Content feed Comments Feed


Insya-Allah. Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh kali ke-30 2009 akan berlangsung di SBPI Sabak Bernam. Sebanyak 55 buah sekolah SBP akan menghantar 6 delegasi pimpinan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) setiap sekolah dengan jumlah peserta lebih dari 300 orang.




Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk membentangkan kertas kerja Pengurusan Berkesan BADAR dan kemudiannya berbengkel secara langsung dengan peserta pada 14 Ogos ini.


Sudah pasti saya, dengan bantuan isteri tercinta saya, akan melakukan yang terbaik kerana inilah medium yang sangat bermakna untuk saya berkongsi pengalaman pengurusan sejak dari menjadi Setiausaha Agong BADAR dan LKP di KISAS sehinggalah ke alam kampus dan luar kampus pada hari ini.

Pengalaman di KISAS 4 tahun dari 1998 hingga 2001

Pengalaman di KISAS selama 4 tahun dari 2002-2005.
2 kali menghadiri Nadwah SBP

SBP adalah aset pimpinan baru Malaysia 20 tahun dari sekarang. BADAR di setiap SBP adalah nadi tarbiyah Islamiah kepada semua pelajar SBP yang sememang pelajar yang terbaik dari yang terbaik. Justeru, 14 Ogos ini saya bukan sahaja berdepan dengan 300 pimpinan BADAR SBP seluruh Malaysia, tetapi bakal pemimpin besar MPP di kampus, bakal pemimpin besar negara dan masa depan Islam di Malaysia.

Apapun, kepercayaan yang diberikan kepada saya ini bukan sekadar soal saya secara peribadi dengan pimpinan BADAR seluruh SBP, tetapi ini juga soal reputasi dan prestij BADAR KISAS terus releven memimpin BADAR seluruh SBP dan SMKA, yang sememangnya itulah yang menjadi hasrat pengasasnya al-Marhum Prof Zulkifli Muhammad.


Semoga 120 minit nanti suatu yang sangat bermakna untuk memugar kembali tarbiyah di peringkat sekolah, memberi kesegaran semula pada semangat pimpinannya, serta menyediakan benteng kukuh untuk menyelamat para pelajar SBP dari gelombang keparahan akhlak dan jenayah juvana pelajar pada saat ini.


3 Responses to Cabaran 120 Minit Untuk Memandu BADAR Seluruh 55 Buah SBP

  1. Unknown Says:
  2. Assalamualaikum akhi...
    selamat datang ke bumi SBPI Sabak Bernam,tempat saya mengadah ilmu 5 tahun dahulu ^_^

     
  3. Unknown Says:
  4. maksud saya...saya pelajar batch 2004-2008(baru lepas habis spm)

     
  5. ana menyokong usaha ustaz n zaujah..semoga medium dakwah ini bermanfaat dan memberi kesan yang mendalam pada wasilah dakwah(badar) di institusi2 sbp sekaligus menyuntik perubahan ke arah pembangunan insan yang berakhlak dan berpegang teguh pada Islam..insyaAllah

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"