Pesta Konvokesyen sedang blangsung. "Kau kerja mana nanti Mat?", "Bila boleh makan nasi minyak anta syekh", adalah dialog wajib kalangan bakal graduan. Ingatlah, Konvokesyen hakikat sebenarnya bukan sekadar hari bergembira dan berbual 'masa depan', namun ia adalah hari teriktirafnya sebuah AMANAH MEMBINA GENERASI dengan amanah pengisian 4 tahun ilmu dan pendidikan yang telah diperolehi. Ingatlah perananmu di hujung At-Taubah, 122.
“Maka tidaklah sewajarnya kesemua kamu pergi berjuang, perlulah ada sekumpulan manusia yang mendalami ilmu agama dan KEMBALI memberikan peringatan pada kaumnya apabila dia kembali, mudah-mudahan mereka akan berwaspada (kepada hukum-hukum Allah).”
Malik Bennabi pernah menyebutkan bahawa pendidikan jangan hanya mampu memberi kemahiran (maharah) semata-mata, tetapi mesti memanusiakan manusia dengan kesedaran (al-wa'yu). Sesungguhnya zaman kini adalah zaman dehumisasi iaitu krisis penghakisan nilai-nilai kemanusiaan.
Saat ini saya berkira-kira ramai adik-adik saya sedang bergembira kerana saat penganugerahan sekeping ijazah akan dilakukan dalam sebuah pesta konvokesyen gilang gemilang. Tiada siapa yang tidak gembira pada saat yang sangat manis dan memberikan makna paling besar dalam hidup kita dan kedua ibuayah kita. Sudah pasti saat ini dilihat sebagai saat paling penting dalam hidup kerana tanpa majlis konvokesyen ini, sudah pasti ramai yang mengalami kesukaran untuk menempuh alam pekerjaan dengan gaji yang selesa mahupun mahu mendirikan rumahtangga kerana ibuayah seringkali menyebut "biar dapat ijazah dulu lah!".
Namun demikian, di sebalik semua paradigma itu, ada sedikit pesanan dan tazkirah yang mahu saya kongsikan pada bakal-bakal graduan.
Saya terbaca sebuah buku ringkas bertajuk "Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan : Himpunan Pidato Pendidikan : Dr Siddiq Fadzil". Saya terpukau membacanya setiap untaian hikmah beliau. Antara yang paling menarik adalah mengenai hakikat majlis konvokesyen :
"Hari pengijazahan adalah hari bersejarah dalam hayat seorang pemburu ilmu. Ia harus dimaknai secara benar sesuai dengan tingginya nilai ilmu dan beratnya kini amanah keilmuan. Bagi kami para pendidik, istiadat konvokesyen ini tidak hanya bererti kesempatan berkongsi rasa gembira, tetapi ia juga sebenarnya menyiratkan sebuah harapan besar, mudah-mudahan tertunailah amanah berat membina generasi anak bangsa dengan ilmu yang bermanfaat dan dengan pendidikan yang memanusiakan.
Wallahu a'lam.
NOTA TAMBAHAN
Saya sarankan teman-teman Institut Pemikir Muda untuk membaca buku ini juga kerana ia membongkar AKAR masalah sebenar pada sistem pendidikan Malaysia kini sehingga hari ini pelbagai perdebatan pelik - yang kita tak pernah dengar selama ini - menyangkuti permasalahan sosial yang kritikal pelajar sekolah menengah pada saat ini.
Teruskanlah menggunakan kacamata sekular, nescaya policy-makers negara akan terus meraba-raba mencari jawapan terhadap krisis kian menakutkan pelajar sekolah menengah saat ini. Dari cadangan sekolah hamil hinggalah pelajar dibenarkan kahwin, semua itu solusi 'presented problems', sedangkan akar masalah iaitu pengisian Islam dlm SISTEM PENDIDIKAN dan METHODOLOGI PENGAJARAN terus dibutakan dari perbincangan serius.
Sungguh nasihat-nasihat Luqman al-Hakim "mukjizat", asas tbaik, solusi konflik kepada halatuju sistem pendidikan saat ini. Benarlah, sejarah sedang berulang!
Pendidikan bukan sekadar soal bidang ikhtisas yang mahu diceburi, tetapi lebih dari itu adalah 'our deepest conviction', keyakinan terdalam kita bahawa hanya dengan sistem pendidikan sahaja faktor paling kritikal untuk mengembalikan maruah dan kualiti umat.
Pendidikan al-Hikmah adalah suatu lontaran idea penjenamaan semula sistem pendidikan alternatif yang bersifat keislaman. Al-Hikmah adalah kata yang cukup inspiring, padat dengan makna dan sarat dengan nilai. Dalam al-Quran, kita menemukan al-Hikmah sebagai kata yang sentiasa mengiringi al-Kitab. Ia juga nama yang terkait dengan nama besar seperti Luqman al-Hakim, tokoh Qurani yang diketengahkan sebagai pengungkap pesan-pesan (modul-modul) pendidikan. Kerana tiu pesan-pesan kependidikan Luqman al-Hakim seharusnya diangkat dan dimartabatkan sebagai asas pendidikan Islam dan sekaligus rumusan isi dan subtance pendidikan.
1 Response to Wahai Graduan, Maknakanlah Konvokesyen Anda !