Content feed Comments Feed

Budayakan Brainstorming !!!

Wednesday, July 30, 2008



Bila kita menyebut tentang brainstorming, ia berkait rapat dengan konsep ijtihad. Ijtihad bermakna put all of our effort on our mind progressing. Dengan kata lain, seorang brainstormer bolehlah kita anggap sebagai mujtahid, pemikir, think tank kepada sesuatu perancangan dalam gerak kerja jamaah.



Brainstorming dalam jamaah adalah suatu proses bagaimana kita memanfaatkan akal yang telah dikurniakan oleh ALLAH (generate our mind) dalam merangka sesuatu perancangan. Semakin kuat seorang brainstormer generate idea dengan baik, kita akan dapat capai suatu keputusan yang kritikal dan baru, tanpa menjadi pak turut kepada idea-idea yang lampau.


Sesi brainstorming yang baik ialah dengan menanggalkan baju-baju jawatan, taklifan atau entiti kelompok yang diwakili. Dengan kata lain, jangan ada sebarang pandangan yang dikeluarkan atas sentimen mahupun kepentingan jawatan, taklifan mahupun entiti kelompok yang diwakili. Khususnya indivifu personal brainstormer itu sendiri. Maklumat dan pandangan perlulah dilihat sebagai suatu yang objektif, genuine, tidak bias, dan terjamin keasliannya.


Dilema yang seringkali memerangkap sesi brainstorming ialah ego dan bias dalam mempertahankan pandangan yang mewakili statusnya, dipengaruhi emosi sehingga meninggalkan rasional, gagal menyatakan kebenaran itu benar dan kesalahan itu salah kerana suasana hierarki kepimpinan tidak dapat dibuang. Akibatnya, keputusan tidak masak kerana tiada ketelusan dan keaslian semasa memberi pandangan


Dalam sesi brainstorming, semua cadangan adalah mungkin dan berpotensi. Seorang brainstormer akan memaksa akalnya untuk mengeluarkan idea-idea yang mencapah bahkan idea yang di luar kotak adalah sangat digalakkan. Jangan sekat idea-idea yang cuba dikeluarkan oleh brainstormer walaupun idea yang diberikan kelihatan tidak logik atau tidak sesuai. Ini akan merencatkan potensi yang ada pada brainstormer. Kadangkala, sampai kepada suatu tahap di mana idea yang dikeluarkan oleh brainstormer seolah-olah idea yang dangkal, bodoh, tidak logik dan gila! Tidak mengapa selagi ia masih lagi dalam kerangka proses percambahan idea kerana kadangkala pandangan sebegini berkemungkinan menjadi idea yang paling realistik dan tajam yang mungkin tidak pernah kita fikirkan.


Seelok-eloknya, sesi brainstorming dihadiri oleh orang lama atau mereka yang ahli dan berpengalaman yang mampu memberikan maklumat, data dan tasawur terhadap subjek yang ingin dibincangkan. Namun awas, idea-idea lampau dilihat oleh seorang brainstormer dalam suatu sesi brainstorming hanyalah sebagai suatu fakta sejarah yang objektif. Dengan mengambil kira ia sebagai suatu maklumat, brainstormer akan mencari suatu jalan dan keputusan yang paling ideal untuk masa kini. Elakkan daripada bertaklid membuta tuli kerana ia akan melahirkan brainstormer yang malas dan mematikan potensi akal untuk berfikir sesuatu yang baru. Apabila malas berfikir, kita akan jadi malas berijtihad. Apabila malas berijtihad, kita tidak akan mampu menemui strategi baru dan tidak dapat membuat sebarang perubahan kearah yang lebih baik . Sebab itu kita lihat strategi dan aksi-aksi yang dibuat oleh gerakan mahasiswa seringkali menjadi langkah ikutan parti-parti politik nasional.


Kaedah brainstorming yang baik ialah dengan cara setiap brainstromer memakai kasut yang pelbagai agar pandangan dan cadangan yang diberikan lebih tepat dan mencakupi kepelbagaian kelompok yang terlibat. Dalam membincangkan sesuatu subjek kemungkinan keputusan yang terhasil akan berhadapan dengan beberapa kelompok seperti pimpinan, ahli jamaah, pro, mad’u, musuh, pentadbiran universiti, PAS / UMNO, fundementalis, modenis, dan lain-lain.



Justeru, seorang brainstormer yang baik ialah mereka yang mampu memberikan pandangan daripada pelbagai sudut kelompok yang bakal didepaninya atas keputusan yang akan dibuat. Brainstormer yang baik adalah yang tidak terperangkap dalam kelompok perbincangan sebaliknya melihat skop perbincangan dari luar dan keseluruhan. Kelak keputusan yang akan dibuat bukanlah sekadar “ikut sedap hati” sahaja. (syok sendiri).

"Pemimpin berjiwa rakyat". Slogan yang boleh dilaungkan oleh sesiapa sahaja. Boleh 'dilakonkan' oleh sesiapa sahaja. Namun YB Ustaz Nasir Zakaria, seniorku di KISAS yang menjadi YB pada usia muda, memanifestasikan slogan itu dalam segenap kehidupannya. Dengan rumah yang jauh di ceruk hutan, masih sanggup berbual panjang dengan orang kampung yang datang lewat malam, hidup seperti orang biasa yang tidak sedikitpun janggal menghadiri majlis-majlis rakyat marhain. Namun bila melangkah ke Parlimen, gagah perkasa membawa aspirasi rakyat dan perjuangan Islam.

"Yesterday is history. Tomorrow is mystery. Today is a gift." Cukup dengan pesanan Master Shifu kepada si Panda Po ini merubah hidupnya dari seorang yang biasa (anak penjual mi) kepada luarbiasa (mahaguru kungfu tumpaskan Tai Long).

Ada beberapa mesej menarik saya rumuskan dari filem 3D Kungfu Panda :

1. The secret to be special is you have to believe that you special
Po hampir putus asa kerana tidak mampu memecahkan rahsia Kitab Naga, yang hanya berupa lembaran kosong. Pesanan dari ayahnya-lah yang akhirnya membuatkannya kembali bersemangat dan memandang positif dirinya sendiri. Kalau kita berfikir diri kita adalah "special", unik, berharga pastinya kita pun akan punyai "burning desire" untuk melakukan hal-hal yang luarbiasa.

2. You just need to believe
Kita akan jadi biasa, kalau kita berfikir kita biasa. Seperti kata Master Oogway, “You just need to believe

3. Kita tidak akan mampu mengembangkan potensi orang lain, sebelum kita percaya dengan kemampuan orang itu, dan kemampuan diri kita sendiri

Master ShiFu tidak yakin untuk melatih Po. Ia memandang Po tidak berbakat. Kalaupun Po mampu sekalipun, mana mungkin ia mampu melatih Po dalam waktu sekejap. Namun, akhirnya "false perception" dan "judgement" kepada "mad'u" (Po) ini bertukar 180 darjah apabila Master Oogway menegaskan bahawa Po adalah benar-benar Pendekar Naga yang "dianugerahkan" Tuhan secara bukan kebetulan (accidental).

Justeru, sebagai guru atau nuqaba, hal yang paling harus dihindari adalah memberi label bahawa mad'u ini tidak punya peluang untuk berubah. Sangatlah mudah bagi kita untuk menganggap orang lain tidak punya masa depan. Kesulitan juga acap kali membuat kita kehilangan kepercaya an diri, bahwa kita sebenarnya masih mampu untuk membimbing mereka dari manusia "bermasalah" kepada manusia "luar biasa" yang melakar sejarah.

Kung Fu Master Shifu , who has already trained the legendary Furious Five, is now charged with transforming an out-of-shape giant panda named Po into a fighting machine.

4. Kenalpasti "suis" mad'u (selera dan minatnya)
Shi Fu akhirnya mendapati bahwa Po boleh termotivasi dan mampu mengeluarkan semua kemampuannya, bila dikaitkan dengan makanan. Po sememangnya tidak mampu menjalani latihan seperti 5 murid jagoannya yang lain. Justeru setiap mad'u ada "suis" yang tersendiri, ada keunikan pendekatan yang perlu diberikan. Mana mungkin kesemua mad'u yang pelbagai potensi melalui pendekatan tarbiyah nuqaba yang "memukulrata" potensi-potensi mereka.

Hanya "burning desire" untuk mendapatkan kuih itu sudah cukup
merubah Panda melalui "tarbiyah" secara short-cut lalu menjadi
mahaguru luarbiasa

Setiap mad'u kita mempunyai keunikan yang tersendiri.
Janganlah "pukulrata" sahaja tarbiyah kita kepada mereka.


5. Jangan "melepas pandang" pada sisi jahat (akhlak buruk) pada mad'u. Ia mesti dibaiki dan dirawat.

Master ShiFu sangat menyayangi Tai Lung, murid pertamanya, yang dia asuh sejak bayi. Dia membentuk Tai Lung sedemikian rupa agar sesuai dengan harapannya. Dia memberikan impian bahwa Tai Lung akan menjadi Pendekar Naga yang mewarisi ilmu tertinggi. Sayangnya Shi Fu tidak melihat sisi jahat dari Tai Lung dan harus membayar harga yang mahal termasuk nyawanya akibat dari Tai Lung yang sudah menyalahgunakan ilmu yang diberikan Shifu.

6. Cermin diri rahsia menjadi luarbiasa

Pada saat Gulungan Naga (ilmu tertinggi dalam Dragon Warrior) diambil dan diberikan kepada Po, ternyata dalam gulungan itu tidak tertulis sebarang ilmu atau kata-kata hikmah sedikitpun. Hanya kosong dan merupakan lembaran kosong yang bersinar ibarat cermin yang boleh merefleksikan wajah kita sendiri. Semua terkejut termasuk sifu yang tidak menyangka Scroll yang diwar-warkan mempunyai rahsia tertinggi itu rupanya tidak tertulis apa-apa. Yang ada hanya "cermin"...

Akhir kata, sudahkah Anda nonton Kung Fu Panda…..

Merakyat Perjuangan

Wednesday, July 23, 2008

Ijtimak Pertama : Gamis Zon Selatan


Ijtimak Kedua : Gamis Zon Borneo


Ijtimak Ketiga : Gamis Zon Utara


Ijtimak Keempat : Gamis Zon Timur

Erti hidup pada memberi. Terasa sungguh kemanisan berjuang. Akhirnya 4 buah zon dengan hampir 50 buah kampus berjaya dilakukan 'down to earth' oleh GAMIS. Semoga pembentukan GAMIS Negeri akan merancakkan lagi kebangkitan gerakan mahasiswa Islam di seluruh Malaysia.

Mampukah anak muda menjadi pemimpin gerakan mahupun negara ? Al-Qur'an melalui jendela sejarah perjuangan anbiya' telah memberikan jawapan "YA".


"Kami dengar ada seorang pemuda (fata) yang mencela berhala-berhala ini, namanya Ibrahim." (Al-Anbiya:60)

Lafaz fata merujuk pada usia remaja, biasa dinisbahkan kepada mereka yang berusia 16 - 18 tahun (baca : usia nak ambil SPM). Pada usia itu, anak muda Ibrahim menggugat pemerintah Namrud.
"Dan setelah dia (Musa) dewasa, dan sempurna akalnya, Kami anugerahkan kepadanya hikmah dan pengetahuan..." (al-Qasas : 14)

Lafaz balagha asyaddahu menunjukkan usia baligh, sekitar 15 tahun (baca : usia Tingkatan 3 nak PMR). Pada usia itu, anak muda Musa membuat tumbukan KO kepada seorang tentera Firaun yang bergaduh dengan seorang dari kaumnya, Bani Israel. Regim Firaun terus tercabar apabila anak muda ini mula menggabungkan dirinya dengan Nabi Syuaib pada usia 23 tahun bagi melancarkan counter-attack kepada regim.

"Khabar gembira, ini seorang anak muda." Kemudian mereka menyembunyikannya dia (Yusuf) sebagai barang dagangan...dan tatkala dia cukup dewasa, Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu.." (Yusuf : 19)

Lafaz ghulam merujuk anak kecil berusia 10 tahun. Pada usia 15 tahun, Yusuf merengkok dalam penjara kerana fitnah Zulaikha. 9 tahun kemudian , Yusuf menerima 'tarbiyah' dalam penjara, beliau diasak dengan pelbagai soalan sehingga beliau semakin matang dan bijak memecahkan persoalan MENIMPA UMMAT DAN NEGARAnya. Sehinggalah pada usia sekitar 24 tahun (baca : usia kebanyakan graduan universiti), Yusuf diberikan mandat oleh Raja Mesir menjadi Menteri Kewangan (selepas ia menta'bir mimpi Raja).

Rasulullah berkata sang penakluk Konstantin adalah "sebaik-baik pemimpin dunia dan sebaik-baik pasukan tentera di dunia". Itulah al-Fateh, memimpin kerajaan Uthmaniah pada usia 18 tahun, menawan Konstantinopel pada usia 23 tahun (baca : usia anak muda di menara gading@mahasiswa).

Aksi-aksi al-Fateh

Kesimpulan, Al-Qur'an semacam mahu memberitahu kepada saya dan anda anak-anak muda Islam, bahawa golongan yang terbaik untuk melakar sejarah kebangkitan Islam adalah pada usia 15 hingga 25 tahun. Jangan biarkan usia period keemasan ini berlalu begitu sahaja - sebagaimana ia telah berlaku kepada saya 20 Julai baru-baru ini (saya memasuki 26 tahun). Allahu Akbar !!!

"Rahsia para pahlawan mukmin sejati terletak pada tradisinya berguru dengan orang-orang yang terbaik yang hidup di zamannya."

Terbaru, Singapura menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh, yang baru-baru ini diputuskan diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Mei lalu, dalam menyelesaikan satu pertikaian hak milik dengan Malaysia.


Baca lagi...

Saya tidak pasti celikkah rakyat saya untuk membicarakan tentang kedaulatan negara kini tatkala politik Malaysia terus mengalami hiruk pikuk tak berkesudahan...kini isu muzakarah Pas-Umno...saya tidak pasti adakah saya salah kalau saya cadangkan kepada Pas-Umno agar agenda muzakarah itu untuk bincangkan soal masa depan kedaulatan negara selepas Malaysia memeterai banyak perjanjian dengan negara-negara luar (yang tidak diketahui rakyat isikandungan dan implikasinya), bukan sekadar masa depan bangsa Melayu-Islam atau survival idealisme parti masing-masing...


Hasil perbualan panjang lebar mengenai politik Kelantan, Annual Bakri Haron (Setiausaha Politik MB Kelantan) memberikan suatu jawapan kepada satu persoalan kenapa tuan guru Nik Aziz banyak bercanggah pandangan dengan pimpinan Pas yang lain, terbaru dalam isu muzakarah. Aku rumuskan Annual Bakri sebenarnya mahu menyebut apa yang dikatakan suatu hadis (mungkin bukan hadis kerana saya tidak pasti takhrijnya...) sebagai :

"Hati-hatilah kamu dengan firasat orang beriman. Kerana mereka melihat dengan cahaya Allah."

"Cahaya Allah" dalam mimpi mungkin dipertikai oleh sesetengah orang. Namun bagi seorang pejuang Islam dan pemimpin negeri Islam hampir 20 tahun, ketika habis ikhtiar aqal untuk membuat ijtihad memimpin gerakan Islam dalam hiruk pikuk politik Malaysia hari ini, kekadang pedoman dari langit jua sebagai kata pemutus buatnya....

Mahasiswa Perlu Belajar Buat Silap

Saturday, July 19, 2008


"Mahasiswa kena berani buat salah. Inilah sahaja masa yang kamu ada. Masa mahasiswalah masa kamu belajar buat silap...." - bekas aktivis mahasiswa PBUM, YB Husam Musa ketika memberikan pidatonya berkenaan attitude student leader kepada pimpinan GAMIS zon Timur, 18 Julai 2008.

"Untungnya kamu mahasiswa kerana kamu boleh berjumpa dengan semua jenis orang dan semua jenis pemimpin. Tiada guna menjadi aktivis mahasiswa jika tiada seorang pemimpin besar negara pun yang kamu tidak temui." - bekas aktivis PMI-MPMUM, Hisomudin Bakar, Strategi Mobilasi Massa, Bengkel Kepimpinan GAMIS Zon Timur, 19 Julai 2008




Sekitar gambar-gambar 'pelik' Anwar Ibrahim di celahan serangan peribadi ke atas beliau oleh Shabery,
kawalan ketat polis bertopeng, risiko penipuan ujian DNA, ugutan bunuh ke atas keluarganya, dan keresahan rakyat tentang nasib ala-1998 yang akan beliau terima...

Hanya dengan mengukir senyuman, sudah cukup menyentap emosi musuh yang mahu membunuh karakter beliau sebelum terbunuh jasadnya. Hanya dengan mengukir senyuman, manifetasi kekukuhan iman dan ketenangan di dada menghadapi makar jahat musuh.Hanya dengan mengukir senyuman, sudah cukup membunuh psikologi musuh yang mahu menimbulkan keresahan beliau dan krisis keyakinan rakyat pada beliau. Senyuman adalah setajam-tajam "counter-attack" sang daie...

"Jadilah kamu (dai'e) bersama manusia bagaimana sebatang pokok. Mereka melemparimu dengan batu, kamu melempari mereka dengan buah." - hukama'




Suatu permulaan yang baik menuju 'klimaks' tidak lama lagi di mana mahasiswa dan GAMIS akan bangkit menyatakan pendirian terhadap pergolakan politik semasa di depan rakyat Malaysia ...


"In politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way."- Franklin D. Roosevelt

Prison Break (PB), drama TV bersiri nombor satu AS memaparkan perjuangan seorang anak muda bernama Scofield (rujuk gambar di Profail Blogger) dan beberapa banduan yang tak bersalah tetapi dijatuhkan hukuman penjara (baca : tahanan tanpa bicara @ ISA) akibat konspirasi yang terkait dengan penguasa Amerika. PB mensajikan kepada penonton aksi-aksi penuh suspen, mendebarkan, mencemaskan pada setiap minit-minit, sehingga orang yang sakit jantung saya kira tidak sesuai melihat TV series ini kerana sifatnya nervous-oriented dan "unexpected ending".

Politik "Prison Break" atau politik yang mempertaruh "unexpected ending", itulah bahasa paling sesuai menggambarkan keadaan politik Malaysia - pasca PRU 12 - yang sangat tidak menentu dan sukar diramalkan bagaimana "ending" nya pada saat ini. Kalau dalam setiap satu siri (mingguan) Prison Break, ada sahaja aksi mendebarkan dicipta pengarahnya, Paul Scheuring dengan penuh intelegen. Demikianlah politik Malaysia, hampir setiap 24 jam, bahkan kurang dari 24 jam sahaja, ada sahaja "C4" diletupkan ke pentas politik Malaysia. Lihat sahaja akuan bersumpah kedua 'ajaib' Bala selepas akuan pertamanya. Lihat sahaja penangkapan tidak bertamadun ke atas Anwar selepas 'menang bergaya' debat dengan Shabery Chik...dan macam-macam lagi political stunt 18 SG telah dan akan terus berlaku kurang dari 24 jam...Siapa letupkan C4 setiap hari ini ? Siapakah "pawn" yang dicaturkan itu ? Siapakah "knight" yang bijak mengambil kesempatan secara senyap dari kelalaian lawan ? Siapakah "remote-controller" di sebalik semua ini ? Ya Allah, berikanku jawapan dan telahan.

Jika ramai tidak menjangka PB Season 3 hanya 13 episod (kerana 2 episod sebelum ini sebanyak 23 episod) dan akhirnya membuat kejutan dengan wujudnya season 4, (entah berapa season lagi daa...) demikianlah politik Malaysia saat ini yang sukar diramalkan "ending" nya bagaimana. Yang pasti, ia tidak semudah mengitar semula skrip 1998 sebagaimana kata sang intelegen Saifuddin Nasution. Mampukah Anwar Ibrahim menjadi "Scofield" yang berjaya lolos dengan "peta" di badannya memintas setiap konspirasi jahat "The Company" (baca : BN) ? Mampukah Anwar survive dalam situasi pentas politik BN-PR kini ibarat penjara "Sona" buat Anwar (hampir mustahil ada jalan keluar buatnya)? Sukar untuk diramalkan babak-babak seterusnya bagaimana...



PB jelas merumuskan satu mesej mudah bahawa "winner who always thinking one step ahead" sebagaimana kelincahan 'ijtihad' Scofield ketika menghadapi saat-saat getir konspirasi "The Company" khususnya ketika melawan kepantasan intelegen Mac Mahon (baca : Najib ? Khairy ?).


Let's end this "bullying" season...




2 bekas aktivis mahasiswa UM sudah melakar sejarah Malaysia pada hari ini. Bekas aktivis kampus lain bagaimana ? UIAM ?

GAMIS akan terus lesu sekiranya...

Monday, July 14, 2008


"GAMIS akhir-akhir ini semakin lesu. Sambutannya tidak sehangat dulu. Bahananya, GAMIS diafiliasikan dengan parti politik yang secara jelasnya menghasilkan impak negatif dalam jangka panjang. GAMIS dilihat sekadar menjadi kuda tunggangan parti politik yang berkepentingan. Persepsi masyarakat nyata terpesong dengan realiti sebenar perjuangan GAMIS. Media pun turut mengharubirukan ! " - Suhaimi al-Maniri, "GAMIS Hilang Halatuju?", Siasah 13-19 Julai

Benar, GAMIS akan terus lesu sekiranya masih ada segelintir ahli-ahli GAMIS mahupun sesiapa sahaja yang 'meminati' pergerakan GAMIS yang tidak boleh menerima hakikat GAMIS memperjuang politik nilai (independent group, catalys, pressure group, sofwah al-mukhtarah, check and balance, watch-dog), bukan menjadi 'pak turut' atau 'rubber stamp' kepada perjuangan politik kekuasaan (partisan). Sejarah GAMIS sendiri menunjukkan GAMIS tidak diwujudkan oleh mana-mana parti politik di Malaysia, bahkan GAMIS yang turut sama tampil mencorak iklim politik Malaysia menjelang PRU 1990 dan membekalkan (kilang) pemain-pemain utama percaturan politik Malaysia (BN-PR) pada hari ini.

GAMIS akan terus lesu sekiranya kedapatan segelintir ahli-ahli GAMIS yang memahami fungsi GAMIS sebagai "jurubicara hal ehwal kampus" semata, bukan lagi "mahasiswa jurubicara ummah" secara keseluruhan, masalah kampus mahupun airmata rakyat. GAMIS akan terus lesu sekiranya GAMIS dianggap "pressure group" kepada HEP, bukannya "pressure group" kepada kerajaan pemerintah. GAMIS akan terus lesu sekiranya perkataan "MAHA" pada MAHA-siswa Islam semacam mahu dibuang akibat pemahaman segelintir ahli-ahli GAMIS yang tidak nampak keperluan GAMIS mencipta gelombang dan "kuasa" yang tersendiri atas nama "student power", atas sumpah menggalas amanah nubuwwah bahawa "agama itu nasihat" kepada sesiapapun.

GAMIS akan terus lesu sekiranya aksi-aksi mahasiswa Islam 'diswastakan' kepada individu-individu tertentu atau PMI-PMI di kampus Lembah Klang. GAMIS akan terus lesu sekiranya intelegen-intelegen siasah kampus terus berfikir untuk masa depan politik kampus masing-masing sahaja, tiada masa untuk memberi lantas memimpin idea agresif untuk mencorak gelombang politik GAMIS di peringkat nasional. GAMIS akan terus lesu sekiranya aktivis-aktivis penerangan atau penyelidikan di peringkat PMI-PMI kampus terus membuat penyelidikan dan kajian isu semasa dalam ruang lingkup kampus sahaja atau untuk tujuan memperkasa atau mempopular PMI masing-masing sahaja, bukannya untuk kepentingan GAMIS di peringkat nasional, yang setiap hari - dengan 'kakitangan' yang terhad - diasak untuk menyatakan pendirian bersama 'proof' yang 'valid' , bukan hujah-saranan yang simplistik kepada setiap pergolakan harian politik-sosial-ekonomi negara.

GAMIS akan terus lesu sekiranya topik sejarah gerakan mahasiswa di serata dunia dan sepanjang zaman, sejarah gerakan mahasiswa Islam di beberapa buah negara Muslim dan peranan mereka dalam mencorak negara, serta gerakan anak muda sepanjang zaman (sejak zaman Nabi 'anak muda' seperti Sulaiman, Yusuf, Ibrahim dan Muhammad a.s) tidak dimaterikan sebagai topik-topik 'nombor wahid' silibus tarbiyah ahli-ahli tegar PMI-PMI kampus.

GAMIS akan terus lesu sekiranya pentarbiyahan ahli-ahli PMI masih terus berkiblatkan kepada silibus yang digubal pada 10-20 tahun dahulu, tidak berani melakukan perubahan mahupun penambahbaikan melainkan dalam perkara teknikal dan pendekatan semata, bimbang 'status quo' tinggalan generasi dulu tercabar. Walhal zaman telah jauh berubah, pemikiran dan 'interest' mad'u semakin jauh berbeza, perkembangan sains dan teknologi semakin dahsyat, perang pemikiran semakin 'ganas' di sesawang-sesawang maya, tetapi kita terus dengan subtance, mentaliti, uslub dan brand 'lama' kita.

Peristiwa 8 Mac 2008 seharusnya membibitkan 'tsunami' di peringkat skema pentarbiyahan takwin-tanfiz ahli-ahli PMI. Apakah silibus tarbiyah kampus masih mengulang soal-soal yang terlalu fundamental dalam fiqhul-tanzim atau sudah tiba masanya usrah diasak membincangkan secara serius dan kritikal masa depan perjuangan Islam di pentas demokrasi, soal tahalluf siyasi (cth isu PAS-UMNO), soal pendekatan gerakan Islam dalam soal hiburan dan artis (cth isu Mas Idayu dan "Karburetor" 6 Julai), fiqh awlawiyyat gerakan (cth isu negara berkebajikan vs negara Islam), atau sebarang topik "pasca 8 Mac" yang banyak menjadi dilema tanpa jawapan dari gerakan Islam seperti PAS yang disebut-sebut mampu menjadi waiting government yang lebih baik ? Apakah gerakan mahasiswa Islam mahu terus dicorak, bukannya mencorak rentak gerakan Islam di luar sana sebagaimana KAMMI Indonesia (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia) yang mampu mencipta iklim baru politik gerakan Islam di Indonesia dengan "melahirkan" PKS ?


GAMIS akan terus lesu sekiranya silibus usrah untuk ahli-ahli PMI di tahun kedua, ketiga, mahupun tahun akhir terus menerus menjadi medan "qadha" kemalasan ahli-ahli untuk membaca bahan-bahan bacaan yang terlalu asas (classic) yang tidak sepatutnya medan usrah di usia muda 22-23 tahun (baca : usia al-Fateh menawan Konstantinople) terus-menerus membincang buku-buku fikrah yang bersifat "expired@out-of-date" dalam situasi "kebanjiran buku dan bloggers" di Malaysia saat ini (sebagaimana satu kajian semasa PRU 12 menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia jauh lebih tinggi dari Amerika) mahupun rakan kita dari Indonesia pada hari ini. Jangan lupa pada kajian yang menunjukkan bahawa mahasiswa Malaysia hanya membaca 12 buah buku selama tiga tahun pengajian, manakala pelajar Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah).

GAMIS akan terus lesu sekiranya aktivis-aktivisnya tidak terdedah dengan "hikmah yang hilang" walau dari mana dan siapa sekalipun, sama ada aspek pemikiran, pendekatan mahupun tajribah (pengalaman) yang telah ditempuh oleh mana-mana gerakan Islam atau gerakan mahasiswa Islam serata dunia pada saat ini. GAMIS akan terus lesu sekiranya aktivis-aktivis nya belum berani menyentuh buku-buku baru 'pembakar' semangat gerakan mahasiswa seperti "Dari Gerakan ke Negara" tulisan Anis Matta, "Menyiapkan Momentum" tulisan Rijalul Imam dan banyak lagi, ataupun sekurang-kurangnya memahami asas-asas dan attitude 'student movement' melalui buku "Politik Kampus Di Sebalik Tabir", "Potret Perjuangan Mahasiswa Satu Cerminan Dekad" dan "Mahasiswa Menggugat". Atau sebarang buku-buku pemikir-pemikir Agung dunia selain tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi walaupun dari cendiakawan Barat atau sebarang kertas-kertas kerja ilmiah mengupas isu-isu global atau bahan-bahan bacaan tahap 'berat' atau "berusrah" di seminar-wacana ilmiyyah yang boleh membina minda negarawan dalam pemikiran aktivis-aktivis dalam usrah-usrah PMI ?

GAMIS juga akan terus lesu sekiranya pemikiran-pemikiran baru, dan pengalaman-pengalaman, kepakaran-kepakaran, kelebihan-kelebihan berharga milik bekas-bekas aktivis GAMIS tidak dimobilasikan dalam satu ketumbukan alumni aktivis GAMIS, untuk tujuan memberikan idea-idea membina GAMIS - dengan paksi dan prinsipnya yang cukup jelas dan takkan berubah (independent-pressure group) - mengorak langkah 20 tahun seterusnya selepas sejarah naikturun GAMIS 20 tahun lepas.

GAMIS juga akan terus lesu sekiranya kepimpinan atau badan pengurus GAMIS itu mahu terus menjadikan "tumpuan dalaman" kampus masing-masing sebagai justifikasi untuk tidak memberikan komitmen sepadu mungkin kepada perjuangan gerakan mahasiswa Islam di peringkat nasional tatkala hampir setiap isu dan pergolakan harian politik-sosial-ekonomi Malaysia, masyarakat akan meneropong dan tertanya-tanya "di mana mahasiswa ???"...

Dan...

GAMIS akan terus lesu sekiranya GAMIS itu terus dianggap forum Presiden-presiden PMI sahaja atau 'hak milik' beberapa individu tertinggi kepimpinan PMI kampus sahaja, bukan sebuah "jamaah" mahasiswa Islam yang mempunyai nilai wehdatul fikr dan wehdatul amal yang kuat, dari pimpinan sehinggalah ke akar umbi. Syair Muhammad Iqbal pemikir agung Islam sangat baik dijadikan renungan bagi sama-sama kita melihat sejauhmana nilai "jamaah" GAMIS itu wujud dalam setiap diri dan hati ahli-ahli GAMIS di semua kampus ;

"Walaupun satu keluarga (baca : Jamaah), tetapi kami tak saling mengenali. Wahai Tuhanku, himpunlah daun-daun yang bertempiaran ini. Hidupkanlah lagi ajaran saling mencintai, ajari lagi kami berkhidmat seperti (generasi) dulu..."


Ingatlah peringatan Prof. Allan Bloom di dalam buku The Closing of American Mind (1987) mendedahkan suatu fenomena yang telah melanda generasi mahasiswa universiti di Amerika Syarikat yang sewajarnya perlu dijadikan iktibar kepada semua rakyat Malaysia, khususnya mahasiswa Islam.


Menurutnya, berbeza dengan kelompok pelajar daripada Eropah, generasi pelajar di Amerika memasuki universiti dengan keadaan memiliki minda yang kosong, digambarkan dengan ungkapan the clean slate kerana minda mereka lazimnya tidak diperkukuh dahulu oleh mana-mana karya besar penulis dunia Barat. Jika dibandingkan dengan para pelajar dari Perancis sebagai contoh, minda mereka terlebih dahulu telah diperkaya oleh karya-karya Nietzsche, Russuoue, Descartes dan sebagainya. Justeru, kehadiran mahasiswa yang sudahpun terdedah dengan pembacaan karya-karya besar ini ke universiti pada hakikatnya membantu menjadikan usaha pembelajaran mereka lebih terarah, atau pendek kata memurnikan tujuan "kewujudan" mereka di menara gading dan fungsi mereka sebagai "mahasiswa". Mereka akan terus mencari dan memperdalam pengetahuan asas ini, berbeza dengan pelajar Amerika yang sebaliknya lebih bersifat mencari arah dan haluan di universiti.

Sesungguhnya, orang yang berjiwa kerdil sering bercakap tentang perihal orang lain manakala insan yang berjiwa besar pula akan lebih bercakap tentang idea. Untuk mendapatkan idea yang baru, tidak dapat tidak, kita haruslah membaca. Membaca pula bukanlah bererti membaca seadanya, tetapi pembacaan kita perlulah mampu meransang dan menggerakkan minda untuk berijtihad dalam suasana yang dihadapi di hadapan mata.

Kepada individu-individu yang sudahpun memiliki budaya membaca yang baik, langkah seterusnya adalah untuk terus meningkatkan usaha pembacaan kita ke tahap yang lebih serius dan kritikal. Antara yang perlu diusahakan adalah mewujudkan kumpulan-kumpulan perbincangan (baca : usrah) yang serius membedah dan mengkaji kandungan buku-buku terbaik yang dipilih. Dari apa yang saya dapat maklumat dari Ustaz Hasrizal Jamil yang pernah berada lama di Turki, tahap inilah yang dilakukan oleh kader-kader AKP dalam usrah "taarif" mereka... jadi bayangkanlah sendiri bagaimana "takwin" dan "tanfiz" mereka...

tiada lagi aksi ini selepas ini...

Friday, July 11, 2008

Gembira hati ini melihat adik-adikku di Tingkatan Enam Kolej Islam masih mampu menerima tarbiyah "negarawan" seperti ini...namun masihkah akan ada lagi aksi seperti gambar di atas apabila Tingkatan Enam dikuburkan dari Kolej Islam...apakah lagi uniknya Kolej Islam selepas ini...

Mariya Aman (1) vs Zionis (0)

Thursday, July 10, 2008

Teruskan perjuangan kakakku menentang mereka!!!

BUDAK perempuan Palestin, Mariya Aman, 7, yang keseluruhan badannya lumpuh selepas Israel membedil rumahnya di Semenanjung Gaza pada 2006 telah kehilangan ibu, abang dan nenek dalam serangan kejam itu. Mariya yang bergantung penuh kepada alat bantuan pernafasan, semalam berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Agung Israel bagi menangguh keputusan kerajaan Zionis menghantarnya ke sebuah hospital Ramallah yang tidak mempunyai peralatan mencukupi merawatnya (baca : untuk membunuhnya).

Posting Sebelumnya

There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"