Content feed Comments Feed

Kini bukan lagi mahasiswa GAMIS dari IPTA, nampak gayanya mahasiswa dari kolej-kolej Islam (isu MOU), kolej-kolej kejururawatan (isu PTPTN), dan terbaru kampus kubu 'Aspirasi' UiTM (isu bumiputera) pun dah berani berdemonstrasi kepada sebuah kerajaan negeri PR. Ramai yang nampak kehebatan mahasiswa UiTM, tetapi tak ramai nampak kesediaan seorang MB untuk bertemu mahasiswa demontrans itu bagi mendengar luahan mereka. Banyak siri demontrasi sebelum ini berakhir dengan kekecewaan apabila pak Menteri tak mahu atau mengemukakan pelbagai alasan untuk bertemu dengan pelajar atau tidak ada sebarang feedback dari pemimpin sasaran pada tuntutan mahasiswa.

Adakah demontrasi mahasiswa UiTM di sebuah negeri PR ini suatu gambaran kepada suburnya demokrasi kampus jika Malaysia di bawah PR ?

Apapun, tribute untuk semua mahasiswa dalam gambar-gambar di atas. Dalam keadaan neo-AUKU belum endorse di Parlimen, mahasiswa sudah tidak sabar-sabar lagi nampaknya nak berpencak dan beraksi, semacam batang tubuh AUKU itu dah tak releven 100 %.

Dengan mengenepikan 'subtance' tuntutan mahasiswa UiTM yang bersifat racial@kepentingan bangsa, saya melihat mahasiswa UiTM telah memberikan suatu role-model kepada rakan-rakan mahasiswa Melayu-Islam negeri lain (baca = GAMIS) dalam mendefinisi dan merajah "peranan" mahasiswa sebagai check and balance kepada pemerintah di negeri masing-masing, bukan sekadar pemerintah di pusat sahaja.

Pendek kata, saya katakan, GAMIS Negeri perlu meNILAI secara positif demontrasi mahasiswa UiTM ini walaupun mungkin kebanyakan mereka tidak sealiran 'fikrah' dengan kita. Mesejnya mudah, mereka sudah beraksi - walaupun ada 'kesilapan' pada isikandungan tuntutan mereka pada pandangan kita - biasalah mahasiswa perlu belajar buat silap dengan "mencipta" kesilapan dengan tangan mereka sendiri. Tetapi kita bagaimana dengan kerajaan negeri kita, sama ada PR atau BN. Sejauh manakah kita sudah menjadi watchdog kepada MB, exco-exco, dasar-dasar dan polisi-polisi yang diperkenalkan ? Sejauhmanakah nilai akademik dan keilmuan yang ada pada pensyarah-pensyarah kita dalam universiti dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjadi asas, NILAI dan justifikasi mahasiswa beraksi khususnya dalam isu-isu domestik membabitkan rakyat di negeri kita ?

Cumanya, kekadang saya juga terfikir bila memuhasabah soal "mahasiswa jurubicara ummah" dan "kuasa mahasiswa kuasa perubahan" dan segala macam slogan itu. Adakah perjuangan mahasiswa sehingga ke tahap demonstrasi dilakukan hanya apabila apabila kerajaan (pusat atau negeri, BN atau PR) mula "menyentuh" perut atau poket atau kampus atau masa depan pengajian mereka sahaja? Tetapi ketika rakyat dihimpit bebanan kenaikan harga minyak, makanan dan permainan politik kepartian yang melampau-lampau, di manakah aksi-aksi atau demontrasi (jln terakhir) mahasiswa ?

1 Response to Merajah Peranan GAMIS Negeri : Tidak Salah Belajar Dari Mahasiswa UiTM

  1. Rausyanfikir Says:
  2. Salam sheikh,

    Ana rasa kita perlu renungi fenomena ni sedalam mungkin.Bilamana kebangkitan mahasiswa itu dijana dengan emosi dan pemikiran yang singkat, lebih banyak kegagalan dalam menilai permasalahan semasa bakal berlaku.Ana risau respon yang bakal kita lihat setelah AUKU dirombak.

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"