Content feed Comments Feed

Adiputra Akan Ikut Jejak DSAI ?

Saturday, September 6, 2008



"Reformasi !!! "
Itulah laungan yang diucapkan sendiri oleh
kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani
semasa pengumuman kemenangan DSAI di Permatang Pauh.
Adi Putra berusia 11 tahun tetapi sudah mempunyai
kesedaran politik yang sangat tinggi.



"Aku berfikir RASIONAL...Aku berfikir INTERNASIONAL!" - puisi Adiputra pd DSAI

Siapa tidak kenal Adiputra The Genius. Seorang hamba Allah yang masih kerdil tapi sejak usia 6 tahun mempunyai cita-cita sebesar satelit Measat. Usia 3 tahun sudah membaca suratkhabar, usia 6 tahun sudah mampu menyelesaikan masalah darab matematik sepantas empat saat tanpa kalkulator, mampu mencongak beberapa kiraan pendaraban tahap "berat" yang lain seperti ribu dengan ribu, pengiraan isi padu silinder, pecahan dan puluhan titik perpuluhan.

Bakal pemimpin besar Malaysia ini
dikatakan memiliki kelebihan lain
selain matematik iaitu apa yang
dipanggil deria keenam atau gerak hati.

Adi Putra pernah 'mencari' Sharlinie menggunakan deria keenamnya itu sehingga membawa sekumpulan anggota polis menemui perkataan misteri "Media" di Ulu Yam, Gombak yang dikatakan ditulis oleh penculik terbabit yang marahkan pihak media.

One of this 9 years old child dreams is to develope a satelite which use
password from Al-Quran for the usage of
Islamic countries ONLY. How about you bro ? What your dream ?


Adiputa pernah bercita menjadi negawaran ulung apabila menyatakan hasratnya untuk membangunkan negara dengan "bertemankan" surah Yasin dan Matematik. Lihat sahaja beliau memberikan 'tamparan maut' kepada kualiti sistem pendidikan Malaysia dengan kenyataan sinis "Adi semasa sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak), Adi macam "kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil". Menteri Pendidikan Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein sangat tercabar dengan anak kecil dari Perak ini apabila menyebut : "He sat on my chair just now. He looked so comfortable there that I started to worry that I may lose my job to this brainy boy." (Bernama, 20 Disember 2005)

Kehadiran Adiputra ke Permatang Pauh dengan sambutan luarbiasa penyokong PR di sana - aku saksikan sendiri di sana - menyebabkan aku meyakini kanak-kanak ini sedang 'dijaga' oleh Yang Maha Berkuasa dari mengikut jejak Sufiah Yusof yang 'tumpas' dengan dunia. Barat. Kini, aku tidak sekadar optimis Adiputra akan ikut jejak langkah DSAI, tetapi aku cukup optimis figura kecil ini akan jadi lebih hebat dari DSAI. Apapun berlaku, I'm proud to be Muslim and I'm proud to be Malaysian.

NOTA TAMBAHAN
Orang-orang genius sangat bernilai untuk perjuangan Islam. Pertemuan dengan Ustaz Yahya Othman satu ketika dahulu, itulah amanat beliau yang pernah mendapat tarbiyah secara langsung dari Ikhwanul Muslimin. Katanya : "Dalam tarbiyah kampus, tiba masanya kamu memburu orang-orang cerdik dan genius.".

Nak jadi genius ? Mari baca buku 'berat' ni.

Atau tontoni ini :

1 Response to Adiputra Akan Ikut Jejak DSAI ?

  1. ADi PUTRA Says:
  2. ADi PUTRA "IKON ILMU" ANUGERAH ALLAH

    ADi dilahirkan untuk menolong Ummah.....di mana bangsanya kini ketandusan ilmu...maka ditonjolkan Matematik kerana Matematik itu merupakan tunjang ilmu... ‘Bangsa Berilmu Bangsa Terbela’

    Hebat Matematik maka orang itu memimpin, mencipta, disayangi, dihormati.... Sehingga dianggap ikon oleh bangsa lain pun.

    ADi PUTRA kecil namun fikirannya telah mendahului bangsanya. Dengan kehebatan ilmunya, InsyaALLAH bangsanya terbela kerana aura ilmunya sehingga kita dapat menilai betapa hebatnya kuasa ALLAH SWT, boleh memilih sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA....biarpun seorang anak kecil macam ADi.

    Seharusnya kita berterima kasih dengan anugerah ALLAH ini dan mudah- mudahan sejarahnya, pekertinya, wajahnya, ilmunya, doa dan salamnya diberkati ALLAH SWT sebagai penyelamat kita semua khususnya Raja-Raja Melayu yang Berdaulat.

    TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA....!!!
    PANTANG MELAYU MENDERHAKA PADA SULTANNYA....!!!

    Amin...

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"