Content feed Comments Feed





Puluhan lensa media dalam dan luar negara menggamatkan
suasana di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi tadi.

Saya berkira-kira bulan Ogos adalah bulan lensa media mungkin tidak akan memihak kepada mahasiswa, melainkan aksi-aksi mahasiswa sama hebat dengan aksi-aksi Anwar Ibrahim. Lihat sahaja puluhan lensa media nasional dan antarabangsa di Komplek Mahkamah yang saya hadiri tadi bersama Ridhuan.

Ogos-September akan menyaksikan pelbagai stunt politik luar jangka ala-Prison Break sebagaimana pernah saya tulis akan berlaku (sementelahan Season 4 Prison Break juga pada bulan ini). Ogos akan menyaksikan 'perang' Badar di Permatang Pauh yang akan menjadi jalan Anwar ke Parlimen dan kemudian ke Putrajaya (jika diizinkan Allah jua). Ogos akan menyaksikan berlangsungnya Muktamar Pas yang saya kira paling 'panas' selepas isu-isu kontroversi muzakarah dan 'londeh' Protes.

Justeru, saya harap bloggers mahasiswa akan memainkan peranan sebagai 'media' mahasiswa khususnya dalam rangka gerak gempur Pilihanraya Kampus yang dijangkakan awal September kerana BN juga takut PRK selepas Anwar jadi PM. Aksi-aksi Pro-Mahasiswa melalui mahasiswakini dot com yang meramalkan akan turut melakukan 'tsunami' perubahan di kampus-kampus utama UIAM-UM-UKM-UPM khususnya selepas isu 'memalukan' Saiful Bukhari produk Pro-Aspirasi Uniten, Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku (GMMA) menjelang bacaan akhirnya pada 18 Ogos ini, dan pelbagai lagi aksi-aksi GAMIS perlulah dipersembahkan oleh bloggers mahasiswa supaya nampak tertonjol arus kebangkitan mahasiswa Islam bersama dengan kebangkitan rakyat menuntut keadilan dan kebajikan.

Kita tidak mahu mahasiswa hanya 'menempel' kepada sejarah besar perubahan landskap politik Malaysia tidak lama lagi, bahkan kita mahu mahasiswa turut sama mencorak dan menjadi pelakar sejarah dan playmaker kepada sejarah baru ini.

0 Responses to Ogos : Mampukah Lensa Media Memihak Pada Mahasiswa

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"