Ketika perwakilan Pemuda ghairah membincangkan TGAH sebagai PM, saya ternanti-nanti ada pandangan berbeza khususnya wakil dari negeri bukan bawah pemerintahan ‘solid’ Pas untuk menyatakan bahawa “sekarang bukan masa yang sesuai berbincang tentang siapa PM” atau “kenapa kita perlu terbawa-bawa dengan gelombang ciptaan DSAI tentang PM in waiting, sedang kita tidak mampu mencipta gelombang dan ‘political stunt’ kita sendiri sehebat gelombang 16 September” atau “sejauhmana tarbiyah Pemuda saat ini melahirkan future leader yang capable menggantikan menteri-menteri dan perdana menteri yang ada pada hari ini”
Ketika perwakilan ghairah membahaskan isu muzakarah, saya ternanti-nanti ada perwakilan Pemuda yang tampil tanpa terkesan dengan isu tersebut, bahkan memuhasabah kepada jabatan-jabatan yang ada dalam Dewan Pemuda setelah tidak seorang perwakilan pun memuhasabah secara komprehensif ‘dalaman’ parti dan dewan pemuda serta kesemua pimpinan yang berada di atas pentas, bukan hanya ‘blaimstorming’ seorang dua sahaja.
Ketiga, penerimaan usul pertahankan kedaulatan negara TANPA bahas – berbanding 3 usul lain - mendedahkan lagi tahap persiapan Pemuda untuk menjadi policy-maker dan problem-solver kepada masalah yang tidak dapat ditangani dengan berkesan oleh kerajaan pemerintah pada hari ini. Saya tertanya-tanya kenapa usul ini – tidak dibahas sama ‘panas’ ketika berbahas usul-usul sebelumnya atau sebagaimana semangat yang ada ketika bercakap soal hegemoni Israel-Zionis dalam demontrasi-demontrasi jalanan yang Pemuda lakukan sebelum ini. Seakan-akan minda ini biarlah terus diswastakan kepada Pas Johor atau Pas Tenggarang atau YB KP yang berasal dari Johor tersebut sahaja, manakala yang lain mestilah menumpu kepada domestic issues tanpa perlu jiwa yang lebih besar dalam menangani domestic issue tersebut. Kalaulah saya diberikan peluang berucap menggulung perbahasan Muktamar Pemuda tersebut, saya akan mengatakan jangan salahkan rakyat, PKR, DAP dan sesetengah ahli dan pimpinan Pas jika mereka mengkagumi Anwar Ibrahim dan mahukan beliau yang jadi PM, sedangkan kita terus nostalgik dengan tokoh-tokoh ‘negarawan’ dalam Pas sendiri yang telah berlalu tanpa kita sendiri tidak tampil sebagai klon-klon mereka dalam real-politics Malaysia pada hari ini.
Saya juga akan menggesa supaya Pemuda Pas perlu lebih banyak belajar dari Allahyarham Prof Zulkifli Muhammad yang mempunyai ‘pakej’ pemuda yang terbaik pernah dilahirkan dari Pas. Beliau membuat persiapan sejak dari usia mudanya di bangku universiti. Walaupun belajar asas-asas agama di Al-Azhar, beliau – walaupun sakit perut, pinggang dan selesema - mengambil inisiatif mendalami ilmu-ilmu sekular Barat seperti psikologi, sosiologi, ekonomi, bahasa Inggeris, sains, biologi, falsafah dan sejarah di American Open University, Kaherah. Itulah ‘tarbiyah’ yang telah membentuk pemikiran dan thinking styles beliau dalam keadaan fikrahnya tetap sama dengan fikrah yang Pemuda pada hari ini terima dari skema tarbiyah yang disediakan. Sebab itulah tidak perlu terkejut jika beliau pernah berpidato 4 jam tanpa henti di Parlimen mengkritik hampir semua rang undang-undang dan polisi kerajaan pada masa itu, sama ada soal bahasa, kemerdekaan, kebudayaan, perpaduan, keselamatan, hak istimewa Melayu dan hukum Islam. Hampir saya menemui klon Allahyarham di Muktamar Pas baru-baru ini, namun bukan dari Pemuda, tetapi Muslimat iaitu Senator Mumtaz yang telah membahaskan hampir 80 rang undang-undang di Dewan Negara, dan hampir boleh mengkritik dan mencadang kepada kerajaan dalam apa jua aspek perbahasan.
Sekiranya Pemuda terus berkeadaan seperti ini dalam Muktamar akan datang, tidak peliklah kebanjiran media massa yang hadir selaku “mad’u” yang mahu melihat sejauhmana kemampuan Pemuda Pas menggantikan Pemuda Umno dalam mencorak masa depan Malaysia yang lebih baik bertukar menjadi media massa yang melondehkan lagi masalah-masalah dalaman sesama pimpinan Pas dan Pas dalam PR untuk dijadikan modal kempen membantu memenangkan Umno-BN di Permatang Pauh.
Keempat, saya menyarankan supaya pimpinan Pas segenap peringkat belajarlah memberikan ucapan dalam masa yang telah dihadkan dan janganlah terbawa-bawa dengan pendekatan ceramah. Jika benar mahukan Pas sebagai kerajaan alternatif kepada Umno-BN, belajarlah terlebih dahulu untuk bercakap dalam Muktamar sebagaimana bercakap dalam Dewan Rakyat, masa yang terbatas, tidak mengulang point yang sama, mengutamakan kekuatan hujah dari pendekatan penyampaian (seperti menghentak meja dan bernada keras), biar ringkas tetapi bernas dan direct to the point.
0 Responses to Muktamar Pemuda : Pandangan Kritikal Saya (siri 2)