Content feed Comments Feed


Dahulu, ketika di alam jahiliah, saya meminati muzik. Kemudian, saya menjauhinya sehinggalah saya berada di I.P Minda, saya diajar muzik memainkan peranan sangat penting kepada fungsi otak kanan dan permainan emosi.

Saya kekadang tidak menyangka saya mempunyai sebarang potensi dalam seni suara atau membuat lirik, namun siapa tahu saya mungkin mempunyai kelebihan itu. Saya tegar berpegang pada prinsip sebagaimana saya nyatakan kepada aktivis-aktivis baru PMIUM dalam pertemuan baru-baru ini, bahawa Allah meminjamkan kepada kita pelbagai kelebihan, potensi dan bakat yang hakikatnya kita belum menemuinya dalam diri kita. Para pengkaji minda juga menyatakan kebanyakan kita hanya menggunakan 10 % sahaja dari potensi sebenar otak kita.

Membuktikan hakikat itu, saya berjinak membuat lirik lagu kepada sebuah muzik yang banyak menyentak dan membangkit semangat saya ketika lemah semangat. Saya selalu pasangnya di dalam kereta yang saya dan isterikan menamakannya Fateh. Bahkan isteri saya sendiri sudah terbawa-bawa dengan mainan emosi lagu yang diiringi dengan suara gendang perang dan laungan para tentera.


Itulah lagu yang saya tidak tahu apa namanya, saya namakannya juga dengan Fateh, kerana kebetulan muzik itu mengenai sejarah perjuangan al-Fateh. Saya temuinya ketika berkunjung 'maya' ke Turki. Saya berfikir, jika muzik sudah begitu kuat kesannya, bagaimana pula jika saya mencipta liriknya pula, bagaimana pula saya memasukkan video latar yang menggambarkan suasana yang dimaksudkan lirik tersebut.

Wah, saya mula berjinak dengan dunia muzikal, atau mungkin nasyid dalam bahasa Islamiknya. Nah, terhasillah lirik pertama lagu yang tak pernah saya cipta melainkan inilah sejarah saya buat pada diri saya. Pastinya banyak kelemahan, khususnya membuat rangkap yang sama hujung seperti berpantun, namun asas inilah yang saya mahukan.

Teringat saya kenangan 'bercinta' dengan Lajnah Penerbitan Ma'rub Club UIAM dahulu. Saya benci dilontarkan ke lajnah itu, namun sehingga ke hari ini saya terhutang budi dengan pimpinan pada masa itu yang mengarah saya membuat video itu dan ini. Di tempat saya benci itulah saya mengenal potensi saya dalam multimedia, bukan sekadar terus dalam 'comfort zone' dunia tarbiyah.

Itulah yang berlaku kepada saya ketika membuat lirik lagu "Itulah Si Anak Muda, Itulah Sebaik Raja" yang mengisahkan mengenai Muhammad al-Fateh. Saya terfikir untuk melagukannnya sebagai cara terbaik saya mempersembahkan kepada ummat cara untuk mengenang kemenangan, cara berfikir dan semangat membara Muhammad al-Fateh secara mudah tetapi penuh semangat. Saya membuat video ini bukan kerana saya membuta tuli mengkagumi al-Fateh, tetapi yang paling besar hasrat saya adalah untuk menyatakan kepada anak muda dan mahasiswa Islam potensi jauh jauh jauh lebih besar yang wujud dalam diri mereka, yang belum mereka temui. Itulah yang berlaku kepada anak muda 19 tahun bernama Muhammad ini, kesemuanya bermula dari sebuah kuasa bernama "impian".


Video sementara (lirik sahaja, maaf visual tak jelas,
yang lengkap dengan suara dan visual yang
jelas akan diupload 29 Mei ini).


Sebuah inisiatif mengenang kemenangan perjuangan Islam di bumi Eropah (Konstantinople) di tangan anak muda 19 tahun, Muhammad al-Fateh dan para tenteranya. Ia dihasilkan bukan untuk memuja al-Fateh atau mengenang heroisme nya, tetapi untuk memotivasi ummah untuk kembali memperjuang Islam pada hari ini dengan gerak kerja yang mencapai ke level "kemenangan", bukan level "ala kadar". Lirik lagu dihasilkan oleh Rijal82 Studio Production manakala kompilasi video klip dan lagu diambil dari Youtube Turki.


Boleh download video saya ini di Youtube Rijal82

Inilah lirik yang saya hasilkan, pastinya penuh kelemahan, saya dalam proses meneliti lirik ini, mengenalpasti perkataan-perkataan yang lebih indah dan nostalgik mengenai sejarah. Mujurlah asas 4 tahun dalam pengajian Syair dan Sastera Arab, mengkaji uslub bahasa lagu-lagu Arab dahulu yang bernama Syair, membantu saya. Mungkin sebab itu nama saya Syaari. He he :)

Utusan...
Tuhan bersabda,
Benarkan...
Satu ketika,
Derapan...
Kuda kan tiba,
Bebaskan...
Kota di Roma

Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.

Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantium gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.

Lapan ratus tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hassan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.

Itulah si anak muda,
Beraksi menggegar dunia,
Itulah sebaik raja,
Itulah sebaik tentera.


Mungkin inilah lagu yang akan saya cadangkan kepada Rabbani untuk nyanyikan di Konsert Antara Dunia GAMIS 1 Ogos nanti. Kebetulan saya bekerja dengan salah seorang staff I.P Minda graduated from IRK UIAM, Arif yang pernah bekerja sebagai pemain muzik dalam Rabbani. Kebetulan pula Gamis mempunyai engagement yang baik dengan Rabbani. Kebetulan pula saya memang meminati Rabbani.

Apapun, hargailah setiap anugerah besar Allah kepada kita. Otak, tangan, kaki, lidah, telinga dan sebagainya kesemuanya menyimpan 1001 potensi luarbiasa yang ada pada kita, belum kita terokai. Belajarlah dari Nick Vujinic, lahir dalam keadaan tiada tangan dan kaki, namun mengelilingi dunia memberikan motivasi kepada mereka yang lemah semangat dan pernah putus harapan. Lihat video ini, anda takkan rugi apa-apa, mungkin mampu menitiskan air mata.

5 Responses to Akhirnya Aku Mencipta Lirik Sebuah Lagu ...

  1. Unknown Says:
  2. kenapa GAMIS tidak menubuhkan suatu kumpulan nasyid sperti di Indonesia, shoutul harakah,gradasi,justice voice,edcoustic dll?

    mungkin lagu yang baik ini boleh dihasilkan 100% daripada GAMIS sendiri...

     
  3. Unknown Says:
  4. mungkin saya bersama sahabat..boleh membantu utk menyanyikan lagu ini kerana kami amat berminat untuk menyanyikan lagu2 jihad yang direka oleh rakyat malaysia sendiri...sekadar cadangan sumbangan yang boleh kami berikan!!

     
  5. Miss X Says:
  6. Bagus tu ustaz, bidang seni sebagai cabang da'wah masih belum sehabis baik kita kuasai. Hiburan hari ni adalah kuasa dan pengaruh besar terhadap masyarakat.

    Aktivis da'wah, seharusnya genggam bahagian ini.

     
  7. salam ustaz... haslin uniKL ni.



    sebenarnya saya dah reka lagu khas untuk gamis, beserta lirik dan rentak . Cuma tak der muzik la... baru sahaja siap direka 2 hari lepas. Kak munawirah suh reka... so dah siap. Kalo dapat siarkan lagu GAMIS waktu kongres nanti kan best. huhu. cadangan jer. Tapi x tau la sedap ker tak lagu yg saya reka ni.

    Masalahnya skang takder saper yg nak nyanyi and takder saper nak memuzikkan lagu ni. saya contact company muzik hari tu, dorang mintak rm1800 kalo nak masukkan muzik. Tak dapek nak nolong ustaz...huhu

    saya letak lirik lagu dalm blog saya.

    Tapi kalau GAMIS dah ada lagu, abaikan aje na. hehe.

     
  8. Rijal82 Says:
  9. terima kasih sahabat2ku. idea kalian keutamaan ana. tahniah khaulah, sy ke blog anda.

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"