Content feed Comments Feed


Ada 4-5 hujah dikemukakan Rosli Mokhtar dalam kajian akademiknya mengenai "Kerajaan Islam Sepanyol".   Saya salinkan di sini bukan bertujuan bersetuju 100 % dengan beliau, tetapi untuk membuka fikiran kita semua untuk membuat semakan dan kajian lanjutan khususnya bagi mereka yang berada dalam dunia akademik.

1) Peristiwa pembakaran kapal oleh Tariq bin Ziyad banyak terdapat dalam sumber-sumber Barat tetapi tidak dirakamkan dalam Al-Bidayah wan Nihayah mahupun mana mana kitab Arab sejarah muktabar. Kaedah seperti al-Jarah wat Ta'dil sangat penting dalam soal kesahihan periwayatan ini.


2) Barat sengaja mencipta justifikasi yang rasional kerana tiada dalam kamus fikiran mereka apa yang disebutkan 'pertolongan Allah' atau kekuatan aqidah dalam tentera Islam. Bagi mereka, tentera Islam "tiada pilihan" kecuali berperang dengan pembakaran kapal tersebut.


3) Berundur untuk tujuan strategi adalah dibenarkan dalam Islam (mutaharrifan li qitalin au mutahayyizan ila fiah), tindakan membakar kapal adalah suatu yang menafikan keharusan ini.


4) Tidak kedapatan kenyataan balas dari Musa bin Nusair mahupun khalifah sendiri atas tindakan pembakaran kapal ini kerana ia adalah harta negara.


Bagi saya, apa yang penting untuk masyarakat - dalam tazkirah tarawikh contohnya - mengetahui bukannya perdebatan memeningkan mengenai kesahihan fakta ini. Memadai kita menyatakan kekuatan sebenar 12,000 tentera Tariq bin Ziad berhadapan dengan lebih 120,000 lebih tentera Kristian Sepanyol adalah kekuatan total semangat jihad dan cintakan kematian.

Apapun terima kasih pada Rosli Mokhtar. Sekurang-kurangnya membuka minda saya dan menyebabkan saya lebih berhati-hati dalam merujuk sumber-sumber sejarah mengenai para sahabat dan para Tabien. 

Sebagaimana pernah saya kisahkan taktik penulis-penulis Barat dalam menggambarkan mudahnya kemenangan Al-Fateh ke atas Konstantinopel walhal fakta sebenar yang cuba dipadamkan adalah betapa sukarnya proses kepungan, diplomasi dan penawanan sehingga memakan masa 2 bulan. Rujuk artikel saya bertajuk "Benarkah 250,000 Usmaniah vs 8,000 Byzantium ?" 

1 Response to Penawanan Andalus : Antara Semangat Jihad Tentera Tariq bin Ziyad dan Peristiwa Pembakaran Kapal

  1. Unknown Says:
  2. assalamualykum, nk tny, buku ni sap publisher dia?

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"