Content feed Comments Feed

Setiausaha Agong GAMIS, saudara Muhamad Syaari Ab Rahman mencadangkan supaya Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Menteri Pelajaran yang baru supaya mewujudkan suatu kesatuan rasmi para guru pelatih Islam antara Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. “Saranan saya ini adalah bertujuan supaya terbentuk sebuah kolisi seperti Majis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang pernah diasaskan Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri ketika itu sebagai satu pengiktirafan terhadap para mahasiswa, untuk mereka memberikan idea dan pandangan mereka, baik dalam apa jua perkara mengenai polisi-polisi negara.

Sekiranya kerajaan tidak berminat untuk menubuhkan kesatuan ini atau ia hanya wujud sekadar nama, maka saya sarankan mahasiswa di IPGM sendiri yang menubuhkan dan membuat pengisian perjuangannya. Kita tidak perlu pergi terlalu jauh dan besar seperti MPPK. Ini soal meletakkan tapak sahaja untuk bergerak. Selagi tapak tidak wujud, selagi itu saya bimbang polisi-polisi bersangkutan sistem pendidikan Islam negara yang digubal Kementerian Pelajaran kini dan akan datang akan terus tidak bermaya mengatasi gelombang keparahan akhlak pelajar sekolah dan jenayah juvana yang kian meruncing kini.”, ujar beliau ketika menghubungi Gamis Daily.

“Selaku mahasiswa yang akan terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan dan perguruan, mahasiswa di lebih 28 buah IPGM inilah yang paling layak dan strategik untuk bercakap soal kualiti sistem dan pelaksanaan pendidikan Islam dari semasa ke semasa. Namun demikian, sekiranya Persatuan Guru Pelatih Islam di setiap IPGM ini tidak bersatu tenaga dan suara, impak kritikan dan saranan mereka tidak akan ke mana.”, ujarnya lagi.

Saudara Syaari menyatakan lagi bahawa golongan guru pelatih Islam inilah yang akan menjadi pelaksana dasar-dasar dan polisi-polisi kerajaan dalam sistem pendidikan Islam. Sekiranya sistem pendidikan Islam yang telah lama dibentuk oleh kerajaan tidak mampu merawat permasalah remaja pada hari ini, golongan pelaksana inilah yang hanya mampu merubah pendekatan dan gaya penyampaian ke arah yang lebih mengesankan pelajar, membina jiwa dan potensi mereka sejajar dengan kehendak agama. Gagasan pendidikan berasaskan fitrah yang disuarakan oleh Dr Saodah Ab Rahman (Utusan Malaysia, 15 Mei 2009) seharusnya menjadi pedoman bagaimana para bakal guru mengembangkan potensi setiap pelajar selain dari hanya cemerlang di atas kertas peperiksanaan sahaja. Hanya dengan cara itulah, sistem pendidikan akan mampu menjadi senjata paling berkuasa merubah Malaysia dan dunia seperti ungkapa Nelson Mandela.

Gamis Daily ketika menghubungi beberapa orang guru pelatih Islam di beberapa buah IPGM telah mendapatkan respon positif dari mereka. Antaranya adalah saudara Zafarani yang mengambil jurusan pengajian Islam di IPGM Ipoh. Beliau menyatakan semenangnya “Perlu dibentuk kesatuan mahasiswa Islam di seluruh IPGM kerana ia boleh memberikan sedikit kekuatan kepada entiti mahasiswa di IPGM untuk bersuara dan mengemukakan cadangan-cadangan membina kepada Kementerian Pelajaran. Namun demikian, saya secara peribadi agak pesimis apabila melihat kualiti guru-guru pelatih yang ada di IPGM kini, sejauhmana keupayaan kesatuan ini untuk bersuara dan menjadi golongan yang memberikan impak yang positif kepada kerajaan.”

Manakala saudari Iklil Abdul Hamid, mahasiswi jurusan pengajian Islam tahun 3 di salah sebuah IPGM di Melaka pula menyatakan sokongan kepada pembentukan satu kesatuan mahasiswa Islam IPGM, namun pada pandangan beliau keutamaan dan fokus kesatuan ini mestilah terlebih dahulu menerap dan mengislah nilai-nilai Islam dalam diri guru-guru pelatih di IPGM, bukan sekadar hidup mereka di kampus hanya melengkapkan takwim tahunan IPG. Beliau juga mencadangkan kesatuan yang akan dibentuk ini mestilah mendapat sokongan pentadbiran IPGM atau sekurang-kurangnya platform rasmi mahasiswa IPGM iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang mempunyai hubungan langsung dengan badan-badan rasmi IPG seluruh Malaysia.

Saudari Ilkil juga menyatakan : “Saya secara peribadi tidak pelik melihat keruntuhan yang berlaku di kalangan pelajar sekolah hari ini kerana di IPGM sendiri yang melatih guru-guru Malaysia juga berlaku keruntuhan yang sama. Justeru ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari. Gejala sosial yang berlaku kalangan guru pelatih sendiri adalah suatu yang sangat dikesalkan.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diberi mandat pula perlu kreatif dan janganlah terlalu mengikut telunjuk orang lain sekiranya sesuatu perkara atau arahan dilihat tidak relevan dilaksanakan. Berbincanglah dengan bijaksana dan berhikmah. JPP perlu bangkit sebagai suara pelajar dalam usaha memurnikan hasrat pentadbir dengan kehendak para pelaja. Pihak pentadbir pula perlu rasional dalam segala tindakan dan memberikan respon yang sewajarnya terhadap para pelatih bagi membangunkan minda kelas pertama para guru.”, ujar Iklil

Sumber : Gamisdaily.Com

3 Responses to Gesa Menteri Pelajaran Wujudkan Kesatuan Guru Pelatih Islam Kebangsaan

  1. Nurulain Says:
  2. saya selaku salah seorang guru pelatih islam di IPGM sangat setuju dengan hal yang disebut.

    Mana mungkin kita semua duduk diam sebagai tunggul melihat kejatuhan moral dan sahsiah dikalangan guru pelatih.

    Saya juga salah seorang yang tidak terkejut dengan gejala sosial yang berlaku hari ini.Kerana tuan gurunya adalh guru2x di IPGM sendiri.

    Amat saya kesali...lebih-lebih lagi dengan para lecturer yang bersatu untuk membudayakan hiburan dikalangan guru pelatih.

     
  3. Sangat2 dan amat2 bersetuju dgn cadangan ini. Namun apa yang saya bimbangi ialah kelayuan guru pelatih dalam menyuarakan pendapat mereka~ berilah jutaan sekalipun platform utk menyuarakan pendapat, andai ianya tanpa keberanian dan ketulusan dari para pelajar maka tidak ada maknanya.

    Maaf jika saya katakan bahawa tahap pemikiran guru pelatih di kebykan IPGM sdg berada dalam zon selesa~ Study - siap assignment - exam - elaun - 5 tahun - kerja. Keselesaan ini menyebabkan tumpuan ke arah sebarang pencapaian perjuangan terhakis, tiada langsung daya/kesedaran utk memperjuangkan sesuatu utk agama ketika mana masih bergelar mahasiswa. Hala tuju? = Cikgu! Bidang kerja luar daripada itu?? = Sorry not my job!

    Buktinya?lihatlah betapa lesu peranan JPP di mana-mana IPGM utk menyuarakan pendapat para guru pelatih~ Tele antara JPP dan guru pelatih seakan2 tiada melainkan tele antara JPP dan pihak pentadbiran sahaja~

    Kepompongan keselesaan ini seharusnya menjadi tumpuan bagaimana untuk dipecahkan! Dan, saya berpendapat mungkin dgn wujudnya kesatuan ini, maka wujudlah usaha ke arah pemikiran sebuah perjuangan Islam~

     
  4. Rijal82 Says:
  5. Terima kasih Imtiaz Sofea dan Tinta Murabbi. Respons yang lebih kepada paparan realiti kemampuan mahasiswa IPGM itu sendiri seperti pandangan saudara ini yang saya mahukan.

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"