Content feed Comments Feed

"Khutbah" Dajjal di UiTM Segamat

Friday, August 20, 2010







HADIS-HADIS SAHIH MENGENAI DAJJAL



DAHSYATNYA FITNAH DAJJAL DAN BUKTI DAJJAL MAKHLUK YANG PERNAH WUJUD ZAMAN BERZAMAN

Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih BESAR di atas muka bumi ini sejak dari penciptaan Adam sampai berdirinya Kiamat yang melebihi dari fitnah Dajjal! Dan bahawasanya tidak ada satu pun dari para Nabi yang tidak akan mengingatkan kaumnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi kamu yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir. Ingatlah bahwa TIDAK DIRAGUKAN lagi bahawa DAJJAL ITU PASTI DATANG DI KALANGAN KAMU.” - Hadis Sahih Muslim riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu Umamah (ditahqiq oleh Al-Albani)


KESUNGGUHAN NABI BERHADAPAN DENGAN DAJJAL

Seandainya dia (Dajjal) keluar sedangkan aku berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan berhadapan dengannya bagi mewakili umat Islam. Dan jika dia (Dajjal) keluar selepas kematianku, maka setiap kamu adalah penyelamat bagi dirinya sendiri (bertanggungjawab untuk melawannya) dan Allah sebagai penolong kamu sekalian.” - Hadis Sahih diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu Umammah


PENGEMBARAAN DAN PERBEZAAN DIMENSI MASA DAJJAL DENGAN MANUSIA

Sekarang aku terangkan kepada kamu (Tamim Ad-Dari) bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.” - Hadis Sahih Tamim ad-Dari, diriwayatkan oleh Amir bin Sharahil Shabi Hamdan, disampaikan oleh Fatimah binti Qais. Rujukan : Kitab Sahih Muslim, Hadith No 5235, m/s 178, Juzuk 14, Bab Qissatul Jassaasah. Riwayat Ahmad dari Abi Hurairah dan Aisyah. Riwayat Ibnu Majah dari Fatimah dan riwayat Abu Dawud dengan sanad yang hasan dari Jabir


Diriwayatkan oleh al-Nawwas ibnu Sam’an : Kami bertanya : Ya Rasulullah, berapa lama Dajjal akan berada di atas bumi ? Baginda bersabda : Selama 40 hari. (Tetapi) 1 hari seperti setahun. (kemudian) 1 hari seperti sebulan. (kemudian) 1 hari seperti seminggu. (kemudian) 1 hari seperti hari kamu.” - Sahih Muslim : Sunan Tarmizi 


Dajjal akan diikuti oleh 70,000 YAHUDI dari Asfahan, mereka memakai (jubah besar) al-Tayalisah (jubah warna hijau milik orang-orang Parsi) yang tidak berjahit).” - Hadis riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Anas bin Malik. Rujuk kitab Fath ar-Rabani Tartib Musnad Ahmad


SIFAT FIZIKAL DAJJAL

Sesungguhnya aku mengingatkan kamu semua agar berhati-hati dengan Dajjal. Setiap nabi pasti akan mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Nabi Nuh a.s telah mengingatkan kaumnya, akan tetapi akan kuberitahu kamu semua tentang sifat Dajjal yang belum pernah diberitahukan oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya. Kamu semua harus tahu bahawa Dajjal itu BUTA SEBELAH matanya dan Allah tidak buta sebelah mata-Nya.” - Hadis riwayat Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari dari Ibnu Umar, juga riwayat Muslim dari Abdullah dari Yunus dari Zuhri dari Salim dari Ibnu Umar



Ternyata ia adalah seorang LELAKI yang BERBADAN BESAR, merah kulitnya, berambut kerinting dan bermata sebelah.” - Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Umar dalam kitab Fitan, bab Dzikru Dajjal


"Ayahnya (Dajjal) seorang lelaki yang bertubuh tinggi, berdaging (gempal), hidung yang panjang, seakan-akan PARUH BURUNG. Ibunya seorang yang bertubuh besar, tangan yang panjang dan mempunyai payudara yang besar." - Hadis riwayat Imam Ahmad dari Abu Bakar, Diriwayatkan juga oleh Imam Tarmizi dari Hammad bin Salamah dengan status hadis Hasan.

0 Responses to "Khutbah" Dajjal di UiTM Segamat

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"