Ketika sedang berkongsi pandangan mengenai 'worldview' masing-masing tentang apa yang disebutkan sebagai 'leadership' (not position, but ability to INFLUENCE others) dengan teman-teman pemikir sektor kepimpinan gerakan mahasiswa Islam, pelbagai masalah dilontarkan pada saya mengenai karenah pentarbiyahan di kampus masa kini.
Namun saya terus dengan prinsip bahawa akar masalah terletak pada cara berfikir pemimpin dan sikap yang terzahir dari cara berfikir tersebut. Antara kata kunci yang telah saya tegaskan adalah janganlah pemimpin mahasiswa Islam tenggelam dalam 'process-centrix' dan gagal membaca objektif sebenar dari setiap proses yang telah ditinggalkan oleh generasi terdahulu.
Lantas pentarbiyahan atau mekanisme pentarbiyahan menjadi suatu 'adat' yang diwarisi tanpa asas ilmu dan kefahaman atau sekurang-kurangnya ada rasional dan justifikasi. Lantas 'process-centrix' menenggelamkan 'objective-centrix'. Lantas peredaran zaman (fiqhul waqi') yang cepat berubah kini berbanding dengan zaman generasi terdahulu - yang telah berjasa meletakkan batu asas pentarbiyahan - tidak mendapat sedikitpun perhatian dalam perletakan atau pindaan objektif setiap mekanisme pentarbiyahan - dalam apa jua bentuk seperti usrah dan tamrin.
Lantas produk yang dihasilkan semacam lantang bersuara dan bersemangat melakukan amal Islami, namun belum mencukupi untuk memenuhi keperluan citarasa jamahir (massa dan 'untapped market' dakwah) yang lebih melihat apa yang boleh disumbangkan gerakan Islam pada mereka - yang sudah pasti terdiri dari pelbagai latarbelakang dan pemikiran - sebelum mereka sendiri memberikan sumbangan. Lantas gerakan terus selesa dengan jumlah penyokong, pendokong, dan penyimpati yang tidak sampai 10 % dari jamahir kampus. Gerakan kehilangan pengaruh sedikit demi sedikit, namun anehnya pendokong terus dalam 'comfort zone' dan tidak melihat kehilangan sokongan atau minat dari 90 % jamahir sebagai suatu ancaman mahupun cabaran secara sisi pandang masa depan Islam di negara ini sendiri 10-20 tahun lagi.
Apa yang diperjuangkan adalah kebenaran yang sudah pasti tiada pertikaian sama sekali, namun ia masih tidak boleh menjinakkan hati 90 % jamahir (massa di luar kepompong golongan berkopiah dan bertudung labuh) di kampus yang lebih mudah dijinakkan dengan bahasa qudwah (action louder than voice), tuturbahasa yang baik dan senyuman yang ikhlas dari para pejuang dan pendakwah.
90 % mungkin angka yang keterlaluan, namun apa yang saya maksudkan sekurang-kurang gerakan dakwah mahasiswa Islam dan pemimpin mereka sekurang-kurangnya DIKENALI kalaupun tidak DIMINATI. Sejauhmana organisasi kita dikenali oleh semua jamahir di kampus.
90 % mungkin angka yang keterlaluan, namun apa yang saya maksudkan sekurang-kurang gerakan dakwah mahasiswa Islam dan pemimpin mereka sekurang-kurangnya DIKENALI kalaupun tidak DIMINATI. Sejauhmana organisasi kita dikenali oleh semua jamahir di kampus.
Bacalah "Li Kaila Namdhi Ba'iidan 'An Ihtiyajaatil 'Asr" لكي لا نمضي بعيداً عن احتياجات العصر (Supaya Para Pendakwah Tidak Terlalu Jauh Dari Keperluan Masa Kini) karangan Said Hawwa, nescaya ada banyak mutiara yang mampu membuka fikiran kita.
Saya sempat berkongsi kisah Isra' dan Mikraj Nabi S.A.W sebagai satu pedoman.
Pengajaran terbesarnya pada para penggerak mahasiswa Islam iaitu suatu keperluan bertemu dengan para 'alumni' perjuangan Islam dari segenap zaman (bukan satu-satu zaman semata-mata) untuk memecahkan cara berfikir dan persepsi kita pada perjuangan yang mungkin silap atau mengalami 'ilusi optik' tanpa kita sedar. Sesungguhnya pengalaman silam telah membentuk persepsi dan cara kita berfikir selama ini, kekadang persepsi yang dibentuk itulah penghalang proses kita melakukan perubahan, pematangan, pendidikan dan keterbukaan.
Pengajaran terbesarnya pada para penggerak mahasiswa Islam iaitu suatu keperluan bertemu dengan para 'alumni' perjuangan Islam dari segenap zaman (bukan satu-satu zaman semata-mata) untuk memecahkan cara berfikir dan persepsi kita pada perjuangan yang mungkin silap atau mengalami 'ilusi optik' tanpa kita sedar. Sesungguhnya pengalaman silam telah membentuk persepsi dan cara kita berfikir selama ini, kekadang persepsi yang dibentuk itulah penghalang proses kita melakukan perubahan, pematangan, pendidikan dan keterbukaan.
Kekadang kita merasakan kitalah yang terbaik dari segenap sudut (mungkin dalam merangka pengisian latihan), namun kisah Isra dan Mikraj mengajar Nabi Muhammad S.A.W bahawa 'alumni' terdahulu lebih hebat tarbiyah dan ujiannya - yang seharusnya tidak mewajarkan Nabi untuk gundah gulana dan mengalami kelemahan jiwa dan kelunturan emosi untuk meneruskan perjuangan.
Persepsi dan cara melihat Nabi kepada perjuangan hakikatnya BERUBAH setelah bertemu secara bersemuka dengan 'alumni' para anbiya sama ada di bumi (Masjidil Aqsa dengan seluruh para anbiya) ataupun di langit di setiap lapisan langit.
Mereka yang tidak sukakan pertemuan secara bersemuka, berkongsi pengalaman secara real dengan orang terdahulu sebenarnya mereka yang mengizinkan untuk persepsi sempit pada perjuangan terus mendominasi jiwa dan emosi dari memilih sikap untuk terbuka dan berjiwa lebih besar.
Sirah menunjukkan Nabi di 'charge' bateri dengan peristiwa Isra Mikraj inilah - pertermuan dengan para 'alumni' sebelum pertemuan dengan Allah Rabbul Jalil - sehingga semangat untuk melakukan dakwah ala MLM secara serius dan lebih agresif - bertemu seorang demi seorang yang mengerjakan umrah di Makkah - melihat setiap orang walau bagaimana latarbelakang mereka sekalipun sebagai berpotensi untuk dakwah.
Jiwa Nabi makin besar selepas pertemuan dengan para anbiya dan Tuhan para anbiya. Selepas peristiwa Isra dan Mikraj jualah, Nabi menyusunatur strategi 'brililant' hijrah untuk memenangkan Islam di luar dari sangkaan pimpinan kerajaan Makkah iaitu Madinah.
Wallahu a'lam.
0 Responses to Bagaimana Mahasiswa Islam Memaknakan Isra' dan Mikraj