Content feed Comments Feed

Tiada apa yang nak dibanggakan dari sekeping ijazah jika ijazah ini akan menjadi "sijil kematian" idealisme dan aktivisme perjuangan Islamku di medan sebenar. Apa yang mampu aku banggakan di hari Konvokesyen ini bukannya kejayaanku menamatkan pengajian Ijazah selepas kecewa di Al-Azhar, tetapi kerana kehadiran seorang insan yang selama ini telah membuktikan mampu hidup menyara 8 orang anak walaupun tanpa suami di sisi dan tanpa kerja bergaji besar. Umi, engkaulah qudwah pertama merangsang aku thabat meneruskan perjuangan tanpa gaji ini...

Ucapan Abul 'Ala al-Maududi kepada mahasiswa :

"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.
Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan. Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."

Tahniah buat sahabatku bakal MP, Mior juga Aaina (mantan Pengerusi
Helwani) atas Anugerah Rektor serta Rafidah (Pengerusi Helwani) atas
graduasi ini. Jumpa lagi di Konvo MA pula 2 tahun lagi.

Kembali ke Permatang Pauh...

0 Responses to Dari Permatang Pauh Singgah Di Konvokesyen

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"