Content feed Comments Feed

Tribute Buat Isteriku...

Friday, May 1, 2009


Dahulu, kumengajarnya bagaimana membuat blog, kini blog beliau yang tampaknya lebih popular dariku. Sehingga satu posting mampu mengundang lebih 15 komentar. Sehingga beberapa buah artikel dipost kerana terpaksa meraikan kehendak peminat. Dahulu aku mempunyai lebih masa berbanding beliau dari sudut bacaan buku, kini beliau sendiri memberikan qudwah padaku dari sudut disiplin pembacaan buku, setiap masa lapangnya hanya berdamping dengan buku. PWTC menyaksikan pembelian beliau jauh mengatasiku. Tidak perlu pelik jika Ustaz Hasrizal sendiri tampak lebih mengenali penulisan beliau lebih dariku.


Tahniah isteriku. Dikaulah harapan, garapan, doaku untukmu membawa ruh SIGMA berpencak lebih pantas, lebih ganas dari muslimin itu sendiri pada masa akan datang.


Dahulu, aku mengajarnya erti aktivisme gerakan mahasiswa. Beberapa ku ungkapkan padanya, pentas nasional tidak seindah pentas kampus, kekadang siapa yang mencadang sesuatu gagasan idea, dialah yang mesti melakukannya dan mengambil risiko. Kali ni, aku yang perlu memberikan tribute khusus buatmu isteriku.

Dalam keseorangan, beliau telah membuktikan "gerakan muslimat" yang selama ini aku impikan. Itulah "gerakan" beliau sendiri, ketika tidak ada individu lain sudi@mampu menghulurkan bantuan - apakan daya semua di kampung masing-masing atau final exam - membuat draf memorandum bantahan Gamis yang akan dihantar kepada Perdana Menteri Najib Razak dan Ketua Hakim Negara. Sungguh ia suatu tugasan yang sangat berat penentu imej Gamis di mata media dan pemimpin negara, namun isteriku mampu melakukannya keseorangan. Akibatnya, masa tidurnya hanya kurang 2 jam, dengan attachment di firma guamannya yang terpaksa ditinggalkan seharian esoknya, dengan tiket bas untuk pulang ke kampung pada malam yang sama, beliau telah melakukan satu lakaran sejarah yang luar biasa. Ketika mengantuk dengan pemanduan lebih 160 kilometer berulang alik dari Putrajaya tanpa teman, hanya kepada Allah aku serahkan isteriku.


Isteriku berpencak bersama 5 hero muslimin di hadapan media dan SB



Tahniah isteri, aku mula melihat kemampuan, kekuatanmu yang sebenar, jauh jauh jauh lebih baik dariku Insya-Allah. Doaku buatmu agar dikaulah negarawan ulung wanita Malaysia 10 tahun dari sekarang. Ameen ya Rabbi.


Aku pula bagaimana ?

Sekadar buat persiapan nak jadi ayah ?

Jangan confuse. Ini Umar al-Faruq bin Muhd Kamaruzzaman, anak saudaraku.
Anakku Muhamad al-Fateh bin Muhammad Syaari
akan menyusul nanti.

Beliau akan dibesarkan, dididik, ditarbiyah oleh
si ibu bakal Senator Dewan Negara.

"Mana sepupuku Al-Fateh, bila nak muncul?", bisik Umar al-Faruq.

"Bersabar Faruq, kami berdua sedang menyiapkan medan perjuangan selengkapnya untuknya.
Dia akan lahir ke dunia ini apabila medan ini siap sepenuhnya untuk beliau warisi.
Engkau mesti berjuang bersamanya Faruq.", bisikku.

8 Responses to Tribute Buat Isteriku...

  1. salam juang..
    banyak manfaat artikel ni utk yg sdah berkahwin..
    smg baitul muslim ini kekal hingga akhir hayat..
    smg kita terus thabat di jalan Nya..
    amin..
    terbaik setakat ni..

     
  2. This comment has been removed by the author.  
  3. salam..
    bagus nukilan-nukilan macam ni..
    boleh naik kan semangat semua..
    terutamanya muslimat untuk lebih bersemangat seperti zaujah enta..
    mudah-mudahan kita semua dikurniakan juga srikandi yang akan sentiasa menaikkan semangat juang suami..
    ~ impikan baitul muslim
    salam mahabbah..

     
  4. Musafir diri Says:
  5. mabruk alaik...

    ALLAH benar2 bantu sempurnakan separuh agama ustaz... jangan sia-siakan bantuan ALLAH tu... tak ramai yang beruntung mcm ustaz... ada isteri yg faham perjuangan malah aktif berjuang...

     
  6. Azma Asis Says:
  7. salam..

    mabruk ustaz..
    ada isteri yg punya semangat juang kalah2 muslimin..=)

    doakn kami srikandi yg lain ikut jejak langkah kak nurul..berjuang ke hadapan..

     
  8. Rijal82 Says:
  9. Terima kasih Hafizan, Senyuman Daie, Musafir Diri, Tinta Serikandi. Kami sentiasa berdoa agar sahabat2 juga akan dikurniakan alam BaitMuslim yang jauh lebih baik dari kami. Yang penting, kita merebut segenap ruang utk menjaga istiqomah kita dengan perjuangan Islam.

     
  10. salam alaik. mabruk ustaz, ana mengkagumi ustaz.. ada tips x ustaz utk nk memegang front liner dlm mahasiswa ni??

     
  11. Assalamualaikum ustaz..mabruk alaikuma..bersyukur kpd Allah, ust di berikan pendamping hidup yg setia dan sefikrah dgn ust..mudah-mudahan, artikel ust dapat dijadikan 'role model' untuk muslimat2 yg berada dalam gerakan di luar sana..TAKBIR!

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"