Berdasarkan teks ucaptama KP sendiri, berikut adalah 6 rumusan penting saya cadangkan Pemuda Pas fokus kepada selepas Muktamar :
1. Sentiasa bergerak dalam ruh titik persamaan yang wujud antara entiti-entiti tahalluf
“PAS berdiri tegak dan teguh sehingga hari ini kerana perjuangan Islam yang dilihat dan diyakini konsisten, DAP terus relevan di persada politik kerana nilai dan prinsip socialistic inclination yang dipertahankan manakala PKR terus mara dengan slogan keadilan untuk semua. Saya mengajak pimpinan Pemuda PR melangkah ke hadapan dengan NILAI sejagat perjuangan ini serta membuktikan kepada Malaysia dan dunia bahawa kita mampu merealisasikan citi-cita perjuangan kita dengan penuh tanggungjawab.”
2. K-Politics : Politicians think for the next election, statesman thinks for the next generation.
“Segala konflik di antara kita tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mengambil perhitungan politik puak dan perkauman, sentiman untung rugi pilihan raya semata-mata tetapi cara yang lebih bijak dan bertanggungjawab perlu diterokai. Gelanggang ilmu, persada pengetahuan dan pentas diskusi intelektual mesti disuburkan untuk kita mencambahkan politik berasaskan ilmu (k-politic) bagi kita mewajahkan semula perjuangan PR yang lebih menyakinkan.”
3. Mewacanakan pemikiran sang negarawan walau apa jua latar politik kepartiannya (usah takut belajar dari NILAI yang baik dari pemikiran Barat dan musuh politik sekalipun)
“Dunia barat yang selama ini begitu memusuhi Islam dan penganutnya telah mula membuka jendela perbincangan melalui dialog peradaban, dialog Islam - Kristian yang diterokai oleh para sarjana dan cendikiawan kedua belah pihak. Tokoh-tokoh seperti Ahmad Dedat, Sheikh Yusuf Qardhawi, Tariq Ramadhan, Syed Mohamad Khatami, John Esposito, John Voll dan lain-lain telah memainkan peranan mereka dalam konteks ini. Saya sangat berminat di atas usaha-usaha seperti ini disuburkan dan dibudayakan dalam pemikiran generasi muda negara kita. Dewan Pemuda Pas akan menginstituisikan Siri Syarahan Perdana Fadzil Nor (Fadzil Noor’s Lecture Series) sebagai syarahan tahunan Dewan Pemuda Pas bagi mempelopori pemikiran intelektual dalam membantu mewujudkan persefahaman budaya, menyelesaikan konflik dan menyuburkan ruang engagement di kalangan masyarakat majmuk dan persoalan global dewasa ini.
4. Pembangkang yang berkesan dan punya wibawa
“Ini bermakna kita mempunyai satu lagi peranan iaitu sebagai pembangkang yang berkesan di negara ini. Berkesan bukan bermaksud membangkang segalanya atau sentiasa ’membuat bising’ untuk menggugat kerajaan yang ada. Tetapi pembangkang yang berkesan ialah apabila kita boleh menjadi pembangkang berwibawa (credible opposition) dan pembangkang taat (loyal opposition), yang bersedia duduk semeja dengan kerajaan untuk kepentingan rakyat dan kita sanggup memberikan konsensus untuk kepentingan negara.”
Sebagai pembangkang yang berkesan kita mestilah mampu mengemukakan alternatif berwibawa kepada kuasa majoriti (kerajaan), tidak sekadar mengkritik kerajaan, tetapi juga bekerja ke arah ketelusan, integriti dan kecekapan dalam mengendalikan hal ehwal rakyat, menangani penyalahgunaan kuasa dan memastikan kepentingan rakyat dipertahan, selain terlibat dalam mempromosikan hak asasi manusia, kebebasan asasi dan membantu menyempurnakan fungsi-fungsi demokrasi.
Saya mengenegahkan persoalan ini adalah kerana kita tidak mahu lagi dianggap sebagai ’partisan politics’ yang membawa implikasi negatif terhadap potensi kita, sebaliknya kita mahu diiktiraf oleh kerajaan sebagai ’His Majesty’s Opposition’, dan diperakui oleh rakyat sebagai alternatif yang berwibawa.”
5. Proaktif dalam ummatic issues dan mula berfikir untuk Asia
“Saya menyeru kepada pimpinan Pas supaya mengerakkan jaringan gerakan Islam antarabangsa supaya ia lebih proaktif terhadap isu-isu umat Islam global, bukan sekadar terhenti di perbatasan geografi dan politik masing-masing. Saya juga berharap agar kita dapat menggerakkan semula AMSEC dan AFMY sebagai pertubuhan belia Islam peringkat serantau.”
6. Tarbiyah yang melahirkan “qiyadah mufakkir” yang kompeten dalam waqi’ multi-racial Malaysia, bukan “jaguh kampung”
“Anjakan ini saya serukan kepada saudara semua sebagai persediaan untuk melahirkan pimpinan yang kompeten dari sudut kebolehan pengurusan dan pentadbiran, selain memiliki syahsiyah yang cemerlang. Pada hari ini, ahli-ahli Pas diperakui kerana kecemerlangan akhlak dan kebolehan agamanya, tetapi kita tidak diyakini dalam aspek keupayaan menguruskan negara.
0 Responses to Muktamar Pemuda : Pandangan Kritikal Saya (siri akhir)