"Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan. Keutamaan hati ialah keberanian."
Saya teruja membaca majalah Pemikir walaupun pada awalnya rasa berat hati mengeluarkan sejumlah RM 25. Melihat analisis yang 'sharp' dan cara analisis yang 'pelik', baru saya sedar Umno juga ada intelegen dan barisan think-tank mereka. Mereka bukan frontliner, mereka mungkin tidak diketahui, tapi mungkin kebijaksanaan merekalah sebagai 'perancang' besar di sebalik tabir kekalnya Umno-BN selama 50 tahun di Malaysia. Mungkin...Wallahu a'lam.Justeru bagi saya, usaha menumbangkan (atau mungkin mengugut@psi war untuk menumbangkan) kerajaan Umno-BN oleh PR atau PKR atau "G-8" DSAI (saya tidak pasti pihak mana yang lebih tepat saya katakan), saya kira ia bukan usaha 'semberono' tidak bertanggungjawab atau remeh tanpa perancangan rapi atau "co-incidental" (kebetulan) berlaku diambil peluang oleh sang "oportunis" atas kelemahan musuh. Pasti ada intelegens belakang tabir dengan asas pemikiran strategik belasan tahun mereka telah menentukan kocak dan irama politik PR sehingga memberikan saingan sengit mahadahsyat buat pertama kali pada Umno-BN sejak 8 Mac 2008.
"16 September bukannya hari (berlakunya) kejatuhan atau tumbangnya kerajaan BN, tetapi sebagai detik PERMULAAN yang REALISTIK ke arah kejatuhan kerajaan BN dalam tempoh beberapa tahun nanti." - Mohd Sayuthi Omar, Siasah 7-13 September
Bagi saya, berlaku atau tidak 16 September (katanya DSAI tangguh), sekurang-kurangnya Umno-BN tampak sudah tersentak dengan sentakan dan latahan yang belum pernah dilihat dalam sejarah 'comfort-zone' kolisi parti pemerintah Malaysia sejak 50 tahun itu.
Bukan mudah membaca alunan irama politik yang dipalu oleh intelegens ini. Sebagai contoh :
- Tindakan DSAI menzahirkan nama MP utama akan melompat adalah dari Sabah dan Sarawak. Ada berpandangan tindakan menzahirkan negeri terbabit 'memakan diri' DSAI sendiri atau mengundang masalah pada entiti dalam PR sendiri kerana umum tahu kebanyakannya dari 2 negeri itu bukan Muslim. Bagaimana 'nasib' yang akan menimpa MP dari negeri Malaysia Timur itu selepas negeri mereka disebut terang-terangan oleh DSAI. Namun, bagi intelegens, tindakan menzahirkan itu mungkin satu keperluan untuk 'turning point' perhatian Umno-BN pada MP Semenanjung yang sebenarnya akan menjadi 'juara' sebenar lompat parti tidak lama lagi. Atau 'melindungi' nama-nama besar dari hulubalang Umno di Semenanjung yang akan menjadi orang pertama deklarasi lompat pada masa yang ditetapkan. Teori Mohd Rahman dalam "Siapa Jagoan Selatan Anwar" dalam Suara Keadilan mengukuhkan lagi hujah ini.
"Sekiranya DSAI sekadar berjaya memikat MP bukan Melayu untuk berhijrah, beliau secara efektif mengetuai kerajaan yang terdiri dari bukan Melayu. Ini sesuatu yang sukar diterima oleh majoriti orang Melayu-Islam (khususnya Pas)...Justeru, DSAI tahu benar bahawa seorang pemimpin Melayu BN dengan pengaruh yang kuat sangat diperlukan, apatah lagi sekiranya beliau adalah menteri kabinet kanan yang berpengalaman luas dalam kerajaan." Maknanya, jika Umno-BN memainkan sentimen kerajaan PR ini sebagai bahaya besar kepada rakyat Melayu-Islam (saya pun terima sms seperti ini berkali-kali), sahlah mereka berjaya masuk perangkap DSAI kerana kelak 16 September (atau bila-bila) DSAI yang akan tonjolkan secara mengejut aktiviti lompat parti diketuai oleh hulubalang Melayu itu sendiri dari Semenanjung yang akan pastinya diikuti oleh MP Melayu luar PR yang lain. DAP lebih terkehadapan dalam persiapan mereka mengambil alih MB dan kerajaan Negeri Sembilan melalui perlantikan Abdul Aziz sebagai Naib Presiden mereka. Bagi mereka, jika MP Parlimen dah melompat, tak mustahil ADUN termasuk di Negeri Sembilan pun akan ikut.
- Tindakan DSAI mencipta gelombang 16 September sehingga menenggelamkan hampir semua isu besar politik tanah air pada saat ini. Hasilnya, polemik besar timbul apabila DSAI dan PR dituduh sedang membuat percubaan merampas kuasa dari BN secara 'pintu belakang' atau 'undemocratic'. Namun bagi intelegen, mungkin tindakan mempolemiksensasikan itu perlu, tapi bukan untuk membenarkan teori peralihan 40 MP BN ke PR, tetapi untuk memberikan asakan dan tekanan 'luarbiasa' kepada Pak Lah untuk mengadakan PRU semula - dengan restu YDPA Sultan. Buktinya, Anwar tak semena-mena tangguh 16 September dengan alasan "Taiwan". (Wallahu a'lam...)

- Macam-macam lagi isu. Tapi cukuplah contoh dua di atas.
So, apa kesimpulan ye...Saya katakan begini :
"Kalaulah membangun kehidupan masyarakat yang Islami adalah sebuah projek peradaban raksasa, maka dakwahlah yang lebih memerlukan kehadiran kelompok pemikir strategi. Kerana itu bagi saya generasi para "ideolog" telah melakukan tugas mereka dengan baik. Sayyid Qutb, Muhammad Qutb, Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradhawi di Mesir, al-Maududi di Pakistan, dan An-Nadawi di India. Mereka telah membangun sebuah basis pemikiran yang kukuh kepada kebangkitan Islam seluruh dunia.
Kini tiba saatnya peranan mereka dilanjutkan oleh generasi baru, iaitu generasi pemikir strategik yang bertugas menyusun langkah-langkah strategis untuk mencapai cita-cita dakwah. Saya tidak mengatakan generasi pemikir itu belum ada, tapi saya ingin mengatakan bahawa pustaka dunia Islam hari ini masih dipenuhi tulisan para ideolog tersebut, sedangkan tulisan generasi baru pemikir strategik yang kita harapkan itu masih kecil.
Para pemikir strategik adalah orang-orang yang berfikir dalam kerangka kesisteman (be part of solution, not the problem), menggabungkan pelbagai disiplin ilmu, lantas meramukannya menjadi sebuah strktur pemikiran yang konkrit, menjelaskan bagaimana tujuan, cara dan sarana diintegrasi menjadi satu kesatuan. Strategi bukanlah sebuah disiplin ilmu, ia adalah SENI tentang bagaimana memanfaatkan berbagai disiplin ilmu untuk mencapai satu tujuan tertentu. " - Mohd Anis Matta (Setiausaha Agong PKS), "Menikmati Demokrasi : Strategi Dakwah Meraih Kemenangan", halaman 45-46

Salam sheikh,
Artikel menarik. Tp kita juga perlu fahami kategori intelegentsia yang telah ada selama ini dalam mencorakkan kebangkitan Islam. Tokoh seperti Mawdudi, Syeq Qutb lebih dikenali sbg reformis/modernis oleh para ilmuan yang serius mengkaji sejarah islam. Ada kekurangan dan kesilapan yg ramai drp kita kurang sedar termasuklah ana sblm kenal ISTAC. Ana rasa ana mempunyai hujah yg berbeza dlm intelengentsia ini dan lebih cenderung kepada gol. tradisional.