Content feed Comments Feed

Akan Ku Tawan "Everest" Itu

Tuesday, April 7, 2009




Saya bersama Master Ice-Breaking ESQ Malaysia, saudara Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin, 22 tahun. Beliau adalah mahasiswa Universiti Teknologi Mara yang telah melakar sejarah luarbiasa anak muda Islam paling muda di Asia Tenggara, bahkan mahasiswa pertama menawan puncak Everest pada Mei 2004. Muqarrabin merupakan kumpulan rakyat Malaysia kedua yang menjejakkan kaki ke puncak tertinggi dunia tersebut selepas kejayaan N. Mohandas dan M. Magendran pada Mei 1997. Beliau juga telah terbabit dalam Ekspedisi Berenang Merentasi Selat Inggeris pada Ogos 2008.

Ekspedisi Ekstrim 7 Benua(EE7B)
bakal dilakukan oleh Salman dan kakaknya, Zahra Abdul Halim, 17.

Muqarrabin akan terus melakukan aksi luarbiasa iaitu berbasikal mengelilingi dunia dalam Ekspedisi Ekstrem Tujuh Benua (EE7B) bermula 7 Julai 2009 ini bagi menyampaikan mesej kepada dunia 7 Karakter Agung Manusia yang terdapat dalam 7 nama Allah Asma ul Husna.


Muqarrabin adalah produk ESQ dan simbol energy luarbiasa yang mampu dilakukan oleh seorang anak muda yang meletakkan sempurna aspek intelektualiti (IQ), ketahanan emosi (EQ) dan kecintaan kepada Allah (SQ) yang tinggi. Jika Muqarrabin mampu melakar sejarah dunia pada usia 22 tahun sebagaimana al-Fateh pada usia 19 tahun, anda bagaimana ?

Ayuh bersama menawan "Everest" itu. Everest adalah simbolik kepada "nothing is impossible". Segala dream yang tidak masuk akal akan mampu dilakukan dengan oleh anak muda.


"Pencapaian terbesar manusia pendaki gunung dalam sejarah bukanlah cerita-cerita pencapaian individu, tetapi ia adalah cerita tentang kuasa luarbiasa sebuah pasukan yang bersatu, berbakat dan bersiap sedia komited dengan setia antara satu sama lain kepada wawasan bersama untuk sampai ke penghujung." - Stephen R. Covey, Tabiat Ke-8 (Dari Keberkesanan Kepada Keagungan)

Gambar terbaru mengkagumkan, 1001 maksa dari satelit Nasa.
Kebesaran Allah !!!
Tampak seperti segenggam tangan mahu mencapai cahaya.
Jadilah kalian seperti ini.
(Sumber : NASA April 2009)

0 Responses to Akan Ku Tawan "Everest" Itu

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"