Sangkaanku meleset rupanya...tak sampai 48 jam aku menulis berkenaan "Ogos : Mampukah Lensa Media Memihak Kepada Mahasiswa", event GAMIS di depan KPT mendapat liputan "luar dugaan"ku kerana kehadiran media-media arus perdana. Rupanya masih ada ruang dan peluang untuk GMI meraih perhatian massa sekiranya kena "cara" dan kena "masa".
Akhbar Utusan Melayu, halaman 10
Akhbar Berita Harian, halaman 18
Aku katakan "luar dugaan" kerana aksi - yang sebaris dengan upacara Perasmian Olimpik Dunia di dada akhbar itu - dicatur oleh hanya "beberapa orang" sahaja dan kurang 24 jam...Inilah KUASA BRAINSTORMING, kuasa yang sangat diperlukan dalam peringkat gerakan yang bersifat AKSI dan NATIONAL LEVEL seperti Gamis, bukan lagi medan untuk bertatih, berlatih, berforum seperti peringkat kepimpinan kampus (campus development)...Namun kalaulah sekadar mahu meraih perhatian massa atau apa yang disebut Shabery Chik pada Anwar sebagai "pendekatan populis", aku bimbangi niatku sudah tercemar dam event di KPT itu adalah klimaks perjuangan, walhal ia hanya suatu permulaan dan "warming-up" sahaja...
Mujurlah pengalaman berdepan sendiri dengan keperitan pembatalan Sijil Tinggi Kolej (STK) di KISAS pada tahun 2000 sehingga aku terpaksa ke Kelantan seketika untuk mengambil STU dan kemudiannya sekali lagi berdepan dengan desas-desus pembatalan mu'adalah tempat pengajian sementaraku di Madiwa untuk Al-Azhar pada 2002 membuatkan jiwa ini sangat memberontak sekali lagi melihat adegan ini bahkan lebih dahsyat, 18 IPTS dibatalkan MOU baru-baru ini dengan alasan yang sangat tidak munasabah !!!

0 Responses to Sangkaanku Meleset Jua...