Content feed Comments Feed



Dr Eeman telah membawa pelbagai sumber sebagai pembuktian setiap kenyataannya di bawah. Pembaca disarankan membaca buku beliau untuk mengetahui lebih lanjut :


"Selepas mendapat kemenangan yang besar melalui pembukaan (Konstantinopel) tersebut, Sultan Muhammad al-Fatih telah menyebarkan berita gembira tentang pembukaan tersebut dan perlaksanaan ramalan gembira yang telah dilakukan oleh Rasul Allah S.A.W itu kepada seluruh umat Islam di dunia melalui perutusan surat-surat ke Mesir, Madinah, Makkah dan lain-lain bandar. Baginda juga telah menghantar hadiah yang didapati daripada harta rampasan perang kepada penduduk dua tanah haram (Makkah dan Madinah) dan memohon mereka mendoakan baginya.

Para ahli sejarah telah mengistilah dan menjadikan tarikh pembukaan Bandar Konstantinopel pada 29 Mei 1453M sebagai permulaan kepada sejarah moden. Ketika memasuki bandar tersebut, Sultan Muhammad al-Fatih mengisytiharkan bahawa “dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang.”

Bentuk peradaban telah berubah dengan sebab pembukaan Islam itu. Banyak masjid dan sekolah telah dibina. Ramai orang Arab dan Yahudi yang ditindas di Sepanyol telah berhijrah ke bandar tersebut. Sultan Muhammad al-Fatih terus mengekalkan identiti Ortodoks bandar tersebut yang hampir pupus kerana bergabung dengan gereja Barat. Kerana Sultan Muhammad al-Fatihlah mazhab Ortodoks terus kekal dari keadaan sebelumnya yang sudah hampir mati dan pupus.

Sultan Muhammad al-Fatih telah membuat satu upacara khas dan besar-besaran. Baginda meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi bagi mereka, lalu mereka telah memilih Janadius yang berkata bahawa dia lebih suka untuk melihat serban Sultan daripada melihat topi Latin, yang dimaksudkan ialah pihak Katholik kerana merekalah yang menindas pihak Ortodoks.

Atas arahan daripada Sultan Muhammad al-Fatih, sebarang gereja dan rumah ibadat tidak dimusnahkan dan tiada seorang pun dari kalangan Kristian dan Yahudi diambil tindakan atau diapa-apakan.

Sultan Muhammad al-Fatih dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan negara, pengemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan-kawasan yang tunduk di bawah penguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan Semenanjung Crimea.

Sepanjang 30 tahun pemerintahan, baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya 600 kilometer persegi pada permulaan pemerintahannya kepada keluasan 2,214,000 kilometer persegi. Matlamat baginda daripada perluasan daratan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan ummat Islam di Andalus daripada cengkaman penindasan orang-orang Kristian."

0 Responses to Legasi 30 Tahun Al-Fateh (Petikan Tulisan Dr. Eeman Mohamed Abbas)

Posting Sebelumnya

There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"