Wednesday, April 29, 2009

Ketika saya berada di UIAM dahulu, saya sempat mengikuti satu seminar ilmiah yang membahaskan siapakah Illuminati. Seingat saya, inilah "konspirator" besar dunia yang berada di mana-mana sahaja posisi strategik dunia, tetapi kita sukar untuk mengenali mereka. "The New World Order", dominasi media sebagai mind-controller dan perang melawan "terrorist" (baca : negara umat Islam) sering dikaitkan dengan Illuminati yang bertuhankan Iblis. ...

Saya berkesempatan berkuliah dengan adik-adik pelapis perjuangan Islam di salah sebuah kampus baru-baru ini. Tajuk yang diberikan kepada saya adalah "Adab dan Disiplin dalam Berjamaah."Selepas 70 % pengisian saya mendisiplinkan diri dengan "orbit" fikrah Ikhwani melalui kitab teras Jalan Dakwah Antara Qiadi dan Jundi - suatu buku sharing moment dan luahan dari Syekh Mustafa Mahsyur yang sudi membukukan khibrahnya puluhan tahun menghadapi...

Sedikit perkongsian noktah tambahan ("top-up" note) yang saya sampaikan semasa memberikan taujihat mengenai Kewajipan Berjamaah kepada beberapa aktivis mahasiswa Islam baru-baru ini.1. Sebelum berbicara mengenai "kewajipan" (outside-in factor) berjamaah, fikirkan dahulu soal "keperluan" (inside-out factor) berjamaah. Supaya kita seimbang antara rasional aqliyyah dan pedoman naqliyyah dari Allah dalam memahami tuntutan berjamaah dalam memperjuang...

TUAN GURU MELEPASI UJIAN PERTAMA : A NEED OF AN "OUT OF THE BOX" IDEA"Statesman thinks for the next generation". Bukan mudah menantikan sebuah gagasan idea luar kotak yang difikirkan telah tiba masanya seperti kata keramat Victor Hugo sang reformis Perancis. Saya telah mengupas mengenai pandangan ini dalam posting sebelum ini bertajuk "Idea Kerajaan Perpaduan Tuan Guru Abdul Hadi Sangat Ajaib" - Prof Abu Hassan HasbullahNamun itu telah...

“Dan demi jiwa dan segala penyempurnaannya. Kami telah ilhamkan kepada jiwa itu jalan keburukan dan jalan ketaqwaan. BERUNTUNGLAH mereka yang mensucikan jiwanya. MERUGILAH mereka yang mengotorkan jiwanya.” - Asy-Syams : 7 – 10
Di manakah fungsi “jiwa” itu dijalankan di otak ? Bahagian manakah yang membuat keputusan mahu melakukan kebaikan atau kejahatan ?
Alhamdulillah, hari ini aku mendapat jawapan yang lebih meyakinkan, bak kata Ibrahim...

Hanya airmata hiba mendengar berita sahabat setia seperjuangan, al-Akh Ahmad Syukri Abdul Kadir, atau Bayyi menghembuskan nafas terakhir lewat petang semalam di rumahnya Kuala Krai...Lebih pedih, perit hati ini kerana tidak berkesempatan berkejar ke Kelantan memberikan penghormatan terakhir buat timbalanku ini yang berjuang bersamaku membawa misi perubahan dalam tarbiyah Wufi 2 tahun lepas...Terlalu berat jari ini untuk terus mencoret kehibaan...

Kali ini saya mahu mengkaji "peperangan" baru antara dua bala tentera, tetapi bukan di medan pertempuran, tetapi di atas padang bola. Saya tidak mahu ambil pendekatan wartawan pengulas berita seperti Shebby, tetapi penganalisa strategik di sebalik percaturan jeneral perang kedua-dua pasukan, Benitez vs Hiddink. Bola sepak bukanlah sekadar tontonan hiburan masa santai individu seperti saya, tetapi medan kajian kepintaran menyusun formasi...

Saya tidak berhasrat mengulas kenyataan "Amerika will never be at war with Islam" Obama ketika menjejakkan kaki di negara Muslim pertama sejak beliau menjadi Presiden AS, Turki bersama Presiden Turki, Abdullah Gul dan Perdana Menterinya, Recep Tayyib Erdogan.Saya hanya mengharapkan Obama akan terus mengotakan janjinya untuk membuka "the new chapter of American engagement" lantas melunakkan pendekatan luar Amerika kepada dunia Islam selepas...
Integriti Maya
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog Iskandarfateh ini.
Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.