambil premis selama ini untuk tidak memilih walau satu sebab ketika bermunajat kepada Tuhan. Ya Allah, ampunilah daku.
Demikianlah 30 % gambaran apa saya dapat dari ESQ hari pertama sahaja. Selebihnya saya tak dapat nak ungkap dengan perkataan, cukuplah ia menjadi rahsia saya dengan Tuhan.

Semasa solat maghrib bersama isteri saya tadi, saya pelik melihat beliau menitiskan airmata. “Kenapa ayang ?” tanya saya. Isteri saya membisu seribu bahasa. Sejam selepas itu, baru beliau menyatakan yang beliau sangat terkesan dengan sharing moment saya mengenai ESQ. “Ayang tak perlukan ESQ. Ayang telah dapat ESQ lebih awal dari abang. You always talk to me with your tears.”, demikianlah pengiktirafan saya kepada isteri kesayangan saya yang sentiasa mudah menitiskan airmata dalam setiap episod suka mahupun duka selepas perkahwinan. “I have learnt about “the God Spot” in ESQ today, but you have already using that nerve everyday.”, tasyji saya lagi kepada beliau.

Saya kira, krisis spiritual ahli jamaah kampus seperti kontang ruhiyyah, tandus komitmen pada amalan nawafil, tahajjud, qiamullail bukan kerana mereka tidak tahu kepentingan jadual “online” dengan Tuhan tersebut, bahkan mereka pasti lebih tahu dari saya betapa hebatnya Nabi ketika bermunajat dengan Tuhan sehingga bukan sekadar kelopak mata yang sangat mudah berair kerana indahnya zikir munajat di mengadap Tuhan di amalam hari, tetapi bengkaknya kaki baginda turut sama menjadi saksi jadual padat Nabi dengan Tuhan. Ahli jamaah kampus bahkan ahli parti Islam sekalipun saya yakin “tahu” hakikat ini, tetapi kenapa masih tidak “mahu” melakukan, lembik dan lembap untuk segera mengadap Tuhan apabila timbul kesempitan dada dan keresahan jiwa dalam gerak kerja perjuangan ? Hanya satu sebab, kerana hakikatnya kita belum benar-benar merasai erti ketenangan dari mengenal kebesaran, kebesaran, kebesaran Tuhan dalam erti kata yang SEBENAR, bukan retorik

Semoga tamrin-tamrin asas jamaah Islam kampus tahu mencari model-model baru dan lebih kontemporari untuk lebih mendekatkan mad’u kepada Tuhan terlebih dahulu sebelum mendekatkan mereka kepada jamaah. Jika mereka mendekati jamaah lebih dahulu dari mereka dekat pada Tuhan, mereka takkan bertahan lama dalam jamaah. Ambillah “idea”. “spirit” dan “nilai” yang baik dari model ESQ atau I.P Minda atau mana-mana konsultan dakwah Islam yang mengambil approach “pawagamkan” dakwah anda (jangan ambil video-video, slide-slide mereka kerana itu “mencuri” hak cipta terpelihara orang yang bertungkus lumus menghasilkannya), kerana ia terbukti memberikan kesan kepada audience yang sedang tercari-cari Tuhan (the God Spot) di dalam diri mereka.


Dalam dunia yang menyaksikan Youtube akan mengambil alih fungsi Google Search, tidak ada alasan lagi bagi penggerak dan mastermind dakwah kampus untuk memanfaatkan teknologi ini bagi merancakkan kemasukan kader-kader baru dakwah dalam gerakan Islam di kampus. Jika pendekatan dakwah masih lagi bertongkatkan stereotaip kuliah-kuliah dengan “brand” tajuk 10 – 20 tahun lepas masih tidak berubah atau pendekatan yang jauh ketinggalan dari cara jamaah lain marketing produk dakwah mereka, tidak perlu pelik jika kemasukan mad’u baru ke dalam gerakan kita masih sekitar 2 % dari jumlah mahasiswa di kampus.


Saya makin teruja untuk melihat Tuhan dari hari kedua dan hari ketiga. Bertemu kembali in the next posting.

1 Response to Hari Ini Aku Melihat Tuhan Di Mana-Mana (Sebuah Catatan Matahati)

  1. Huda Idris Says:
  2. salam ustaz.

    syukran lillah. tq krn menulis entri ni. mula2, setelah melihat tajuk dan isinya yg agak pnjg, hati sy keberatan utk baca, namun setelah beroleh hidayah utk bace blog kak nurul dan setersnya direkemenkan entri ustaz yg ni, sy klik dan teruskan membaca.

    Syukur hr ni sy trt diingatkan pasal emosi/ esq oleh ustaz. mmg hri ni sy byk memikirkan pasal hubungan sy dgn Allah sendiri, dan kepentingan nilai2 emosional yg mencuit hati dalam berdakwah kepada massa. dalam mewujudkan ESQ/emosi itulah, perlunya kepada kata hati. Dan kata yg menetuh datang dari hati yg menyentuh, yakni ikhlas melahirkan rasa. Dari mana dtgnya hati yg ikhlas, jika bukan dr hati yg dekat dgn Allah. Allah shjlah yg akn mengilhamkan segala rasa yg luhur dari hati, dan apabila sgl tulisan dan nasihat berasal dr hati, tulisan dan nasihat itu akan menjadi sgt3 berkesan..dr hati ke hati..oh...

    sy mmg sedang memikirkan utk tulis pasal ni di blog sy, di mana saya juga mengalami sindrom tak mampu-lagi2 skang tgh cuti. memetik idea ustaz pahrol dan ustaz hasrizal di mana utk benruk peribadi yg unggul perlu kepada tahu, mahi, dan mampu. tahu soal akal, mahu soal hati, danmampu soal perlakuan. ahli2 jemaah rata2nya tahu dan mahu, tp tidak mampu utk berubah dek nafsu dan faktor2 lain yg tidak mewujudkan kehangatan beremosi kehambaan dgn Allah... oh..

    kadangkala2, ahli2 jmaah sering menuturkan ilmu2 dan sirah2 dsb, ttp knape dgn ilmu2 itu kurang dapat menyuntik semangat org yg mendengar, mgkin kerana kurangnya ESQ. wallahu'alam. syukran kathir mengingatkan sy pasal ESQ ini, dan sy mmg terpk2 utk tuliskan dalam blog. dan nmpaknya pnjg plak komen sy ni, daha boleh jd enti blog.


    teruskan menulis dgn matahati, smoga dapat menyentuh hati2 orag yang rindukan kebenaran

    salam juang dr saya,
    ~ yg pernah menanyakan ustaz soalan perihal masa :[mengapa org dahulu seolah2 dikurniakan tempoh masa yg pnjang(shgga boleh khatam quran dalam solat) berbanding manusia skrang]di kuala langat dalam hujung bulan 2 :)

    oh ya, berkaitan soalan itu, saya jg trut rujuk sahabaat2 lain , dan sahabat sy menjawab, bhw masa itu hak Allah. Dia berhak melapangkan masa seseorang, dan menyempitkan masa seseorang.., so x hairanlah kenapa ada org yg masanya terlampau lama sehingga boleh khatam quran dalam solat dsb, yg dirasakan mustahil pd masa kini.


    sekadar berkongsi, wassalam:)

    -bintu_idris-

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"