Content feed Comments Feed

Saya berkongsi lagi dengan rakan-rakan aktivis DQ.


Siapa yang mengkaji dengan mendalam kronologi 53 hari pengepungan Muhamad al-Fateh ke atas Konstantinople, nescaya pasti akan menemui suatu penemuan menakjubkan bagaimana dalam peperangan memakan masa 2 bulan bagi menembusi kubu tentera terkuat di dunia ini sarat dengan paparan pelbagai pelan strategik al-Fateh.


Ia bukan sekadar cerita pemindahan 70 buah kapal melalui daratan, bahkan fakta bersejarah strategi pemindahan kapal itu bukanlah kemuncak kepada pelan strategik al-Fateh memecah kebuntuan menawan kubu Byzantium itu.


Benar, ia adalah kemuncak chapter aksi "kebijaksanaan" al-Fateh (aspek sunnatullah), namun chapter seterusnya yang jarang dibongkar sejarawan adalah aksi "keberanian" saat akhir para tenteranya melakukan rempuhan akhir dan serangan istisyhad berbekalkan keyakinan yang tinggi kepada Allah (aspek syariatullah), yang diketuai Panglima Ulubate tatkala hampir kesemua tentera sudah mula berputus asa untuk menembusi kubu Byzantium itu.

Saya sendiri sedang meneliti bahan-bahan sejarah untuk mendalami pembongkaran yang mungkin belum dilakukan oleh sesiapa lagi di Malaysia. Saya akan merujuk Ustaz Hasrizal Jamil dan murabbi-murabbi sejarah Islam yang lain yang ada.

Pembongkaran ini mesti dilakukan kerana ia akan menyerlahkan “mukjizat” sebenar sabda Rasul yang memuji mereka sebagai “sebaik-baik tentera” dan “sebaik-baik raja” yang wajar dicontohi untuk memenangkan Islam pada hari ini.


Saya mungkin akan berbincang dengan Prof Abu Hassan Hasbullah yang berpengalaman dalam pengarahan filem dan teater. Al-Fateh mesti difilemkan untuk memudahkan para pejuang Islam nampak lebih jelas satu persatu taktik dan kesungguhan al-Fateh melunaskan janji Nabi S.A.W.

53 hari bukan sekejap, sarat dengan perpindahan taktik dan kelicikan panglima Ardogan dari Byzantium untuk membolosi taktik panglima-panglima perang al-Fateh. Gagal pelan A, Al-Fateh ke pelan B. Gagal pelan B, Al-Fateh ke pelan C, D dan E. Apa yang menakjubkan adalah soal kesungguhan mereka untuk mencapai visi membebaskan Konstantinople.


Filem ini kelak bukan sekadar memaparkan kehebatan al-Fateh sebagai Sultan yang mengepalai segala keputusan yang bersangkut paut dengan perang menghadapi Konstantinople, tetapi juga “tanzim” di bawahnya. Apa yang lebih penting adalah filem ini bukan sekadar paparan one-man show Al-Fateh, tetapi hakikat yang sebenarnya adalah semangat gerak kerja berpasukan (team work) yang wujud dengan nama-nama besar panglima-panglima Al-Fateh yang banyak didiamkan sejarawan Islam.

Filem ini akan membongkarkan para panglima perang di belakang tabir kejayaan yang jarang disingkap sejarawan. Antaranya :

1. Panglima Zakhanus dengan kepimpinannya mengepalai armada laut al-Fateh


2. Panglima Amir Pasya, pakar negosiasi dan misi tenteranya sebanyak 3 kali memusnahkan rantai gergasi (menggunakan taktik bom meriam Urban, rempuhan, gergaji) menghalang kapal al-Fateh ke Tanjung Emas


3. Panglima Palta Oglu yang menggantikan Amir Pasya yang dipecat al-Fateh serta Panglima Hamzah Pasya (Perdana Menteri yang turut sama berperang) yang menggantikan Palta Oglu yang juga dipecat oleh Al-Fateh kerana putus asanya.

4. Panglima Hassan Ulubate dan armada gempur daratannya, kegigihannya merempuh benteng Kontantinople sehingga kepada kegagalan membuka pintu masuk utama walaupun menggunakan rempuhan kayu balak.


5. Panglima Tharthan yang "master" dalam geografi Konstantinople, banyak membantu al-Fateh dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan geografik kota itu. Beliau juga bertanggungjawab pada jawatankuasa penggalian terowong rahsia untuk mengambil saintis Urban, pengintipan dan menembusi kubu Konstantinople secara bawah tanah, bukan berdepan.

6. Panglima Khalil Pasya dan bala tenteranya yang menyelam dan menyerang dari belakang Konstantinople dan berhadapan dengan tombak-tombak tentera Genoa.


7. Panglima Sulaiman Oglo dan pembabitannya dalam menara Rumeli Hissari, misi pengeboman benteng Konstantinople, pembikinan menara tinggi bergerak dan misi memanjat dinding benteng.


Filem ini akan memaparkan ketinggian martabat perencanaan berdasarkan “sunnatullah” sebagai catalyst kepada peranan tawakkal, iman yang teguh, permesyuaratan para pimpinan dan ketaatan para tentera, serta segala aspek “syariatullah” yang banyak dinasihatkan oleh Majlis Syura UIama al-Fateh yang diketuai Syekh Syamsudin yang bukan sekadar mengetahui soal hukum hakam dan perkara “fundamental” perjuangan, tetapi turut mengetahui soal peralihan arah angin bagi menjayakan misi paling mustahil dalam sejarah iaitu pemindahan 70 buah kapal al-Fateh dalam masa satu malam melalui jalan daratan yang berbukit bukau.

Para ulama di belakang Muhammad al-Fateh

5 Responses to Kuliah 3 : Elemen Tanzim dan Aspek "Sunnatullah" Di Sebalik Kemenangan Muhammad al-Fateh

  1. Musafir Says:
  2. salam..idea yang bagus ..ana harap pembikinan filem ni berjaya..dapat jugak bagi tasawwur kpd pejuang islm bgmana tanzim yg dibina oleh al-fateh..

     
  3. Musafir Says:
  4. pastu adlh lbih baik ust bukukan kajian ust tu...ana pon ngah kaji gak sal pembebasan kota Konstantinople ni...cma x sehebat ust la...klu ust bukukan kajian ust tu lg snang kje ana ,,hihi.. ape2 pon ust seeru 'ala barakatillah..

     
  5. Hasanhusaini Says:
  6. salam..ana bukan nak komen artikel, cm nak bg pndang ttg 'world view' blog abg...nk tggl dlm chtbox, nmpk mcm xlwa sgt..

    ana cukup minat dengn idea baru yg abg utarakan dan cara 'melihat' abg yang unik..

    pd pandangan ana, blog abg sdikit serabut dngn link yang banyak tak tersusun, hit counter yg bertindih-tindih..entah yg mana betul..

    lagi satu, kalu waran blog lbih cerah, lag sesuai untuk blog abg yang berbentuk 'pembentukan minda'..pembaca akan lebih tenang..

    and, da last point is, blog ni masih lg berat untk loading...banyak gadjet falsh yang mengganggu tumpuan...

    Mungkin contoh blog yg bagu, us hasrizal? simple, ringan n sejuk mata memandang..

    maaf ye...sekadar pandangan..

     
  7. Gambar2 yg dilampirkan adalah sedutan ceritakan? Ada kat youtiub x, apa tajuknya?

     
  8. ahmad syahmi Says:
  9. Jika beliau masih hidup,saya ingin menjadi anak muridnya dalam bidang peperangan dan saya juga ingin melihat kemegahan tentera Uthmaniyah.
    Semoga Allah menempatkan beliau ke dalam Jannatul Firdaus.

    ~Amin

     

Posting Sebelumnya

There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"