Content feed Comments Feed

Kita berada dalam pasukan sama dan tiada seorang pun daripada kita yang boleh berpendirian duduk di atas pagar,” ikrar dan rayuan penuh emosi Senator Hillary Clinton untuk membantu calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Demokrat, Senator Barack Obama, orang yang pernah menggagalkan cita-citanya menjadi Presiden AS.

Selepas YB DSAI memenangi kerusi P44, pelbagai feedback dapat dilihat dari kenyataan pimpinan BN yang kebanyakannya tidak boleh menerima hakikat kekalahan dan penolakan rakyat kepada kempen melampau dan tidak demokratik BN menggunakan segenap jentera kerajaan tanpa segan silu. YAB PM kata ini pilihanraya kecil, jangan pukulrata pada semua tempat. Dato Noh Omar menyatakan penduduk terlalu mengagungkan Anwar. YB Shabery Chik menyatakan tiada apa yang mengejutkan kerana majoriti baru Anwar tidak sebesar dijangkakan semasa kehadiran penyokong di penamaan calon. Datuk Seri Nazri Aziz pula menyatakan “biasalah menang, itu kampung dia.” Datuk Seri Syed Hamid Albar pula menyatakan BN hadir sebagai underdog sahaja di situ. Hampir kesemua kenyataan seakan bertukar ‘nada’ 180 darjah dengan kenyataan-kenyataan sebelum 26 Ogos yang dilihat sangat confident untuk merampas P44 dan lantas mematikan karier politik DSAI.

Saya ternanti-nanti mana-mana pimpinan BN yang berminda futuristik dan forward looking, tampil menyatakan BN terima kekalahan dan bersedia untuk berjiwa besar dan menyatakan kepada DSAI dan PR mari bersama membina Malaysia yang lebih baik dan menumpu kepada permasalahan negara yang lebih besar tanpa perlu terikut-ikut dengan paluan gendang pertukaran kerajaan pada 16 September ini. Cukuplah dahulu pertarungan politik ala zero-sum game di Permatang Pauh dan berikan ‘rehat’ seketika untuk rakyat. Mujurlah ada kenyataan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh saya kira ‘berbeza’ sedikit dengan nada pemimpin BN yang lain apabila beliau menyatakan post mortem terbesar Permatang Pauh pada BN “walaupun ia kawasan pilihan raya kecil, ia mungkin menjadi satu trend di mana pengundi sudah buat pemikiran hendak perubahan kepada satu yang lebih adil, yang tidak berasaskan perkauman, yang berdasarkan profil rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama” (Utusan Malaysia, 28 Ogos). Juga kenyataan jiwa besar YB Arifshah yang fasih berbicara Mandarin dan Hokkien ketika menegaskan ''Saya akan terus bekerja untuk rakyat dan membantu menyelesaikan masalah mereka tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik," katanya. Sangkaan saya akan wujud petisyen membantah keputusan pilihanraya sebagai suatu ‘counter attack’, ‘control damage’ dan ‘pemulihan’ stamina BN yang telah demoralized sejak 5 petang pengundian ditutup, meleset akhirnya.

Pengalaman berada seketika di pentas BN semasa menanti saat penyerahan Manifesto Mahasiswa kepada YB Arif Shah jelas menunjukkan ceramah BN sedikitpun tidak menghargai kehadiran bangsa India dan Cina yang hadir kerana sentimen Melayu yang tak habis-habis dimainkan bagi berdepan dengan agenda 'Malaysia Baru' DSAI selepas kegagalan isu liwat dimainkan di Permatang Pauh.

Tiba masanya BN perlu berubah dan menyahut seruan Naib Presidennya sendiri kalaupun kenyataan 'tuding jari pada orang lain' masih kedengaran dari pimpinan lain. Perubahan kali ini bukan lagi soal mengubah pendekatan kempen ataupun perkara yang bersangkutpaut dengan kosmetik dan branding Umno-BN, tetapi ideologi dan falsafah perkauman Umno-BN itu sendiri perlu dinilai semula. Wacanakan sebelum BN menjadi 'dinosour' dalam muzium sejarah Malaysia baru tidak lama lagi. Moga ada perwakilan Umno yang berani menjadikan "penilaian semula ideologi perjuangan Umno " ini satu usul tergempar Perhimpunan Agong Umno hujung tahun ini. Jangan takut mewujudkan perbezaan pandangan dan ‘kepala’ pemikiran yang berbeza kerana dunia sendiri mengakui kewujudan sifat seperti ini.

0 Responses to Menerima Kekalahan : Pimpinan BN Wajar Contohi Jiwa Besar Hillary

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"