Content feed Comments Feed


"Menonton filem terbaru Dream Works Animation, How To Train Your Dragon membuat hati begitu teruja dengan kecomelan dan kehebatan jalan cerita yang digarap tanpa menimbulkan kebosanan di hati. Filem yang diadaptasi daripada buku Cressida Cowell mengisahkan seorang remaja Viking, Hiccup (Jay Baruchel) yang hidup bersama sekumpulan Viking yang hidup dengan memburu naga dan diketuai ayahnya sendiri, Stoick the Vast (Gerald Butler).

Namun segalanya berubah apabila Hiccup terjumpa seekor naga yang cedera yang kemudiannya menjadi sahabat baik dan dinamakan Toothless. Naga yang selama ini disangka jahat dan liar sebenarnya adalah makhluk yang manja. Hiccup bagaimanapun berdepan dengan tugas berat untuk membuktikan naga yang dianggap pemusnah oleh puaknya adalah haiwan yang sepatutnya dilindungi dan disayangi.


Pengarah, Chris Sanders dan Dean Deblois cukup bijak mengadunkan elemen hati dan perasaan di dalam filem ini sehingga dirasakan perhubungan yang wujud antara Hiccup dan Toothless seakan-akan hidup."

Petikan analisa ringkas dari Mangga Online

Filem animasi "How To Train Your Dragon" kini menjadi satu lagi bahan 'top-up' modul training kepimpinan saya (teman-teman nuqaba PMIUPM menjadi pelanggan pertama modul dan pendekatan saya ini). Saya menayangkan adegan Hiccup membuatkan sayap ciptaannya sendiri untuk Toothless bagi menggantikan  sayapnya yang patah di mana kelebihan sayap ciptaan terbarunya itu membuatkan Toothless yang disangka ganas bertukar menjadi bagaikan seekor kuda udara dan kapal terbang yang boleh dikawal oleh manusia. Adegan itu saya tayangkan selepas video klip Seniman Bujang Lapok, Kung Fu Panda, Karate Kid.


Perbezaaan 'cara melihat' antara Director Ahmad Nisfu dan seorang lagi Assistant nya.


'Cara melihat' Jackie Chan pada kelemahan trainee beliau yang mempunyai tabiat tidak suka menyangkut baju pada tempatnya. Kekurangan itu ditukar dalam bentuk kekuatan yang si Jarden Smith tidak pernah jangkakan (Kung Fu).

Sesungguhnya 80 % masalah (terbitan) pendakwah dan naqib berpunca dari 20 % masalah (akar) cara mereka melihat mad'u dan kader (PARADIGMA). Dalam surah "Abasa", Nabi kita Muhammad S.A.W ditegur oleh Allah S.W.T hanya kerana memek muka Nabi yang bermasam muka kepada Abdullah bin Ummi Maktum yang buta yang datang mahu menemui Nabi untuk memeluk Islam bersama dengan beberapa pemuka Quraisy dari kalangan golongan berada. Memek muka dan 'body language' pendakwah takkan terzahir secara spontan tanpa bermula dari paradigma dan 'cara melihat' mad'u.

Inilah pengajaran yang cuba saya maknakan iaitu bagaimana seorang mentor MELIHAT trainee dan menterbalikkan "kekurangan" menjadi "kelebihan", suatu pendekatan tarbiyah yang tiada dalam silibus exam-oriented pada hari ini yang memangsakan pelajar yang sememangnya tidak mampu untuk mendapat "A" tetapi pada masa yang sama mempunyai daya kemahiran dalam satu bidang tertentu.

Mujurlah ada usaha untuk 'mencabut' sindrom ini dengan usul pemansuhan PMR-UPSR dari TPM walaupun saya belum begitu meyakini adakah pemansuhan ini mampu menyelesaikan masalah akar kepada segala permasalahan sosial hari ini. Cukup menakutkan krisis hidup pelajar sekolah pada saat ini yang menjadi mangsa dari sistem pendidikan 'exam-oriented' yang lebih membangun IQ berbanding EQ (sikap dan mendidik emosi) serta SQ (agama).

Dulu adik Hadzrin Mohamad dari SMK Sg Besi mati dibelasah senior, terbaru adik Naim Mustakim dr RMC Sg Besi mati dibuli oleh senior. Keadaan ini akan makin 'ganas' jika usul penilaian semula halatuju dan budaya 'exam-oriented' (keyword TPM TS Muhyidin Yasin dlm pemansuhan UPSR-PMR) dalam sistem pendidikan negara terus jadi perbincangan semata tanpa 'political will' yang menebal dari semua pihak.


Tidak terkecuali juga sindrom 'exam-oriented' ini mungkin wujud dalam sistem pendidikan dan tarbiyah 'manhaj oriented' gerakan mahasiswa Islam andaikata ia juga tidak mengizinkan kaedah pendidikan khususnya di marhalah menjelang graduasi untuk diserlahkan potensi diri abna'ul harakah, soal membangun kompetensi dan memugar kemahiran diri, bahkan lebih malang lagi potensi itu 'dibunuh'. Maka jadilah mahasiswa Islam itu individu lain yang bukan dirinya atau pendek kata, kesemua mahu menjadi 'ustaz' dan bukan sebaliknya menjadi pakar dalam bidang masing-masing atau 'someone' yang lebih memaknakan gerakan Islam dengan makna yang lebih besar berbanding satu makna. Seharusnya kita menyerang musuh-musuh Allah di bumi Malaysia ini dengan pelbagai wajah dan beraneka peluru.

 
Walaupun ada sedikit timbul prejudis dengan hidden-messages Dreamwork-Hollywood ini yang hampir sama dengan mesej yang ada dalam Avatar, Shrek dan Alice in Wonderland iaitu menimbulkan simpati dan kebolehmampuan manusia untuk hidup dengan 'makhluk asing' dan dunia 'underworld' (baca : Dajjal), namun saya tetap mengambil hikmah dan apa yang baik dari filem tersebut di samping berawas dan berwaspada dengan mesej tersirat yang masuk ke fikiran anak-anak.

0 Responses to "How To Train Your Dragon" dan Nafas Baru Sistem Pendidikan

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"